Monday, January 25, 2010

MORNING SICKNESS

Sudah 4 minggu sessi persekolahan 2010 bermula. Memang tak sedar rasanya macam mana begitu cepat bumi ini berputar ataupun ke"busy'an dengan kerja di sekolah membuatkann gue tidak sedar masa cepat sangat berlalu. Well kerja sebagai pendidik masa kini bukan sahaja mengajar tetapi juga busy juga dengan kerja paperwork seperti isi data-data murid serta paperwork lain seperti yang diarahkan oleh pejabat pendidikan daerah. Tapi di sepanjang empat minggu ini, ada juga peristiwa di sekitar yang menarik yang gue perhatikan yakni sesuaikan untuk gue kongsikan bersama pembaca blog gue ini.

Adalah lumrah untuk beberapa minggu persekolahan awal tahun baru kita akan melihat ramai budak-budak yang baru masuk tahun 1 mahupun tadika akan menangis atas alasan takut kena tinggal oleh parents dan sebagainya. Tapi kadang-kadang yang tak bestnya ada juga budak yang dah bukan tahun 1 pun masih menangis tak mau pergi sekolah. However, untuk tahun ni gue dah agak slow down berbanding tahun lepas (klik link ini untuk cerita lanjut... hehhe) sebab gue dah tak perlu pergi ke rumah panjang untuk angkut budak yang tak mau pergi sekolah. Budak-budak gue sekarang suma dah "bujang" dan "dara" kata mereka. Malu kalau menangis tak mau pergi ke sekolah.

Untuk tahun ni sekolah gue juga telah memulakan prasekolah sendiri. Boleh tahan juga jumlah muridnya sebab umur minima bagi murid prasekolah ialah 4 tahun. Cuma apabila dah masuk kelas, budak-budak inilah yang kuat menangis sehingga ada yang meraung-raung bila tak nampak muka mak bapak. Lucunya bila gue perhati hujung minggu tak pula mereka menangis bermain di luar sehingga terpaksa dipanggil oleh mak bapak. Kasihan melihat PPM sekolah yang sentiasa berpakaian macho ala Aaron Aziz mahupun Awal Ashaari kadang-kadang terpaksa berlari seperti Usain Bolt mengejar budak-budak pra yang cuba melarikan diri dari sekolah.

Itu cerita PPM sekolah, gue pula ada juga kisah tersendiri. Memandang gue mengajar BM, PSV, BI dan PJK tahun 1, ini bermakna gue memanglah menghabiskan sekurang-kurangnya 2 masa sehari bersama bebudak tahun 1 ni. Pada pemerhatian gue, suma budak-budak gue ni dah ok kecuali seorang budak perempuan ni yang selalu menangis meraung-raung tak mau pergi ke sekolah pada awal pagi tetapi anehnya lepas makan RMT, budak ni akan aktif pula dalam kelas. Nasib baik budak ini kiranya pada perkiraan gue agak cerdas dan sudah boleh membaca ayat yang bersuku kata dua berbanding rakan-rakanya yang lain. Cuma masalahnya ialah pagi-pagi dia dah menangis mau ikut ibunya pulang ke rumah panjang yang terletak di seberang sungai. Sampai gue berseloroh memberitahu colleague gue budak ni mengalami morning sickness sebab menangis di awal pagi tetapi berhenti menjelang waktu rehat ataupun pukul 9.

Pada minggu pertama persekolahan, bila gue masuk ke sekolah pada awal waktu, bila budak ni menangis, gue buat tak layan sampai budak ni akan berenti menangis kerana penat. Tapi kalau gue tak masuk awal waktu gue kalau terjumpa dia di luar kelas gue akan ambil inisiatif untuk pujuk budak ni seperti seorang bapa memujuk anak. Tapi minggu kedua budak ni makin kronik la pulak sampai tergolek-golek di koridor bila lihat ibunya tiada sampai kadang-kadang gue terpaksa diminta oleh guru yang mengajar kelas tahun 1 time tu angkat budak tu. Nasib baikla gue pada setiap waktu pagi ajar kelas PJK. Cuma masuk minggu ketiga, gue tak menjangkan yang budak ni masih lagi menangis meraung sampai sudah berani mengejar ibunya sampai ke pagar sekolah tapi nasib baiklah selalu tak berjaya sebab masa dia tengah asyik menangis budak ni terlupa bahawa dia sedang melimpasi kawasan cikgunya ini yang tengah mengajar budak PJ. Maka tak berjayalah percubaan "beliau" itu.

Maka gue ambil keputusan untuk cuba menghentikan masalah morning sickness budak tu. Satu hari ketika kelas BM gue, lepas ajar baca,ajar nyanyi dan seterusnya latihan menulis, gue mengambil kesempatan untuk "memberus" minda budak ini. Proses pemberusan ini lebih kurang begini:

Gue : Kamu tau ka apa binatang yang panjang, empat kaki macam cicak, dan gigi tajam dan suka berenang di sungai.
Budak: Tau cikgu, Itu buaya.
Gue: Buaya mangah* tidak?
Budak: Mangah cikgu. Dia suka makan orang
Gue: Kamu tau tak buaya selain dari makan orang, buaya suka gigit kaki budak yang suka nangis sampai putus.
Budak: (Diam, muka pucat)
Gue: Kalau tak mau kena gigit buaya jangan suka nangis pagi-pagi ya.

Pagi seterusnya sampai ke setakat posting ini ditaip, budak ni tak menangis pagi-pagi lagi walaupun ibunya tiada. Maka gue pikir masalah morning sickness budak ini telah gue selesaikan buat sementara waktu. hehehehehe

P/S: Awal tahun gue rasa stress dalam mengajar tetapi lepas tengok anime GTO, gue rasa bersemangat.

*mangah = garang




Saturday, January 9, 2010

my first anivesary this year

A week ago (2nd January to be exact) was my 1st year as an educator. Well bear in my that I still have another 32 years of service to serve the community as an educator and I can say that this 1 year I had gone through is just a small steps that I had gone through.Well, although it is just a year, I'd gone through many interesting experience, doesn't matter +
either it was a good experiece or bad experience. The most important thing is I got the experience that I feel that some of my experience is quite nice to blog about it. :P

Lets start with common perceptions (or perhaps descriptions) that the public use to say about teacher. 1st perception I use to hear from my friend. "Best la ko jadi cikgu, gaji besar and stay di ulu, ada elaun susah ni mesti banyak duit nih." Well I do agree 90% with the statement. However this sort of "big amount of money" is just a compensation for some sacrification of the teachers. For example, a degree teacher who teach in remote area is not expected to stay in nice house. Some of the teacher leaved in a wooden quarters just like squatters some time. Plus in order to go to the school some teachers have to spend hours in a long bot or in a four wheel drive passing through the logging road. Well like I mentioned earlier this sort of "big allowance" is actually a motivation for the teachers to keep on serving the community out there.

Well just forget the the salary or responsiblities issues coz I believe every teachers have their own perspectives about that matters. As for me I would like to share what I've seen through my eyes as being a teacher. I can say that I've been given the opportunitty by the Almighty to witness the mystery of human liffe daily. How I can see his beautiful creation , that are the childreen from being a very small kids growing up beautifully without I noticed it quite much. Just imagine few of my pupils can grow up to few centimetres without I myself really noticed about it. In the same time, these children were as if a mirror image of me being a children once upon time. How naughty they were, how playful they were is just the same like us once we were still kids. Thats why every darnest things that they say or do if I found it interesting I will take the oppurtinity to blog it out so that one day when I'm not anymore in that area or when I'm no more in the servicice (another 33 years ya) it will become the evidence or history that I have witness the incidents and being part of a series of wonderful complex human life........

Friday, January 1, 2010

MY 2010 RESOLUTION... 10 things I want to do and achieve...

Happy New Year 2010 to all my blog readers. Semoga 2010 will be another promising year to you all who wish to be cemerlang gemilang and terbilang. Well compare few years back, I never plan to make new resolution coz I dont have major things to achieve. But now as age is getting more older and older best juga buat azam tahun baru... jom lets check it out apa 10 Things I Want To Do in 2010. Hell Yeah

  1. To become a better teacher in 2009
  2. To save huge amount of money
  3. To become finacially litterate. (Celik Kewangan sangat penting coz dengan itu risiko pokai, overspend, salah labur duit dapat dikurangkan)
  4. To be more creative and productive in writing (tak kira blog and so on)
  5. To reduce weight. (hahaha ini mustahil sikit as I am a good eater)
  6. To be more critical and sharp in thinking, giving opinion or mengkritik
  7. To be more holistic this year. (belajar pasal agama ka, mengaji alkitab ka)
  8. Able to read more than 3 books a year..
  9. Able to read more ilmiah books
  10. Menjadi insan yang disayangi oleh tuhan, mak bapak, fam, kawan, bos, murid, serta insan-insan yang tersayang....
Dapatkah gue mencapainya? Yakin Boleh! Hup2x Huooray!

Wednesday, December 30, 2009

Misteri Nusantara Finale..

Lama juga gue dah tak update the blog. Bukan apa semenjak schoolnet sekolah gue rosak, gue kehilangan arah and idea untuk mengupdate blog. Cuti sekolah pula gue gunakan untuk enjoy2x. Nak dekat sekolah bukak baru gue tergerak hati mau update blog...

Wokey... masih ingat lagi post Misteri Nusantara? Kali ini sebelum pulang bercuti gue sempat menscan gambar2x yang agak misterius di lensa mataku. Jom tengok and nilaikan sendiri.




Apa yang gue tau bentuk2x bulat asap ni dalam istilah paranormal dikenali sebagai entiti.. so ada baiknya gue letak sedikit rujukan bahan.. layan... credits to


http://gambargambarpelik.blogspot.com/2009/04/misteri-gambar-hantu.html

Kemunculan imej pelik pada hasil fotografi seperti bulatan kabur atau ektoplasma banyak menimbulkan tanda tanya. Semakin ramai percaya bahawa itu adalah jelmaan jin atau syaitan.




MUNGKIN bagi yang lemah semangat, sebarang foto yang memberi idea tentang kehadiran 'entiti' atau makhluk halus akan segera dikoyak, dibakar atau dibuang. Namun, bagi sesetengah yang lain, ia bukan lagi suatu perkara yang menimbulkan rasa panik atau takut.


BUKAN asap rokok atau muslihat cahaya. Pergerakan rawak atau ektoplasma seperti ini dikatakan mewakili sifat 'entiti' yang agresif.





Tidak cukup dengan menunjukkannya kepada orang lain, pengalaman menangkap gambar itu dipanjangkan kepada bentuk perbincangan, sama ada dari sudut rasional teknikal hinggalah kepada kesimpulan tentang alam mistik dan paranormal.

Fenomena rakaman imej yang luar biasa ini menjadi semakin popular. Malah, enjin carian Google di Internet juga memulangkan lebih 350,000 hasil apabila kata kunci 'tip merakamkan hantu dengan kamera' dimasukkan.

"Jika diizinkan Allah, sesiapa sahaja tidak mustahil untuk mendapat hasil rakaman foto sedemikian. Ia menjadi peringatan kepada manusia tentang kejadian alam ghaib itu," terang Engku Ansaruddin Agus dari Pusat Rawatan Komplimentari Yashfien di Kuala Lumpur.

Menurut Pakar Khidmat Runding dan Nasihat Spiritual itu, kelengkapan perkakasan kamera moden hari ini lebih-lebih lagi yang mempunyai daya prosesan megapiksel tinggi boleh 'menangkap' kehadiran makhluk jin atau syaitan. Kamera dengan upaya tujuh megapiksel atau yang lebih tinggi melebarkan kebarangkalian tersebut.

Dia yang mesra dengan panggilan Pak Engku sudi berkongsi dengan Jurnal koleksi gambar yang memaparkan imej seperti bebola cahaya kabur. Ada juga yang berbentuk ektoplasma iaitu siri pergerakan rawak cahaya. Kebanyakannya diambil pada waktu malam.

Pak Engku meyakini semua itu adalah jelmaan jin atau syaitan. Walau bagaimanapun, dia terbuka pada penilaian sesiapa yang mahu mengaitkannya dengan ralat teknikal, kekotoran pada lensa kamera atau kesan cahaya.

"Silalah menilainya sendiri. Saya amat yakin kerana dua sebab. Pertama, saya pernah mengambil peluang bertanyakan tentang gambar itu kepada seseorang yang sedang dirasuk 'entiti', dan dia mengatakan bahawa bebola cahaya itu adalah 'kawannya'.

"Kedua, saya sendiri pernah bereksperimen dengan mengambil gambar 'entiti' yang telah saya perangkap dalam botol, dan hasilnya tetap sama," terang Pak Engku.

'Entiti' juga boleh terakam dalam bentuk lain seperti segi tiga, pentagon, seperti bebola api ataupun yang berekor. Pak Engku menjelaskan bahawa jika imej itu diteliti secara fokus dalam pembesaran saiz yang berganda, tetap akan kelihatan formasi seperti gumpalan asap.


JELMAAN imej putih ini pernah dirujuk kepada Engku Ansaruddin bagi menjelaskan tentang kemungkinan kehadiran makhluk ghaib.


Berdasarkan pengalamannya, imej yang kabur berkemungkinan besar menunjukkan bahawa 'entiti' itu tidak kuat, agresif atau berbahaya. Imej rakaman yang berwarna merah, biru atau kuning pula menunjukkan perbezaan tenaga dan kekuatan 'entiti' tersebut.

"Jin atau syaitan ini jarang menunjukkan rupa sebenar, namun adakalanya ia 'lebih berani' dengan cuba menyerupai kejadian manusia. Maka, muncullah pelbagai istilah nama-nama hantu seperti yang kita maklum dalam masyarakat kita," katanya.


SEBUAH rumah banglo tinggal yang dikatakan berhantu di Shah Alam, Selangor merakamkan ratusan 'entiti' apabila gambar ini diambil.


Pak Engku menyimpulkan bahawa terdapat empat jenis manusia dan kemungkinan hinggakan ia dapat melihat jin dan syaitan, sama ada dengan upaya mata ataupun dengan bantuan peralatan seperti kamera.

"Pertama ialah orang yang memelihara atau bersekutu dengan jin. Lazimnya, ia merujuk kepada mereka yang mewarisi ilmu hitam atau syirik. Kedua, orang yang sakit akibat dirasuk 'entiti' iaitu jin tersebut berada di posisi mata pesakit tersebut.

"Ketiga ialah bayi manakala keempat ialah jin itu sendiri berminat untuk menunjukkan kejadiannya kepada orang yang mahu ia ganggu atau goda," katanya.






Friday, November 6, 2009

Fuh... Lega Its Over

Last week gue telah menghadiri Karnival Sukan MSSR Daerah 2009 @ Stadium Kanowit selama few days. Well what can I say its fun, its enjoyable, but at the same time stressful and memenatful. As I mentioned earlier in my previous posting, sekolah gue cuma sent kontinjen olahraga jer coz kekurangan korum untuk membentuk team game mcm bola sepak and so on. By the way bgs juga coz bkn best bawa budak kuar outing tambahan pula ini bukanlah outing untuk enjoy2x :P

Well our journey bermula pada last Tues, dgn we all bertolak ke Nanga Semaram dengan menaiki kapal angkut barang. Sampai seberang we all terus naik van yang sent gue dan juga bebudak lain pergi ke jeti SMK sedaya.
Ni la rupa bebudak gue tunggu bot.


Sampai di SMK Sedaya we all terus pergi ke wharf untuk naik bot ekspress yang diubahsuai jadi perahu tambang menyeberang ke Pekan Kanowit. Sementara gue dan budak2x ni tunggu bot tu sampai gue terkejut beruk seketika melihat ada notis berbunyi "AWAS, ADA BUAYA. JANGAN BERMAIN DI TEPI SUNGAI DAN JUGA SEKITAR KAWASAN JETI". Siap dengan ganbar sekali. Boleh tahan juga besar buaya yang diambil gambarnya. memang hebatlah cikgu yang capture gambar tu . waktu malam lagi tu. Tapi memang tak hairan kalau area tu ada buaya. Ikan besar-besar beb. Tapi sebab ikan besarlah buaya tu jarang muncul seperti area Batang Lupar or Baram. Tapi gue difahamkan oleh penduduk setempat, buaya tu muncul akibat pembuangan sisa makanan di tepi sungai oleh penghuni di sepanjang sungai. So gue dapat pengetahuan baru. buaya pun mcm wild dogs juga rupanya...

Patutlah dia suka. Kepala ikan dibuang merata-rata. By the way bukan 1 tetapi 3 ekor crocs. Maybe yg i tgk kat papan amaran tu emak crocs



(Ni adress blog (empunya gambar di atas )yang ada state pasal buaya kat area jeti skolah yng gue maksudkan. Klik sini)



Enough about the croc things, the next day we all sampai di pekan Kanowit dan setel tempat tinggal, gue pagi2x buta dah bawa bebudak pergi berlatih di stadium. Bukan apa supaya budk2x ni tak tergezut lari di trek. maklum kawasan sekolah memang takda trek untuk lari. Pada masa yang sama gue sempat juga membuat tanda larian pada trek lompat jauh.m Well sebelum gue pi kanowit ari tu, gue sempat menyukat jarak optimum untuk budak2x gue melompat dalam acara lompat jauh. kalau dekat sngt and jauh sgt hasil lompatan tak seberapa.
Budak gue tgh warming up awal pagi
Gue tgh bagi arahan untuk latihan pagi

Ini pula aksi budak lepas afternoon training session


Pada hari kejohanan tu, pagi2x tu hujan lebatla pula. so gue just suruh bebudak ni stretching and warming up smentara tunggu hujan reda. Lpas hujan reda barulah kejohanan dimulakan and gue lah antara golongan pendidik yang busy mendaftarkan murid-murid untuk bertanding. Well kejohanan berlangsung sampailah ke petang sebelum diikuti dengan raptai pembukaan kejohanan.
Warming up di belakang grandstand stadium. Hujan sangat lebat pagi tu


Posing sebelum berjuang


Pasang surgical tap sebelum masuk trek. Penting coz budak2x ni tak mau lari pakai kasut. Berat kata mereka. Tambahan pula trek jenis tar bukan sintetik rubber


Aksi lompat jauh

Gue dengan budak gue yang menang emas lompat tinggi

Muka lepas menang. Happy memanjang budak nilebih2x lagi GB akan beli baju sukan untuk dia sebagai hadiah and gue bagi dia sedikit angpau




Next day, Kejohanan pun dirasmikan. Ada perbarisan, ada persembahan dan ada ucapan. Lepas tu adalah sedikit acara final trek. Overall budak gue dapat 1 emas and 1 perak. Its quite good actually coz bukan senang mau lawan dng 34 buah sekolah yang ada di Kanowit. Kalau di kalangan SJK, sekolah gue ranking no 2 after SJK yang letak di area pasar Kanowit. hehehehe.

Lintas hormat perbarisan masa perasmian kejohanan
Antara persembahan murid sekolah yang ada and yang ini gue suka tgk

Pulang semula ke sekolah dengan perahu


Apapun gue bersyukur coz dgn abisnya kejohanan ni, gue dapat relax2x coz sepanjang 1 bulan b4 kejohanan gue kena latih budak2x ni setiap pagi dan petang seawal 630 pagi dan berlarutan sampai pada cuti hujung minggu. (kiranya cuti sat n sun gue burn la) hehehe.

Kesimpulannya, mcm iklan astro ni gue pun belajar sesuatu dari bebudak ni indirectly seperti :

Winning is not everything. The most important thing is honour and feel the spirit of the game. Gue kagum dengan bebudak ni yang sanggup berlari sampai ke garisan penamat walaupun dia memang nombor uncit. Zaman gue dulu kalau dah semua orang sampai ke garisan penamat, kita sorang ja 100 meter mau abis kita berenti ja. Tapi not these kids.


Kita Sebagai Adults Janganlah Emo. Kadang-kadang cikgu lagi emo pasal budak menang atau kalah. Seperti kes budak gue dalam lompat tinggi. Budak gue dah menang tapi sorang cikgu ni protes atas sebab teknikal yang gue pun tak pasti. Gue tgk budak gue and budak cikgu ni dah penat and sejuk tapi still insist untuk rematch. Mau tak mau gue suruh jer budak gue lompat semula. Luckily budak gue menang. Sempat juga cikgu tu sruh gue field in budak yang sama next year. he3x. Mcm gue pula dihujani soalan panas mcm mana budak kita tak menang and so on. Kalau budak tak menang maksudnya ada la yang bgs dari budak kita. Kalah menang adat bertanding

Beginilah Perasaan Cikgu yang bawa gue kecik2x pergi bertanding or melawat. Masa kecik memanglah best. Siap cikgu spon makan lagi. Itu masa gue msh bebudak. Sekarang penatnya bawa budak2x. Time melintas jalan, bawa pergi pekan memang kena tgk betul2x. kalau tak siaplah cikgu kena soal kalau anything happen. Spon? alalalalala cun2x kena bulan yang panjang so paham2x sendiri lah hehehehe




Friday, October 23, 2009

Perhaps Maybe It's In the Genes


Sepanjang hampir 3 minggu melatih budak2x ni, gue berpeluang untuk mengamati perangai bebudak ni. Ada serius, ada yang tak serius, ada yang lasak, ada yang kurang lasak and so on. Tetapi apa gue nak share adalah apa yang gue amati pada bebudak ni.

Gue ada satu org yang merupakan atlit sekolah and daerah. So dia ni bnyk membantu gue dalam membimbing "adik-adiknya" untuk buat lompat tinggi. So ramai la budak2x yang ikut. ada yang berpuluh-puluh kali balik2x langgar tiang and sebagainya. Time syok2x melatih gue terpandang seorang budak duduk tercongok melihat bebudak lain berlatih.

So gue tanya budak tu, "Mau cuba ka?" Budak tu angguk kepala and terus buat lompatan and damn, leng2x sahaja dia dapat buat padahal budak tu lama juga tak datang sekolah. Kebetulan budak tu adik kepada si atlit ini. Gue tanya, "Ur firstime?" Budak tu kata "yeah". Gue pun impress. Tapi bila gue perhatikan murid-murid gue especially yang adik beradik kadang-kadang mereka ni mempunyai keupayaan yang sama kalau tak academically musti physically.

Jika gue flash back balik zaman gue di UMS dulu, ada few lecturer gue berjaya melocate gene yang express rasa manis pada nanas, perhaps secara teorinya dalam konteks kita sebagai manusia genetically tak mustahil ada gene yang meng"express" intelligence or ada genes yang supress intelligence. Begitu juga masa gue student dulu, gue ada terbaca satu artikel yang mengatakan sifat agresif seseorang mungkin dikawal oleh genes juga.

Kalau gue gabungkan situasi murid gue dengan gene expression teori, I just boleh assume that, "hmmmm, perhaps its in their genes!"


P/s: However environmental factor is more accurate in influencing an individu ability or potential. Itula sebabnya ada istilah mengasah bakat

Thursday, October 15, 2009

Aku, Olahraga and Puspa

This month is a busy month for me. Bukan apa, itu suma karena adanya Kejohanan Sukan Tahunan anjuran PPD. Jadi our school pun tak ketinggalan untuk menghantar pasukan ke kejohanan yang tersebut. Cuma memandangkan gue sorang ja guru lelaki tunggal (ada sorang lagi, tapi dia PK, busy sekarang lebih2x beliau juga guru data) maka gue telah diamanahkan oleh KJ untuk menyediakan pasukan sekolah.

Satu ketidak"best"an SKM(sekolah kurang murid) ni ialah pada waktu aktiviti sukan. Memang payah nak buat percaturan lebih2x lagi kalau harapan sekolah tinggi. Bila tgk borang penyertaan tak kira sepak takraw ka, bola sepak ka, ping pong ka, bila tgk syarat pertandingan memang awal2x lagi dah out. Contohnya bola sepak. Bila tgk borang, pertandingan 9 sebelah, tetapi syaratnya mesti ada 13 pemain. Bila tgk budak lelaki gue memang xcukup nak sent biarpun if kena tarik budak darjah 1. Begitu juga kalau bola jaring if sent 1 pasukan memang xcukup korum biarpun gue ada mengajar bola jaring waktu PJK. Kalau bola jaring campuran haaa itu boleh sent. hahahaha.

Maka satu-satunya game yang sekolah gue ikut ialah olahraga. Itupun gue terpaksa merencana strategi baik punya coz budak yang ada pun cukup2x korum. Itupun gue terpaksa tarik budak thn 2 coz ada di antara mereka mempunyai fizikal yang baik walaupun pemahaman masih kureng. Gue suruh pecut dia sempat tgk burung pula atas pokok pula. Fortunately lepas hampir 100 kali pumping and pulasan telinga adalah fokus sikit. he3x. Dari segi latihan, gue berpuas hati dengan komitmen budak coz sanggup datang even hari Ahad. Bukan gue suruh tapi KJ suruh. Maka setiap kali gue tak turun Sibu, gue akan mengorban masa tidor gue serta tdo petang gue untuk ajar. Mau batal tak boleh coz ada mata-mata melihat. Tambahan pula ada murid dari kampung seberang datang so bila dah datang tu keselamatan mereka berada di tangan gue sepanjang gue melatih mereka. paham2x sahaja la. he3x.

Overall performance budak gue dlam tahap sederhana tapi adala sorang dua yang boleh dapat pingat (hopefully). Bukan gue tak mau latih awal tahun tapi phm2xla gue pun ajar UPSR untuk BI maka setiap petang gue busy dgn kelas petang, SBT, dan juga kerja projek. Baru-baru ini masa cuti raya sahaja baru gue bercuti penuh coz masa cuti bulan 3, 6 and 9 gue pun kena mengajar dari pagi hingga ke petang. Even cuti bulan 12 pun akan ada kelas tambahan dari pagi hingga ke malam. Luckily gue dah booking mengajar pada bulan 11 untuk cuti sekolah 3 hari pertama. Dapatlah gue enjoy sakan bulan 12. he3x Tapi budak gue tahun 5 takda cuti la. ahahahaha. Takpa berkorban utk UPSR.

Semasa kejohanan sukan itu juga diselitkan sekali aktiviti tambahan seperti pertandingan nyanyian Bintang Kecil. memandang sekolah gue pun sent wakil maka berlakulah audition sepnjang minggu ni. Dalam banyak2x lagu, lagu Puspa nyanyian ST12 juga menjadi pilihan budak untuk audition. Maka everyday gue dgr penyanyi yang berlainan pictching menyanyi lagu Puspa. Kalau gue budak kecil pun mesti gua akan pilih lagu Puspa juga. Walaupun lagu tu mempunyai motif xbaik (meminta si dia curang kepada kekasih@ nak kebas awek orag) tetapi lagu tu cathchy and jiwang siot. Nah layan...........zassssssssssssssssssssssssss


kau gadisku yang cantik
coba lihat aku disini
disini ada aku yang cinta padamu

kau gadisku yang manis
coba lihat aku disini
disini ada aku yang sayang padamu

walau kutahu bahwa dirimu
sudah ada yang punya
namun kan kutunggu sampai kau mau

[reff]
jangan jangan kau menolak cintaku
jangan jangan kau ragukan hatiku
liriksong wordpress com
ku kan selalu setia menunggu
untuk jadi pacarmu

jangan jangan kau tak kenal cintaku
jangan jangan kau hiraukan pacarmu
putuskanlah saja pacarmu
lalu bilang i love you padaku

walau kutahu bahwa dirimu
sudah ada yang punya
namun kan kutunggu sampai kau mau

back to reff