Mi Kampua Merah






Sepanjang bergelar pendidik, gue paling suka bila dipanggil berkursus or takimat dekat pejabat kerana selain mendapat input terkini, gue juga berpeluang untuk singgah di pekan Kanowit untuk menikmati makanan tradisi orang tempatan (Foocheow Cuisene ) iaitu Mee Kampua. Umum diketahui, mee kampua paling senang didapati di sekitar bahagian Sibu, Kanowit, Mukah dan sewaktunya dengannya kerana ia merupakan makanan asas orang Cina berdialek Foocheow dan mee ini biasanya dinikmati pada waktu sarapan pagi.

Mee Kampua ni cara buat dia lebih kurang macam mee sedap. Mee ini direbus sehingga masak sebelum digaul sebati dengan perencah asli seperti minyak kinzhir (kalau versi halal dia pakai minyak bawang goreng), kicap soya, msg, garam serta bwang goreng serta daun bawang goreng. kemudian ditabur dengan hirisan daging. Ringkas sahaja tetapi rasanya ada yang sedap dan ada yang tak sedap. Alah mcm mee goreng la. Ada gerai yang mee gorengnya sedap dan ada yang tidak sedangkan bahan hampir sama.

Mau tau lebih lanjut ni dia resipi kampua:

Harga pula lebih kurang RM 2 ke RM 2.50 dan RM 1.70 ke RM 1.80 pagi yang versi kosong sahaja. Di Kanowit sebelum gue masuk ke pejabat untuk taklimat serta kursus, gue suka singgah di 2 kedai kopi untuk menikmati sarapan kampua kerana kedai ini menyajikan Kampua Mee Merah (versi Kolo Mee Merah kalau di hometown gue). Kampua Mee Merah ini ialah kampua mee yang diletakan pati cairan @ jus daging yang dipanggang. Rasanya memang marvelous. Setakat ini gue belum lagi menjumpai Kampua MEe Merah dijual dengan banyaknya di bandar Sibu apatah lagi yang versi halal. Di Bandar Sibu misalnya Kampua Mee (halal version and also non-halal version) biasanya dijual dalam dua versi iaitu versi plain and versi kicap.

Versi Kicap


Tapi gue sejujurnya kurang berminat. Mungkin as Kuchingites tekak gue dah sebati dgn "merah" hehehehe.

Berbalik kepada Mi Kampua Merah Kanowit, ada 2 kedai yang gue suka usha. Yang pertama sekali ialah Penang Cafe coz mee kampua merahnya memang sedap tambahan pula dekat sana ada Penang White Cofee Peng. Gue menggemari Penang White Coffee coz rasanya lagi besh dari Ipoh White Coffee (plus gue pun ada darah orang Penang juga. Hehehe)


Kedai yang kedua yang selalu gue usha ialah Tong Cheng Fastfood. Beza kedua-dua kedai ini ialah kat Penang Cafe the mee moisture is sedang2x manakala kat Tong Cheng mcm dah mau jadi mee basah pulak.


Apapun kedua-dua kedai ini memang akan menjadi sasaran gue setiap kali gue berkunjung ke daerah Kanowit. Hehehe tapi dua-dua kedai ini mee kampua dia versi xhalal. Kalau gue jumpa mee kampua halal yang marvelous nanti akan gue update posting ini. Tunggu.............

3 Response to "Mi Kampua Merah"

  1. Yazid Husain says:
    August 13, 2010 at 4:41 PM

    ini lain daripada mee kolok eh

  2. Cikgoo Jasz says:
    August 17, 2010 at 6:03 PM

    lain sikit yazid. Mee dia jenis mudah kembang. Satu lagi versi halal ada yang suka buat mee kampua goreng

  3. jesica says:
    August 28, 2013 at 6:15 AM

    belum pernah saya cuba mee kampua goreng. Selalunya yang direbus dan digaul dengan bahan perencahnya. Di Sibu, masih lagi ada kampua mee yang harganya RM1.80 dan sedap.