Edisi Hari Guru: Kenanganku Pada Guru

Baru-baru ini dalam mesyuarat staf, GB gue sempat memberikan mutiara naga oppps mutiara kata yang bunyinya lebih kurang begini, "Kalau u all mau budak suka sama ajaran u, u ingat balik apa yang buat u suka sama ajaran cikgu yang u suka." Bersempena dengan entry Hari Guru tahun ini, gue akan akan sharekan ingatan gue terhadap guru-guru yang pernah menjadi guru gue. Jom layan....

Sebatan Dewata Pemecah Halilintar

Pada pada siapa-siapa yang menjadi murid sekitar tahun 90 an dan ke bawah, rotan mahupun hukuman korporal tidak pernah menjadi isu front page or masuk berita tv. Mungkin disebabkan pada masa itu parents pun xterlampau emo juga or semua masalah akan diselesaikan pada stage skool dulu. Gue tak mau komen bab itu tapi gue masa budak sekolah dulu memang ada nostalgia dengan rotan mahupun hukuman korporal yang telah menjadi satu memori evergreen bila untuk gue share dengan colleague gue mahupun anak murid gue yang sudah mencapai aras akil baligh.

Masa gue sekolah rendah dulu, gue ada satu cikgu yang cukup gue gerun apatah lagi kalau beliau memegang rotan. Cikgu W ni pada masa yang sama juga merupakan salah seorang askar wataniah dan seorang PK HEM di sekolah. Salah satu ciri yang menyebabkan bebudak sekolah macam gue gerun sama Cikgu W ni ialah suaranya yang ala vokalis Linkin Park or ala ala Stone Cold Steve Austin (ahli gusti) beliau men"psycho" budak. Tambah lagi jika beliau melepaskan sebatan walaupun tidak full swing tetapi kesan sebatan beliau amat menusuk sanubari jika terkena sampai 2 hari lamanya. Sebab itulah gue or bebudak lain kalau nampak jak kelibat Cikgu W meronda biarpun 100 meter jauhnya dari blok kelas we all yang bising-bising dan main-main boleh berubah (berlakon) menjadi murid yang cukup "mithali". Kalau waktu gotong-royong membersihkan persekitaran sekolah, bebudak kalau boleh memang akan berpura-pura bersungguh-sungguh mencari sampah malah kalau takda sampah masa tu pun akan dibuat ada sampah juga untuk mengelakkan diri dilihat oleh Cikgu W seperti murid yang curi tulang. Begitu hebatnya penangan Cikgu W pada masa itu. Selepas Cikgu W pencen, gue tak dapat jumpa lagi guru di sekolah rendah yang setanding beliau dalam bab-bab merotan sehinggalah gue masuk ke sekolah menengah.

Di sekolah menengah (sekolah gue belajar), cikgu-cikgunya memang tak pernah merotan di waktu sekolah cuma di waktu malam ja hehehe. Itu pun kerana ada murid-murid yang nakal seperti gue dan rakan-rakan. Sebab itulah ingatan gue terus kepada satu orang cikgu ni yang gue kenali sebagai Cikgu S atau Pak L. Pak L ni cukup digeruni bebudak asrama seperti gue kerana beliau boleh ambush budak yang sedang buat bising semasa prep ataupun masih belum tidur biarpun sudah waktu tidur malam tanpa disedari. Begitu juga semasa masa riadah. Sapa-sapa yang belum pulang selepas pukul 6 memang akan menempah maut. Biasanya sapa-sapa yang ditangkap oleh Pak L waktu berikut biasanya ada dua kalau tak rotan, pastinya ketuk ketampi. Gue pernah diketuk ketampi selama setengah jam bersama rakan-rakan yang lain akibat bermain basketball di belakang asrama pada waktu malam. Tapi ini sememangnya telah menyedarkan gue betapa tak seriusnya menghadapi PMR waktu itu. Nasib baik gue leh buat yang terbaik. Syukurrrr..... Kalau bab rotan biasanya untuk sapa-sapa yang masih bercakap-cakap lagi masa tido. Beliau akan bersembunyi disebalik pintu untuk sekian lama sebelum beliau mengetuk pintu bilik yang disyaki. Kalau bukak, memang "piap" akan hingga pada sapa-sapa yang masih belum tido. Tapi gue tak pernah kena rotan biarpun gue dalam bilik yang disyaki kerana gue akan "berlakon" seolah-olah gue sedang tidur. hehehehe. Tapi selepas Pak L transfer memang kurang dah ambush2x di waktu malam.


Guru Adik Manja dan GTO

Selain guru yang garang, salah ciri guru yang biasanya diingat oleh budak-budak ialah cikgu yang menjadi ciri Guru Adik Manja mahupun GTO. Masa gue sekolah rendah dahulu gue ada seorang guru macam ni masa gue tahun 6 yang gue senang address sebagai Cikgu K. Gue sangat menyenangi Cikgu K ini kerana beliau sentiasa menginspired murid-murid dalam kelas gue untuk memberi yang terbaik dalam exam. Kadang-kadang beliau juga memberikan kami suatu yang takda dalam silibus seperti nasihat seorang abang kepada adik or kadang-kadang seperti seorang kawan.Thanx to Cikgu K also kerana memberi kepercayaan kepada gue untuk menyertai pertandingan sukan peringkat bahagian biarpun pada masa tu UPSR tinggal 2 bulan sahaja. Malang sekali Cikgu K ni sudah tiada akibat kanser. Semoga roh beliau tempatkan di kalangan golongan beriman. Begitu juga masa sekolah menengah. Gue beruntung menemui ramai guru-guru yang ala-ala GTO. Masa PJ ialah masa yang terbaik untuk belajar "biologi" dan masa sejarah ialah masa yang terbaik untuk gue "berdebat" mengenai fakta sejarah. Masa fizik pula ialah masa yang gue tunggu untuk mempelajari "cool science stuff yang xda dalam silibus" biarpun fizik salah satu subjek yang gue tak berapa study dan skor sampai di peringkat U. Gue juga ingin memberikan penghargaan kepada guru kimia yang memberikan kepercayaan kepada gue untuk mewakili sekolah dalam program Tunas Saintis biarpun SPM masa tu pun tinggal 3 bulan lebih ja. Rupa-rupanya projek kimia yang gue usahakan secara kebetulan menjadi suatu dejavu kepada gue or bayangan awal mengenai course yang gue ambil masa di UMS.


Impak Kenangan

Segala kenangan yang ada pada gue terhadap guru gue telah gue terapkan dan amalkan dalam kerjaya gue iaitu sebagai seorang guru.Gue boleh ambush murid-murid gue yang bermain-main waktu kelas malam tanpa mereka sedari. Gue boleh menjadi guru yang grang terhadap murid-murid yang nakal dan pada masa gue boleh berubah menjadi GTO sekiranya mereka memerlukan nasihat seorang "abang" daripada gue mengenai kehidupan alam remaja ataupun mengenai bidang kerjaya. Betapa besarnya impak guru-guru gue kepada gue dan gue percaya anda yang membaca entry ini pun berasa begitu terhadap guru-guru anda.Sesungguhnya gue percaya guru you all pasti tumpang gembira dengan anda sekiranya ada telah menjadi somebody. Gue teringat seorang guru gue ketika bertanya kat gue mengenai perkembangan rakan sekelas gue. Lepas gue cakap ramai sudah yang berkeluarga, ada yang jadi engineer, ekonomist, askar, doktor, nurse, cikgu dan lain-lain, cikgu ni cuma tersenyum dan berkata' "wah sampai dah jadi engineer, aku dah tua rupa-rupanya. "


Makanya Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Bagi gue, Selamat Hari Guru kepada semua cikgu gue dari zaman sekolah rendah, menengah, matrix, UMS mahupun IPTAR. Terima kasih banyak-banyak. Jasa anda akan cuma Tuhan sahaja mampu membalas. Begitu juga kepada rakan-rakanku yang menjadi GURU mahupun pengajar, Selamat Hari Guru kepada anda semua. Semoga anda terus bersemangat untuk mengajar dan melahirkan insan yang berguna to the society. Hell Yeah!

2 Response to "Edisi Hari Guru: Kenanganku Pada Guru"

  1. GEREJA KATOLIK ST JOSEPH LABOI says:
    May 21, 2010 at 9:22 PM

    Selamat Hari Guru Cikgu Jason Yeoh

  2. Cikgoo Jasz says:
    May 23, 2010 at 9:26 PM

    Thanx. Happy Belated Teacher's Day 2u2 Cigu Brian