Salah satu azam gue apabila selain mencari rezeki di tempat orang ialah juga untuk mempelajari kehidupan dan adat resam orang ala-ala dalam rancangan Globe Trekker gitu. Ianya penting in such a way kita boleh menambahkan ilmu pengetahuan secara indirectly from the books but through vision. Ok back to posting, pada suatu petang yang lepas, exactly selepas waktu mengajar, gue sempat mengikuti majlis miring bagi tujuan "ngelabuh" or menanam padi. Mengikut kepercayaan penduduk yang masih lagi mengamalkan adat lama di sini, miring adalah penting untuk medapat restu dari "Petara" atau Tuhan sebelum menanam padi agar Petara dapat memberkati kerja penanaman padi dan seterusnya hasil tanaman padi akan baik pada musim tersebut.
Secara umumnya pada pemerhatian gue, bahan untuk miring adalah sama seperti miring untuk Hari Gawai, seperti telur, bertih ataupun ayam jantan hidup cuma bacaan mantera dan doa sahaja yang berlainan. Gue juga difahamkan bahawa jika di tempat lain, sekiranya majoritinya tidak lagi mengamalkan adat lama, miring diganti dengan bacaan doa selamat mengikut agama yang dianuti.
Its quite a unique experience coz dalam adat Bidayuh sekarang ni, miring tidak lagi diadakan disebabkan beberapa pekara iaitu hampir keseluruhan warga kampung telah embracing major religion such as Christianity termasuk warga tua. Tambahan pula ketua gawai di kampung gue kebanyakkannya sudah meninggal dunia dan tiada lagi yang mewarisi adat-adat sebegini. Tapi memang kebiasaan bagi masyarakat di kawasan Asia to seek for devine intervention apabila memulakan sesuatu aktivti tak kira apa kepercayaan pun compare to the west. Anyway enjoy the picture below.
0 Response to "Planting Season"
Post a Comment