Cakap-cakap Bola: Borneo Derby

Last Tuesday, gue bersama orang rumah gue telah pergi menyaksikan perlawanan persahabatan team Sarawak melawan team Sabah kat State Stadium.Gue pula sememangnya tidak dapat melepaskan peluang untuk melihat match di stadium terutama membabitkan team Sarawak wpun cuma bersifat persahabatan kerana bila masuk musim Liga Super or Liga Perdana, peluang nak tgk kat stadium memang agak tipis memandangkan lokasi tempat kerja yang tidak mengizinkan. In fact dah dekat 3 tahun berturut-turut gue lihat team Sarawak main kat stadium yang bersifat perlawanan persahabatan sahaja.

Menariknya perlawanan ini disifatkan sebagai Borneo Derby. Memandangkan publisiti yang agak meluaskan diberikan oleh local papers and also in Facebook fanpages, jumlah yang menghadiri perlawanan ini pun agak menggalakkan.




Suasana di luar stadium (entrance area)

At the same time, this derby match telah mengimbau kenangan masa lalu gue kerana perlawanan pertama yang gue tgk kat stadium was Sarawak lawan Sabah juga back in 1992 liga semi pro. Waktu perlawanan Sarawak pakai jersi oren putih while Sabah jersi merah biru. Sarawak ada John Hunter while Sabah ada Matlan Marjan dan yang paling penting, keeper Sabah time tu ialah orang putih. The match ended 1-1. (Sarawak score dulu b4 Sabah menyamakan kedudukan.)


the match view-dari sudut penonton

Scoreboard baru dalam pembinaan

selingan during half time-penalty shootout. Sapa score bnyk dpt jersi

Perlawanan ini gue lebih sifatkan sebagai test match because both team menggunakan match ini untuk mencari first eleven masing-masing dan pada yang sama cuba memperbaiki apa yang lemah pada team dorang.

Bercakap match ini, gue perhatikan team Sarawak telah "ditekan" oleh team Sabah pada 1st half yakni ball possession memang dikuasai team Sabah. Serangan yang mengancam lagi merbahaya juga banyak dilancarkan oleh team Sabah through the left side. Pada masa itu, gue melihat bahagian sebelah kiri defend Sarawak menjadi lubuk bagi player Sabah melakukan serangan. Mujurlah keeper Sarawak bnyk melakukan "save" yang memantap dan pada masa yang sama finishing striker Sabah agak tumpul.





Masuk second half, barulah gue lihat ada keseimbangan perlawanan dengan both side saling serang menyerang serta melakukan serang berbahaya. At last match ended dengan Sarawak menang tipis 1-0. Secara keseluruhan gue berdapat team Sarawak perlu memantapkan area midfield sekiranya ingin memberikan saingan yang mantap kepada team seperti Kelate, NS serta Ganu kita. Anyway gue optimis the coach will do something before the league starts.

Sepanjang perlawanan ada few players yang menarik perhatian gue. Di sebelah team Sarawak was keepernya (for the great save) dan juga import barunya iaitu Guy Bwele (walaupun slow semacam tapi skill memang ada gayalah). Di sebelah team Sabah pun importnya (mamat orang putih) coz memang laju dan sering membuat percubaan agak merbahaya. Gue overall enjoy menonton match ini kerana kurang tukar pemain walaupun match ini bersifat friendly. Last time friendly match yang gue tgk, pertukaran terlampau banyak sehingga menjejaskan tempo game


Perlawanan tamat

Pemain memberikan tanda penghargaan kepada penonton yang hadir

Sewaktu pulang sempat juga orang rumah gue mengomel, "perlawanan team sarawak sekarang agak berbeza dengan waktu ngap sayot and zaman Ramos. dulu kalau dah serang no turning back. Sekarang syok-syok menyerang boleh pula gostan belakang pass bola." Well gue tersenyum sahaja coz lain zaman lain stail or strateginya.


Anda mungkin juga ingin membaca:

Cakap2x Bola: Sarawak FA vs Era Team

Cakap2x Bola: The Gloomy ERa of Sarawak Football Part 1

Cakap2x Bola: The Gloomy ERa of Sarawak Football Part 2



0 Response to "Cakap-cakap Bola: Borneo Derby"