Cakap-Cakap Bola: Friendly Match 2012 (Ngap Sayot vs Harimau Muda A)

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, saya akui lebih banyak menonton perlawanan yang melibatkan team Bujang Senang @ Ngap Sayot  berbentuk friendly berbanding perlawanan sebenar baik dalam Liga M mahupun Piala Malaysia. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana lokasi tempat saya mengajar tidak mengizinkan saya berbuat demikian. Tambahan pula kalau balik ke Kuching untuk cuti sekolah, biasanya jadual perlawanan mungkin sekali team Ngap Sayot main away ataupun Liga M berehat seketika. 

Jadi last Friday, 28/12 saya sekali lagi berpeluang menonton pelawanan friendly yang melibatkan team Ngap Sayot menentang Harimau Muda A. Pada pendapat saya perlawanan persahabatan begini memang dinanti-nantikan oleh penyokong Ngap Sayot seperti saya kerana dengan adanya team yang kuat untuk sparring, yakni yang ada reputasi tersendiri. (Oh ya, Harimau Muda A adalah team yang pernah menang emas last Sea Games, juara Piala SuratKhabar di Vietnam, and also dikatakan lebih baik dari skuad senior Harimau Malaya. Liga S dapat nombor empat pula tanpa pakai awang import) kita mampu untuk mengenalpasti analisis SWOT bagi Team Ngap Sayot dalam menghadapi Liga M 2013. Tambahan pula kebanyakan pemain dalam team Harimau Muda A telah lama bermain bersama, makanya sudah membentuk persefahaman yang mantap. Pada pandangan saya, team yang kuat dan selalu juara biasanya mempunyai persefahaman yang kuat di antara pemain. Pemain yang saling kenal mengenali gameplay kawan pemain masing-masing.

Gambar dibawah merupakan antara moments yang sempat saya rakamkan ketika game berlangsung: 

Add caption
Add caption

Suasana penonton berasak-asak menunggu giliran untuk masuk. Ketika gambar diambil perlawanan sudah bermula. Saya secara automatik terlepas moment Bobby Gonzales menjaringkan gol


Penjaja mengambil peluang yang ada buat extra income



Tiket Perlawanan yang dikitar semula untuk match Ngap Sayot lawan Harimau Muda .  Sarawak lawan KL










Suasana ketika perlawanan. Stadium hampir penuh. rasa-rasanya lebih 20K. lama tak rasa suasana sebegini  lepas era John Hunter and the geng







suasana lepas abis game


Friendly game ini berakhir dengan kemenangan berpihak kepada team Harimau Muda A dengan jaringan 4-2.  Suatu perlawanan yang menarik juga. Pada pendapat saya sebagai seorang penyokong yang berada time match, kekalahan pasukan Ngap Sayot banyak sekali disumbangkan oleh kegagalan penguasaan bahagian midfield. Ini kerana striker Sarawak kelihatan susah untuk melakukan serangan kerana kurang mendapat "suapan bola" dari bahagian tengah.  Saya tidak pasti samada coach Robert Alberts sedang membuat test power bakat terpendam pemain Ngap Sayot dengan bereksperimen ala Raja Gopal atau tidak dengan menukar posisi players yang ada, ( contohnya Mafry Balang yang normaly main defend disuruh main tengah, manakala our mighty Guy Bwele disuruh main centre back) namun yang pasti tanpa Guy ditengah team Sarawak kita kurang bertenaga dengan serangan yang mengancam.  Striker import Ngap Sayot pula gue lihat lebih kepada second striker. Pada pendapat gue, striker from Europe kalau kita expect mok menjana serangan secara sendiri maybe kuranglah coz kalau tgk kat TV mostly goal mereka berpunca dari janaan serangan midfield or wings. Hopefully Ivan Babic dapat menemui sentuhan bila liga sebenar bermula. Oh ya, beberapa players muda yang direkrut (terutama daripada selection players yang beraksi untuk Piala Sarawak 2012) juga diberi peluang untuk bermain seperti Dalgish Papin. Gue pikir mungkin kerana kurangnya kompetitif match atau first time bermain di depan match yang sangat ramai, beliau agak gugup juga especially bila dalam situasi 1 by 1 dengan players berpengalaman Harimau Muda.

Based on few Ngap Sayot's punya Facebook pages, ada penyokong yang saya lihat kurang berpuas hati dengan cara permainan players Ngap Sayot dan ada juga yang melahirkan kebimbangan mengenai kemampuan team Ngap Sayot untuk layak secara automatik di Liga Super 2014. Pada pendapat saya, nak judge masa depan team Ngap Sayot 100% based on that match pun xboleh juga. Kita harus ingat pasukan yang dilawan ialah team yang pernah menang gold medal 2011 Sea Games. Plus kalau Team Harimau Muda kalah pun xbgs juga kerana kalah di tangan team yang takda pemain bintang. (Tgk apa jadi dengan Harimau Malaya yang cuma seri dengan team Ngap Sayot waktu friendly dulu). Plus besar risiko kalau team main dengan full strength coz we want to avoid injuries among players. (actualy one of Ngap Sayot key players, Dzulazlan Dzulkifli injured agak serius juga. putus urat from the game). Lagi satu time ini pemain-pemain muda yang baru mau naik diberi peluang main supaya matang dalam game)

Sebenarnya 2012 ialah antara tahun yang menarik dan pada masa yang sama agak malang juga bagi team Ngap Sayot. Menarik kerana team Ngap Sayot berjaya juga main di Liga Super selepas quite sometimes di Liga Perdana tapi agak malang kerana cuma 1 musim jer kita dapat main di Liga Super akibat daripada peraturan bodoh lagi tak konsisten dari Persatuan KenaSepak Malaysia (FAM). Kalau tidak nescaya kita masih mampu kekal secara merit di Liga Super.  Selain masalah konsistensi kita juga menjadi punca kita gagal kekal di Liga Super. Bayangkan kita menang ke atas both home and away kepada kelab yang kini menjadi Manchster City Malaysia dan kelab Felda tetapi kelab-kelab ini juga yang masih stay di sana kerana kadang-kadang kita kalah tipis atau seri kepada pasukan yang turut jatuh dengan kita iaitu Kedah dan KL. Plus, kekalahan tipis kita juga banyak berpunca daripada kealpaan defend and keeper. Besides that match officials juga tidak menyebelahi team Ngap Sayot. Ada issue tak puas hati ke apa. hohohoho


Menguruskan team Borneo seperti Ngap Sayot bukanlah suatu yang mudah. Ia memerlukan dana yang sangat besar. Bayangkan tambang penerbangan sahaja rasa-rasanya boleh cover gaji para pemain untuk beberapa bulan berbanding team west Malaysia yang biasanya pakai bas yang sewanya taklah sampai 2K kot. Kalau naik belon pun paling2x pun ke Borneo atau ke Singapore sahaja. Oleh itu tak semudah bagi team untuk berbelanja mahal seperti kelab Manchester City Malaysia yang mampu menyapu hampir kebanyakan pemain star dan kebangsaan serta mengupah world class players dari La Liga dan Seria A untuk join team. However tak semestinya dengan ada pemain star boleh capai sukses. tgk real madrid dan man city. amik tempoh masa lama juga untuk juara. well forget about that. Lagi satu it seems that sudah menjadi tradisi bagi Ngap Sayot players untuk merekrut players to don the state jerseys dari Piala Sarawak. Well tak salah cuma dari segi ke"menjadian" dan keberhasilan untuk mencapai kejayaan besar tu agak susahlah. Kenapa tempoh berlangsungnya Piala Sarawak itu yang menjadi punca. Cuma beberapa minggu. Plus yang lebih menyedihkan ada Pasukan Bahagian yang menyediakan pasukan hanya dalam tempoh kurang sebulan sahaja thru open selection.  Kecualilah Piala Sarawak itu dijadikan liga. more kompetitif games akan memberikan more experience to talented players. Mcm di europe pemain muda bermain beratus-ratus game sebelum graduate dan masuk team utama kelab masing-masing. Tapi sekali lagi gue katakan mungkin sekali masalah dana yang menyebabkan Piala Sarawak ni susah direalisasikan menjadi Liga. so pada pendapat gue, maybe FAS boleh mengambil mana-mana players yang berbakat dari main state tournament ini dan diofferkan players ini kepada team-team yang beraksi di Liga Elit sekitar Kuching. Kenapa Liga Kuching? banyak team yang beraksi di Liga Kuching rata-rata dibarisi oleh ex-state players and I can say it is a competitive league dalam konteks Sarawak football. At least mereka ini mempunyai akan mendapat GAME EXPERIENCE yang banyak.  after all the state team akan mendapat benefitnya. 

Berbalik kepada team Ngap Sayot 2013, this is my SWOT analisis for the team

Strength 

Team Ngap Sayot dibarisi rata-rata experience players from last season. Dengan kemasukan players seperti Ronnie Harun dan Mafry Balang, dijangka our defence akan jadi kuat coz Ronnie Harun memang dah otai dalam Liga Malaysia. Manakala Mafry Balang secara tidak langsung akan menjadikan pengalaman bermain bersama Juara Treble last year, Kelantan sebagai pemangkin. Kepulangan semula the prodigal son, Joseph Kalang Tie serta Top Striker Ngap Sayot 2011, Bobby Gonzales secara tidak langsung menambah sengat dalam jentera serangan Sarawak.


Weakness

Ke"layap"an (carelessness) antara bahagian defend dan keeper last year menjadi culprit utama kenapa Sarawak selalu kalah tipis (1-0, 2-1)last year or bolos sehingga menyebabkan seri (Walaupun leading seperti lawan Kelantan). 2 gol Harimau Muda berpunca daripada kelayapan these two department. Ini biasanya disebabkan oleh masalah komunikasi antara these two department. Kalau dari sudut keeper sahaja, kalau Saiful Amar Sudar main biasanya beliau akan bolos akibat bola muntah or off position. His other partner Sani Annuar Kamsani lebih stabil and hopefully tak selalu cedera. Aidil pula perlu berusaha lebih gigih untuk kembali ke form seperti mana beliau jadi main keeper for team 2011, yakni ketika beliau membawa Ngap Sayot naik semula ke Liga Super. last kompetitif match yang beliau main dan gue ikuti ketika lawan Pahang masa Piala Malaysia 2012 berakhir dengan Sarawak ke tibai 6-1.  Dari sudut attacking, kegagalan menyempurnakan semaksimum or countless peluang yang terhidang last season menyebabkan team Ngap Sayot selalu kecewa dikala defend tiba-tiba layap or reff decision selalu tak memihak kepada ketika. Hopefully this mistakes dapat dieliminate or dihapus terus this season


Opportunity 

Dengan adanya pemain yang berpengalaman dalam skuad Ngap Sayot inilah peluang Ngap Sayot to produce something actually. Kemasukan few young players dari President Cup team adalah diharapkan dapat memberi positive dimension to the team. sokongan padu dari PENYOKONG NGAP SAYOT walaupun team jatuh liga harus dijadikan tonik bagi Ngap sayot untuk produce positive results this season. 


Threat

Walaupun team Ngap Sayot di"dakwa" lebih mantap this season, harus diingatkan team lain yang bermain di Liga Perdana seperti Sabah, Kedah dan Johor pun lebih mantap berbanding last year, lebih-lebih lagi Johor. Seperti abangnya yang menjadi Manchester City Malaysia, team Johor pun harus dipandang serius. Few Sarawak players last season seperti Khairul Azhar Eidros dan Rasyid Aya sudah semesti masak dan tahu cara permainan ex-team mate. Plus keupayaan menjadi juara dengan menewaskan team Manchester City Malaysia dalam match 4 penjuru Piala TMJ seharus tidak boleh dipandang enteng. other team yang patut diambil serius seperti old timers dalam Liga Perdana iaitu Sime Darby FC lebih-lebih lagi Sime Darby FC coz ramai juga bekas players Liga Super last season masuk team ini lebih-lebih our ex players seperti Yosi Derma Rajoo, K Rajan, and Ravindran Krishnan. I think these players kebarangkalian besar akan jadi key players to the team especially Yosi dan Ravindran. Ravindran tok awal-awal musim selalu jadi supersub untuk team b4 injured teruk.


Verdict for 2013: Sekiranya Sarawak mendapat at least min 9 points dalam 5 perlawanan pertama dalam Liga Perdana, tiada halangan bagi Sarawak untuk layak secara merit ke Liga Super 2014


You might like to read:



0 Response to "Cakap-Cakap Bola: Friendly Match 2012 (Ngap Sayot vs Harimau Muda A)"