Aktiviti Pasca UPSR

Sudah lebih kurang 4 minggu selepas peperiksaan utama bagi murid sekolah rendah telah berakhir. Bagi guru Tahun 6, bolehlah menarik sedikit kelegaan (bak kata orang putih, "strech da legs a lil bit) after bertungkus-lumus selama lebih kurang 8 bulan untuk menyiapkan murid sehinggakan ada yang mengorbankan cuti demi mengadakan kelas tambahan bagi para murid. Well, seperti yang gue katakan pada posting terdahulu, peperiksaan awam Tahun 6 is a serius bisnes bagi sekolah rendah. Almaklumnya keputusan UPSR sahajalah yang menjadi indikator utama prestasi sesuatu sekolah rendah. Kalau peratusan menurun sehingga mendapat gelaran "Sekolah Pencapaian Rendah", alamatnya akan berkunjung mesralah segala pegawai atasan ke sekolah tersebut untuk menyoal selidik serta membuat penambahbaikan agar prestasi sekolah kembali meningkat. Bunyinya memang promising tetapi segala paperwork yang bakal menyusul itulah yang membuatkan pihak sekolah sedaya upaya akan berusaha meningkatkan prestasi murid-murid agar murid-murid dapat skor dan seterusnya mengharumkan nama sekolah.

Di pihak murid, itulah ialah antara "kemerdekaan" yang pertama dinikmati oleh mereka. Walau bagaimanapun, mereka tetap juga perlu menghadiri sekolah biarpun silibus yang sudah ada telah habis mereka belajar. Makanya, ia terpulang kepada inisiatif pihak sekolah untuk merancang aktivti yang sesuai bagi mereka ini menghadapi suasana paska peperiksaan awam pertama mereka. Di sekolah bandar, yang mempunyai dana tambahan, ataupun kelebihan logistik lawatan sambil belajar ialah merupakan aktiviti yang agak popular. Gue mengimbas kembali diri gue ketika masih menjadi research trainee di sebuah pusat penyelidikan, bulan 9 merupakan bulan yang gue agak busy menjadi tour guide rombongan murid-murid sekolah rendah yang datang melawat tempat kerja gue ini untuk melihat cara saintis bekerja dan pada masa yang sama mempelajari tumbuhan perubatan yang ada di Sarawak. Memang meriah dengan budak2x sibuk bertanya apa tumbuhan ini, apa gunanya, dan pada masa yang sama gue menjadi "photographer" tak rasmi mereka. Gaya posing jgn cakaplah. memang bermacam jenis.

Bagi sekolah di pedalaman, antara pendekatan popular mengisi masa persekolahan mereka ini ialah dengan mengadakan projek keceriaan. Selain daripada tujuan menceriakan sekolah, ia lebih kepada suatu cara tidak langsung mendidik mereka membuat kerja sukarela. Kiranya inilah peluang terakhir bagi mereka memberikan sesuatu kepada sekolah setelah 6 tahun mendapat ilmu di sekolah. Tidak kurang daripada itu, acara sukanan tahunan pun menjadi opsyen aktiviti yang popular.




0 Response to "Aktiviti Pasca UPSR"