p1 p2 p3

Sebelum gue menceburi bidang perguruan dan baru ja jadi fresh graduate (lepas abis belajar di UMS), bila dengar bab-bab pasal pekerjaan ini gue sentiasa dgr orang akan cakap kerja cikgu ni senang sahaja gaji besar, masuk ulu dpat 1500. Ya memang diakui gaji cikgu masakini bagi yang lepasan ijazah memang besar, tetapi ia berpadananlah dengan sijil akademik tertinggi tuan yang empunya badan terima. Takkan lah sijil ijazah bayar gaji pakai skala STPM kan bagi perkhidmatan kerajaan.

Ok apapun yang gue nak blogkan ini ialah pasal elaun susah yang orang biasanya terus sebut 1.5K kalau kena ulu. Secara umum elaun susah ini dberikan kepada guru berdasarkan berdasarkan beberapa kriteria iaitu kesukaran mendapatkan kemudahan asas, seperti elektrik dan air dan faktor jarak. Pada pemerhatian gue pada masa kini, bab elaun susah tu sebenarnya berdasarkan risiko dan kesukaran guru itu ke tempat kerja. Sebagai contoh, kalau dia nak pergi ke sekolah tempat cikgu bekerja, cikgu ni mengambil masa berjam-jam, ataupun berhari-hari (dengan berlakunya pertukaran jenis pengangkutan ). Di kawasan Semenanjung Malaysia gue tak pasti sangat tetapi bagi kawasan Sabah dan Sarawak cikgu yang biasanya dapat elaun ini ialah cikgu yang ditempatkan di kawasan ulu sungai (kebanyakan), hutan dan pulau-pulau, atau pergunungan. Ini kerana kebanyakkan sekolah di area ulu telah dibekalkan dengan generator.

Selain itu, ia lebih juga sebagai "kompensasi" buat guru kerana bila guru berada di kawasan ulu, peluang untuk menghadirkan diri ke kursus dan bengkel kerjaya adalah terhad. Sebagai contoh, untuk pergi taklimat atau kursus selama 1 hari di pejabat pelajaran pun mengambil masa berjam-jam tgk keadaan jalan dan cuaca. Plus sekolah area ulu maybe astro boleh dapat tapi internet belum tentu dapat. Jadi berbanding dengan rakan sejawatan yang mengajar di bandar, peluang untuk ikut kursus ataupun menerima berita pendidikan terkini sentiasa berterusan. Mcm kes gue aritu, bila gue sampai bandar Sibu menghadiri taklimat baru gue dapat tahu bahwa Kerajaan Perak dapat MB baru, 3 hari selepas. Gue rasa rakan gue yang budak Kedah (yang juga minat politik) pasti belum tahu berita ini kecuali dia dah pasang astro. hu3x

Elaun ini pula dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu P1 (pedalaman 1), P2 (pedalaman 2) dan P3 (pedalaman 3). Elaun bagi P1 ialah 500, P2 1K dan P3 1.5K. Normaly kriterianya ialah mungkin nak ke sekolah itu xda jalan raya. kena seberang sungai yang besar mcm kes sekolah gue, plus tak ada line telepon yang baik. Kalau bukan sungai, barangkali jalan ke sekolah itu merupakan jalan balak yang teruk yang mengambil masa mungkin 30 minit ke 1 jam untuk melaluinya. Untuk sekolah area pergunungan, kawasan tu maybe boleh dilalui oleh kenderaan udara dan kenderaan balak. Sebagai contoh area Bario dan Ba Kelalan (tempat Dato' Idris Jala, bos MAS). Cuma boleh sampai by jalan udara or jalan balak kalau bukan musim tengkujuh.

Bagi guelah juga, elaun ini juga bertindak sebagai motivasi kepada guru untuk terus berkhidmat di ulu. Bayangkan dengan serba serbi risiko serta kesusahan yang ditempuhi semasa pergi dan berada di sekolah. Mcm baru-baru ketika musim tengkujuh dan banjir melanda Sarawak. Ada sesetengah sekolah yang terputus hubungan. Mcm yang mengajar di Ba' Kelalan pasti tahu bagaimana. Dengan perkhidmatan udara yang terputus akibat airport di town banjir ataupun jalan balak yang runtuh dan tak diperbaiki. Gue juga bernasib baik masa banjir that day sekolah gue tak banjir. Mungkin jika cikgu ini asalnya terbiasa hidup di kampung tak menjadi masalah, tetapi bagaimana cikgu itu asalnya orang bandar yang terbiasa berwindow shoping, main futsal or lepak tgk MU main bola di kedai mamak 2 3 pagi? Perghh.. cabaran tu..