I Like To Eat Ripong, Teacher!

Not long ago semasa gue diberi mandat untuk mengajar English Language, gue suka bertanya soalan-soalan spontan yang berasaskan pemakanan seperti "What did you have breakfast@lunch@dinner?" ataupun soalan sebegini, "What do you like to eat?" or "What is your favourite food?".

Well saja gue tanya soalan sebegini sebagai ice breaker. Plus dengan tanya soalan makan juga gue boleh tahu latar belakang sosioekonomi budak yang gue ajar secara tidak langsung. Kalau soalan apa yang budak suka makan, normaly kalau di kawasan bandar or yang mudah nak ke bandar, jawapan yang gue dapat mostly kfc, burger, satay and so on.

Tapi kalau di kawasan pedalaman kadang -kadang terdengar juga nama haiwan eksotik yang menjadi kegemaran murid murid in seperti babi hutan, entabeih (kelawar yang besar), musang, pama' (katak sungai), tenggiling, ripong and even ular sawa.Untuk posting kali ini, gue nak highlight satu makanan eksotik yang jadi kegemaran some of my pupils, that is ripong.


Ripong adalah sejenis keturunan ular sawa yang biasanya dijumpai di kawasan hutan tropika (area belukar, paya mahupun tebing sungai) Asia Tenggara. Kalau di Semenanjung Malaysia ripong dikenali sebagai ular sawa pendek. Kalau di kalangan peminat ular sedunia, ia dikenali sebagai blood python ataupun short tailed python. Kalau kat kampung mak gue, ia dikenali sebagai Jepoh Betoh Dewon (Ular Mata Daun). Thanks to Dictionary Iban to English, written by Anthony Richards, gue berjaya mendapat nama scientificnya sekali iaitu Python curtus.


Dari segi anatominya ular ini boleh memanjang sehingga 5 ke 8 kaki dan hujung ekornya pula sangat pendek jika dibandingkan dengan panjang keseluruhan. Warnanya pula dari coklat kehitaman sehinggalah kepada warna yang merah seperti darah (tula sebabnya namanya blood python!). Tapi kalau ikut pentaksonomian, ripong yang selalu dijumpai di Semenanjung Malaysia adalah di bawah subspesies Python curtus brongersmai Stull, manakala di Sarawak rasa-rasanya ada 2 jenis iaitu Python curtus breitensteini Steindachner, dan Python curtus breitensteini Schlegel.





Contoh-contoh ular ripong. Tapi yang 2 gambar di bawah commonly found in Sarawak

Ripong ini pula kalau di negara barat ripong ini disimpan sebagai haiwan peliharaan eksotik (macam iguana). Kadang-kadang ianya juga diternak untuk kulitnya. Tapi di Sarawak, ripong diburu sebagai sumber protein masyarakat peribumi. According to the locals, ripong rasa-rasanya seperti daging ayam. In my opinion, selepas gue berpeluang merasa isi ripong ini few weeks ago gue berpendapat rasa ripong ini seperti kepingan ikan fillet (dory fish fillet) yang biasa kita beli di supermarket. Apapun mungkin ia bergantung kepada cara masakan individu. Still I do agree the ripong's flesh texture is better than ular sawa besar (keras dan liat) kerana ia lembut. Silap haribulan mungkin ada yang confuse sebagai ayam.

Cara masakan yang lazim dibuat oleh masyarakat Iban mahupun Bidayuh untuk ripong ini lazimnya digoreng dengan serai. Tapi ada yang cakap lebih sedap masak pansuh (dimasak dalam buluh) ataupun dimasak kari.
Picture Credit: http://onyal.blogspot.com




Sebut pasal kari, adakah semua masakan haiwan eksotik yang di Sarawak paling sedap kalau masak dengan kari coz semasa gue baca mengenai Ikan empurau (Ikan paling mahal di Sarawak yang boleh mencecah ratusan ringgit per kg) kebanyakan yang claim paling sedap dimasak kari!

Seperti gue belajar daripada masyarakat Iban tempat gue mengajar, walaupun ular boleh dimakan oleh mereka (yang masih berpegang kepada kepercayaan adat resam) tetapi apabila mendapat "alamat" melalui mimpi mengenai ular, mereka ini biasanya tidak akan makan lagi daging ular. Ini kerana bagi kepercayaan masyarakat Iban, kadang-kadang ular ini adalah jelmaan nenek moyang mereka yang telah meninggal dunia yang berpesan kepada anak cucu supaya tak makan ular lagi. Memakannya akan dianggap sebagai perbuatan yang mali (taboo in english, or peris in Bidayuh Biperoh). Nice info kan about the culture kan?

P/s: A five metres python if caught in a kampong in West Malaysia might be a news headline for tommorow's newspaper, but a five metres python if caught in a Dayak kampong in Sarawak will be a wholesome exotic meal for the villagers.

4 Response to "I Like To Eat Ripong, Teacher!"

  1. Zu says:
    May 7, 2012 at 7:25 PM

    U eat?

  2. Cikgoo Jasz says:
    May 10, 2012 at 7:32 PM

    Eat tapi occasionally sj. hehehehe. Tapi kalau kulitnya tak dibakar, geli juga. seolah-olah masih hidup saja itu ular

  3. Unknown says:
    January 12, 2014 at 12:10 AM

    baru je aq jumpe ular nie kt tmpt keje.. om yohanes yg tgkp.. dia ckp nk buat sup tulang..

  4. nong says:
    January 17, 2019 at 10:41 PM

    Nice info bro terbaik