Edisi Hari Guru: Guru, dan Tekanan?

Guru, Laoshi,Cikgu, atau Teacher. Lain sebutan tapi maksudnya sama. Kalau dalam perkhidmatan awam, nama rasmi jawatan guru dikenali sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) ataupun Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS). Di Malaysia, jawatan guru ini unik dan istimewa, kerana jawatan ini wujud bukan sahaja di bandaraya-bandaraya utama di Malaysia malah meliputi daerah kecil, pekan-pekan mahupun kawasan pedalaman yang jumlah penduduknya yang mungkin kurang daripada 1000 orang. Dengan kata lain, di mana ada kampung, di situ ada sekolah, dan sudah tentunya di situ mesti ada guru.


Di kawasan luar bandar dan pedalaman, jawatan guru ini dianggap penting juga kerana mereka lah antara "penggerak ekonomi" setempat. Maksud gue, dalam jangka masa panjang (20 tahun ke atas) mereka ini membina generasi baru yang berilmu supaya boleh menjadi insan yang boleh memperbaiki ekonomi sesuatu keluarga. Dalam jangka masa pendek dan sederhana, guru dilihat menjana kerancakan ekonomi sesuatu kawasan kerana kuasa beli yang ada. Macam daerah tempat gue mengajar, majoriti penjawatan awam yang selalu memberi barang keperluan di pekan adalah guru. Tempat gue mengajar, guru memang menjadi sasaran bagi ibu bapa menjual hasil-hasil pertanian mereka seperti sayur-sayuran atau beras sehinggalah kepada hasil tangkapan ikan mahupun hasil buruan.

Selain itu di kawasan luar bandar dan pedalaman, guru juga memainkan peranan penting dalam menjadi "mata dan telinga" kerajaan. Sayugia diingatkan apabila disebut sebagai "mata dan telinga" kerajaan, bukanlah bermaksud politik ya, tapi lebih kepada penyebar informasi kerajaan seperti menyeru anak-anak berumur 12 tahun membuat IC, berusaha memastikan anak-anak murid yang layak mendapat bantuan yang memang telah diperuntukkan untuk kerajaan.


Namun begitu, seperti pekerjaan-pekerjaan yang lain, guru juga tidak lari daripada masalah tekanan kerja. Berdasarkan apa yang gue baca di papers mahupun di internet, serta pengalaman gue sendiri, tekanan kerja boleh terjadi akibat daripada tekanan daripada klien, masyarakat mahupun rakan sekomrad. Jom lihat satu persatu!

Tekanan daripada Klien

Tekanan daripada klien ini biasanya berlaku apabila jumlah klien adalah sangat besar dalam satu kelas. Sebagai contoh, maybe around 30 something and above. Well, dengan pelbagai ragam dan karenah setiap karekter pada klien, adalah menjadi satu cabaran besar bagi pendidik kerana ia menuntut kesabaran yang tinggi serta pendekatan psikologi yang betul. Lebih-lebih lagi kalau klien itu adalah remaja, suatu proses usia yang semua ingin mencuba, ingin memberontak dan ada yang lebih serius yang berani mencabar. Itulah yang membuatkan guru stress. Plus kalau yang tak perform well in academics pun menjadi punca tercetus tekanan kepada guru. Oleh itu, gue respek pada guru-guru yang berhati waja yang boleh senang-senang kontrol kelas yang jumlah muridnya boleh buat "1 kompeni askar". U all memang hebat.


Tekanan daripada masyarakat setempat.

Tekanan daripada masyarakat setempat juga boleh buat guru menerima tekanan secara tidak langsung. Pada pemerhatian gue, di era sosial networking, sering kali gue terbaca posting di Facebook daripada rakan guru yang menggambarkan walaupun cikgu kerjanya setengah hari, tapi cikgulah jururawat, tukang kebun, kerani, dan sebagainya. Itu semua kerana daripada persepsi masyarakat yang agak silap mengenai kerjaya guru. Secara tidak langsung ia memberikan sedikit tekanan kepada guru. Gue juga sering mendengar keluhan guru-guru senior yang mengatakan bahawa dulu jawatan guru cukup dihormati berbanding sekarang. Well ada benarnya dan pada teori gue, ia lebih menjurus kepada taraf ekonomi dan sosial masyarakat terutama yang berkait rapat dengan klien. Begini, pada 3 to 4 decades ago, guru cukup dihormati oleh masyarakat setempat kerana guru digambarkan dengan orang berilmu, suatu yang cukup jarang pada ketika itu. Kebolehpercayaan mereka terhadap guru untuk membentuk anak-anak mereka pun tinggi dan mereka juga supportive terhadap usaha guru mendisiplinkan anak-anak di sekolah. Kalau murid di sekolah dulu dirotan guru 1 kali balik rumah gerenti ditambah 1 kali atau 2 kali. Itu dari konteks sosial.Dari segi ekonomi, pada zaman dahulu rata-rata masyarakat ketika itu bekerja sara diri. Maksudnya dari segi makanan dan tempat tinggal mungkin tiada masalah kerana sumber makanan ditanam serta diternak sendiri manakala rumah pula gue yakin di tanah mereka sendiri. secara tidak langsung gue pikir mentally stress di kalangan mereka adalah di peringkat yang agak minimum. Tapi sekarang, masyarakat yang mempunyai pekerjaan yang profesional sudah sangat banyak. Kalau guru "terkucil" sedikit dalam memberikan info sudah dikomen berdas-das. Silap hari bulan disuruh guru itu pindah atau lebih sinis berhenti. Kebolehpercayaan terhadap guru untuk membentuk anak-anak mereka pun tinggi namun ada yang tidak berapa supportive terhadap usaha guru mendisiplinkan anak-anak di sekolah. Sekarang anak dirotan di sekolah barangkali akan diheret ke mahkamah, mahupun masuk newspaper. Yang penting anak murid ini mendapat A,A, A, dan A sahaja dalam subjek. Kalau bnyk A lagi bagus. Disipilin tutup sebelah mata sahaja. hehehehe. Dari segi ekonomi, rata-rata masyarakat bekerja makan gaji untuk menyara kehidupan. bayar pinjaman rumah, beli makanan dan sebagainya. Tekanan dari majikan juga menyebabkan mereka juga tertekan so kadang-kadang mereka cuba mengurangkan masalah mereka dengan tugas "mendisiplinkan anak-anak di tangan guru". Kalau yang anak tauke lagi best. Paham2x lah. hohohohoho


Tekanan dari Komrad

Gue kategorikan komrad dari rakan sekerja sehinggalah kepada pentadbir. Alasanannya mudah kerana komrad ini asasnya mendapat latihan serta pendidikan untuk menjadi guru dan asalnya pun hampir semuanya menjadi guru. Tekanan dari komrad juga merupakan tekanan yang sering ditempuhi para guru and infact mungkin menjadi "punca utama" segala tekanan yang dihadapi oleh guru. :). Tekanan beban kerja yang mungkin tak di"delegate" sesama rakan guru oleh pentadbir dengan baik, kerja pengkeranian, aktiviti-aktiviti yang bukan bersifat core business menjadi sebahagian daripada tekanan kerja para guru. Klien yang tidak dapat score dengan baik juga akan menambah tekanan guru kerana rakan sekomrad yang berada di atas pasti akan menyoal balik si guru.

Tekanan kerja memang menjadi lumrah bagi orang yang berkerjaya. Justeru itu, proses "destress" adalah amat-amat perlu. Beriadah, spending quality time with the love ones, serta beribadat adalah salah satu proses yang selalu dilakukan dan memang patut dilakukan. Overall. Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia. Semoga anda sentiasa bersemangat dan mencintai profesion anda. Hoye!

Anda mungkin suka membaca:

1 Response to "Edisi Hari Guru: Guru, dan Tekanan?"

  1. Willie a.k.a Reptoz says:
    May 17, 2012 at 6:17 PM

    Setiap pekerjaan ada kesusahannya sendiri. Dan, saya setuju dgn tekanan kerja yg dinyatakan oleh cikgu itu.

    Selamat bertugas.