FOOD chain

Ilham untuk membuat posting ini muncul tatkala membuat paper exam untuk Sains Tahun 5. hehehehe.


Food Chain. Hmmm salah satu cabang sains yang biasanya dipelajari bebudak sekolah di seluruh Malaysia. Gue mula-mula mendengar istilah ini seawal darjah lima (dalam subjek Alam dan Manusia). Oh ya subjek sains yang dipelajari bebudak sekolah sekarang belum diperkenalkan lagi waktu gue sekolah rendah. Kemudian gue mempelajari topik ini di kelas Biologi di sekolah menengah sampailah pada tahun pertama di Universiti.

Berdasarkan pengalaman gue menjadi guru Sains for almost four years, topik food chain and food web merupakan topik yang paling digemari oleh bebudak gue dan at the same time paling mudah bebudak ini score. Pertama sekali mungkin kerana topik ini begitu dekat di hati bebudak. Almaklumlah hutan belantara ibarat playground bagi mereka. Melalui topik ini juga, gue dapat melihat mereka begitu passionate memberikan idea mereka dan juga mempertahankan jawapan mereka sekiranya gue sengaja mempersoalkan jawapan mereka. Oh ya, melalui topik ini juga gue normally akan lebih lenient dalam menyemak jawapan mahupun berhati-hati ketika membina soalan ujian. Misalnya dalam soalan food web, kata soalan itu meminta murid membina food web daripada organisma seperti buah, ayam, musang dan beruang, usah terkejut sekiranya these kids akan menulis beruang dan musang dimakan oleh manusia kerana di tempat gue mengajar, musang @ beruang kadang-kadang adalah merupakan sumber protein kepada diet seharian. Justeru ini kalau gue membina soalan dari topik ini, gue mengelakkan untuk meletakkan manusia sebagai salah satu pengguna dalam food chain and food web.

Selain daripada topik Food chain and Food web, topik survival of the species pun always give me some surprises. Sebagai contoh pernah gue tanya pada murid gue, "Apakah yang menjadi ancaman kepada telur katak?" Murid-murid gue ada yang sebut ikan dan ada yang sebut manusia. Ya memang manusia menjadi ancaman juga kepada telur katak (kalau budak di bandar, abis telur katak di longkang dimusnahkan). Tapi jawapan dari salah seorang murid gue surprisses me, " sebab manusia makan telur katak, cikgu!""Cikgu tak percaya, itu telur pama' sedap kena buat pekasam cikgu!"


Semenjak 3-4 minggu ini, gue sering sahaja mendengar cerita daripada penduduk rumah panjang yang berhampiran ataupun di kawasan seberang yang selalu ternampak kelibat sang bedal terutamanya di kawasan anak sungai. Lebih dashyat ada yang bercerita salah seorang penduduk hampir menjadi mangsa akibat perahu "dilibas" oleh sang bedal yang terkejut sakan. Mana taknya tengah sedap sang bedal melintas tiba-tiba si penduduk ini (yang mabuk agaknya) telah sedap-sedap melalui badan sang bedal kerana teringat itu batang kayu hanyut. huhuhu. Well rata-rata mendakwa kelibat sang bedal yang semakin kerap dilihat mungkin sekali kerana arus sungai Rejang yang tak sekuat lagi dulu selepas terbinanya empangan Bakun. Well padanlah dengan pepatah "air yang tenang jangan disangka tiada buaya". Betul kerana buaya tak suka air deras. Gue akui arus sungai Rajang pun dah tak bergelombang seperti dulu semenjak empangan Bakun ini beroperasi.

Memandangkan tempat-tempat yang didakwa selalu sang bedal muncul adalah merupakan tempat permainan bebudak gue, gue mengambil inisiatif untuk menasihatkan bebudak gue supaya berhati-hati bila berada di tepi sungai. kalau boleh jangan terjun pun di tepi sungai. Tapi jawapan yang gue dapat, " Mana ada baya' makan manusia, cikgu. Dia suka makan anjing!" Wau memang berani dan selamba jawapan bebudak gue. Ni mesti ada bau-bau bacang dengan Rentap nih. Gue menjawab, "Kalau baya' suka makan anjing kenapa banyak kes buaya makan orang di Sarawak terutama sungai Batang Lupar?" Hehehehe soalan ini membuatkan murid-murid gue terkoma seketika. Then salah seorang menjawab, "Ni mesti dorang tak buat miring bila tertangkap buaya atau makan daging buaya". For information, sang bedal boleh dianggap sebagai haiwan yang begitu sebati dengan budaya dan adat resam masyarakat Iban. Adalah mali (tabu) bagi seseorang itu memakan daging buaya. Sekiranya termakan atau tertangkap buaya (tak kira besar atau kecil) seluruh rumah panjang ini akan mengadakan upacara miring supaya buaya-buaya ini tak balas dendam terhadap mereka . Tak lama kemudian, gue ditanya soalan susulan, "Cikgu, kenapa buaya makan manusia cikgu?" So jawapan gue, " Well, kamu harus ingat walaupun kita manusia kita adalah organisma benda hidup sama seperti haiwan dan tumbuhan. Makanya kita pun sebahagian daripada food chain. Maka hati-hatilah kamu semua kalau pergi ke hutan, ka sungai ka kerana kamu sebahagian daripada food chain. Yang membezakan sekarang ialah kamu pemangsa atau mangsa!" hohohohoho


pama' = Batrachostomus auritus. Sejenis katak besar yang selalu menjadi makanan eksotik di restoran cina

0 Response to "FOOD chain"