Bungai Rian a.k.a Bunga Durian

Gue rasa lama gue dah tak update blog gue. Mungkin disebabkan gue akan ke"busy"an dengan kerja-kerja sehingga gue belum berkesempatan untuk mencari idea-idea mengupdate blog. So today gue share "ilmu botani kampunglah" dengan u all.

Gue rasa umum mengetahui bahawa durian ialah sejenis buah tropika yang menjadi buah no 1 diminati oleh orang Malaysia walaupun buah ini agak di"anti" oleh orang barat kerana baunya yang agak "kuat" bagi deria hidu orang barat.Dengan buahnya yang kuning serta isinya yang berkrim itulah yang menyebabkan rakyat Malaysia menyukai buah durian ini.

Itu buah durian yang orang tahu isinya boleh dimakan. Tapi gue juga pasti masyarakat secara umum mengetahui bahawa bunga durian boleh dimakan. Di bandar Sibu sekarang gue mendapati musim buah durian baru hendak bermula, tetapi kat sekolah gue, bukanlah musim buah durian, sebaliknya musim buah durian baru nak berbunga. Sebut pasal bunga durian kalau kat kampung gue, mesti warga kampung akan pakat-pakat kutip bunga durian yang gugur untuk dijual sebagai sayur ataupun dimasak untuk makan sendiri. Sayur bunga durian ini secara lazimnya menjadi sayur bermusim yang selalu dimasak oleh masyarakat Bidayuh. Kaum lain seperti masayakarat Cina Sarawak pun makan bunga durian sebagai sayur. Kaum Iban pula tengok kawasan. Ada yang tahu bunga durian boleh dibuat sayur dan ada yang tidak menjadikannya sebagai sayur. Sayugia diingat bahawa ini lebih kepada pemerhatian serta feedback yang gue dapat yer.

Sebut pasal bunga durian ini, for the past few weeks bini gue memang craving for bunga durian sampai ke satu level gue cuba cari kat Kanowit, Julau dan malah ke Sibu untuk mencari bunga durian nih malangnya tak jumpa. Bila dah berbunga ni gue amik kesempatanlah untuk mengutip bunga durian nih. So last Thursday after extra class, gue membawa anak murid gue untuk mengutip bunga durian. Secara umumnya nak amik bunga durian nih mudah jer. amik jer yang dah jatuh dibawah tanah.

Bunga durian yang berguguran jatuh ke tanah.

Walaubagaimanapun, memandangkan bunga durian ni jatuh pada kategori yang sama seperti strawberi (mudah rosak), jadi gue ambik terus bunga yang mekar berkembang kat atas pokok. oh ya kebetulan pokok durian yang dekat sekolah gue rendang-rendang dahannya so senanglah gue petik seperti memetik bunga di taman hati. cewah!


Bunga durian yang fresh dan sedap dimakan ialah yang berwarna putih cerah-cerah. Kalau dah teroksida berwarna brown dah tak fresh sangat. Kalau goreng memang takda rasa krup2x. Silap hari bulan kalau goreng akan likat seperti sayur lady's fingers terlebih air. Oh ya memandangkan gue awal sehari sebelum pulang bercuti sekolah lepas petik gue dan murid-murid gue pun bungkus bunga durian dengan surat khabar sebelum gue simpan dalam peti sejuk untuk mengurangkan kadar pengoksidaan.




Murid-murid gue yang sudi tolong gue kutip bunga durian. Thanx alot!



Dalam gue memetik bunga durian, gue perhatikan ada juga murid gue menyedut nektar bunga durian seperti yang biasa yang gue sedut pada bunga ixora waktu gue bebudak dahulu. Nektar bunga durian ni rasanya seperti manis isi buah durian yang belum masak. Nektar ini memang disukai oleh entabah (keluang).

Jadi kalau musim bunga durian tiba, maka secara tidak langsung warga rumah panjang akan mendapat sumber protein percuma. :)

Ketika gue sedang asyik memetik bunga durian, seorang murid gue bertanya, "Cigu, macam mana masak bunga durian nih? Tak pernah kami makan." "Cikgu masak untuk kami la. Mau kami rasa." Memandangkan murid gue dah offer tolong kutip, sebagai balasan gue pun setuju untuk masak bunga durian untuk budak gue ini. Oh ya sebelum masak bunga durian kena proses dulu dengan iaitu the filament parts perlu dibuang. Kalau tak dibuang, ia akan membuatkan bunga durian ni berlikat bila dimasak

Rupa bunga durian yang telah diproses

Cara memasak bunga durian ni kalau ikut resipi orang bidayuh simple jer. Digoreng dengan bawang putih yang ditumbuk dengan ikan bilis. Kalau nak power tambah belacan dan cili. Kalau ikut resipi Cina Foochow, bunga durian ini digoreng dengan bawang putih serta wain cina. Memandang next day dah cuti start cuti sekolah and gue malas nak masak kemas dapur lebih sangat, gue goreng simple jer dengan garlic and achovies, tambah garam dan "pak aji"

resipi orang "bujang". hehehehe

Walaupun simple gue tak sangka licin jugak budak gue bedal. kali cun dengan selera dorang dan juga sayur ni super fresh jadi rasanya best kot. hehehehehe

0 Response to "Bungai Rian a.k.a Bunga Durian"