Memoir of An Ex-Graduate

Bulan ini memang musim orang berkonvo. 2 weeks ago UPM konvo, Pada hujung minggu lepas adalah merupakan minggu konvokesyen di UNIMAS. Oleh itu, gue mengambil kesempatan ini untuk balik menghadiri konvokesyen adik bongsu kesayangan gue yang merupakan ahli terakhir dalam keluarga untuk grad dapat dapat degree. Sememangnya saat konvokesyen ialah merupakan saat yang paling dinanti-nanti oleh para mahasiswa kerana apabila dah konvo, maknanya mereka telah habis belajar dan bersedia untuk menapak "one step higher" iaitu masuk ke alam pekerjaan yang banyak cabarannya.

Pada pendapat gue, menamatkan territory studies pada level degree mungkin sekali yang paling best dalam hidup seorang graduate. Don't get me wrong here. Anda mungkin yang mengatakan bahawa diploma lagi best, or master lagi best or even phd la best. Kenapa gue sifatkan degree paling best? Begini. Ini kerana pada waktu kita belajar ambil degree sahaja yang kita betul-betul mengalami saat-saat belajar full time. Fully campus life.Diploma yes full time, tapi rata-rata akan sambung balik full time buat degree full time. Selepas abis degree, gue yakin maybe less than 60% yang akan sambung belajar ke peringkat masters dan phd secara full time. Most of them will prefer to take part time due to time and work. Kalaupun full time, biasa gue melihat kebanyakan mereka seolah-olah isolated from the degree pool. After all mereka tidak terikat lagi dengan jadual kuliah yang padat and so on. Kadang kala, gue lihat even pak guard pun lenient to them. hohohohoho.

Apapun hari ini gue nak share beberapa memori tentang perkara yang gue ingat sewaktu bergelar mahasiswa. Mungkin ada pengalaman yang sinonim dengan anda yang lain sewaktu menuntut di Uni dulu. Jom layan...


Study Loan
Di Malaysia, study loan yang tersedia ada dan senang nak minta (yala just isi borang dan sent, plus even masa register u telah diedarkan siap-siap) merupakan faktor kenapa sekarang mudah untuk para rakyat Malaysia yang berusia 18-24 tahun boleh sambung pelajar. Jika zaman dulu sekitar 70s and 80s ada ibu bapa siap bergolok gadai jual tanah, kerbau dan sebgainya untuk menyekolahkan anak ke Uni. sekarang tidak lagi. Well antra banyak study loan yang ada, PTPTN la yang paling glemer kerana ia mengambil kira semua pelajar tidak kira Bumi or non-Bumi. Plus kebarangkalian untuk dapat pun 80% tinggi pada zaman gue belajar dulu. Biasanya kalau loan dah masuk memang jam la mesin ATM kat kampus. Bila dah dapat loan, boleh la digunakan untuk membeli keperluan pengajian, seperti beli buku rujukan (buku rujukan mahal wo, kadang-kadang boleh mencecah RM 100), belanja untuk pergi field trip (mcm yang ambil course Perhutanan, Geologi) dan mcm2x lagi. Tapi ada juga yang guna untuk membeli hp baru or gajet baru. Tapi apapun its up to the borrowers untuk spend their money. Hehehehehehe.


Bas UNI
Sebut pasal mahasiswa (terutama yang studi kat public U) , memang tak sah kalau cakap tak pernah naik bas UNI untuk ke kolej kediaman mahupun di kampus. MAsa gue dekat UMS, bas UNI merupakan suatu pengangkutan wajib kerana gue duduk di Kolej kediaman luar yang terletak berbelas km dari kampus induk or 10 to 15 minutes ride pakai highway. Naik bas memang syok coz kita dapat melihat gelagat manusia. Kadang-kadang boleh juga berkenalan dengan awek comel mahupun awek cun. :P. Tapi yang menjadi tak best apabila bilangan bas UNI yang bergerak pada waktu itu terhad (sebagai contoh kalau ada 4 bas, yang jalan cuma 2 atau 1) memang kita kena berebut-rebut dan berpadat-padatan seperti ikan sardin. Kalau waktu pagi or malam ok sikitla tapi kalau waktu petang fuhhh memang mencabar dengan himpit-himpit serta pelbagai jenis aroma badan. Tambah shahdu kalau hari hujan or ketinggalan bus terakhir untuk kuliah malam.Perghh. hhahahahahaha. Itu sebabnya apabila gue menghantar pulang adik gue pada waktu kuliah di UNIMAS, apabila melihat para peljar bertenggek tunggu bas serta melihat kereta pelajar melintasi mereka, dalam hati kecil gue berkata, "mungkin begitu rupa gue ketika kat tnggu bas kat UMS".


Assignment
Sebagai pelajar @territory level, memang tidak lekang dengan assignment sama ada individu mahupun grouping. Tujuannya murni, iaitu supaya sambil pelajar tu buat assignment, dia secara tidak langsung mempelajari ataupun menyerap segala ilmu yang dijumpai ketika membuat assignment. Well kalau musim assignment sikit, boleh la relax. Tapi bila assignment dah berlambak dan dekat nak dateline, maka bersengkang mata lah para mahasiswa menyiapkan tugasan dengan penuh dedikasi sampai tak tido satu malam. Apalah sangat tido satu malam jika dibandingan mendapat 0 kalau tak sent asignment. Tak pasal-pasal repeat paper. Mesti ada yang bertanya kenapa tak buat awal? Well mengikut pengalaman gue, gue kadang-kadang buat last minute sebab masa tu ilham dan idea mencurah-curah keluar akibat ledakan "hormon adrenalin". Plus, kadang-kadang markah markah buat last minit lebih tinggi dari markah buat awal. :P


Final Year Projek.
Ada yang panggil final year projek dan ada yang panggil tesis. Gue sebut final year projek coz lecturer yang ajar gue dulu pernah cakap, cuma budak masters dan phd saja buat tesis. Yang kamu punya cuma layak dipanggil final year project (FYP). FYP biasanya dibuat pada tahun terakhir pengajian supaya para pelajar dapat mengaplikasi apa yang mereka pelajari sepanjang dua atau tiga tahun pertama.Secara dasarnya, FYP bertujuan untuk melatih para pelajar mahasiswa untuk membuat kajian atau penyelidikan menurut format yang betul, supaya bila dah kerja (terutama yang melibatkan kerja penyelidikan, soal selidik, kajian dan sewaktunya ) nanti mereka tahu apa yang hendak dibuat dan boleh melakukan secara bebas. Selain itu, kalau nak buat masters dan phd, sudah bukan lagi perkar a yang susah kerana FYP lah asas/teras untuk membuat masters (secara research) dan phd.Namun begitu, FYP merupakan suatu subjek yang diambil serius oleh para mahasisawa atas beberapa sebab. Yang pertama, FYP jam kreditnya besar. Kalau dpt A, sudah semestinya nilai GPA dan CGPA akan mencanak naik seperti roket naik ke bulan. Yang kedua, FYP penting bagi sesapa yang ingin buat master (di UNI yang sama) staright away after degree. Ini kerana pada pengalaman gue, para pensyarah biasanya tanpa ragu-ragu menawarkan peluang untuk buat master kepada kepada para pelajar yang membuat FYP atas seliaan mereka, terutamanya bagi mereka yang skor A dan minimum B+. Yang ketiga, kadang-kadang FYP juga memainkan peranan penting dalam mencari pekerjaan. Sebagai contoh, gue ambik bidang gue dulu, iaitu Bioteknologi. Sekiranya ada dua calon fresh graduate yang meminta kerja di sebuah kilang membuat yoghurt misalnya. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang membuat projek penapaian berbanding dengan calon yang membuat projek DNA. Even masa gue mula-mula interview kerja (b4 jadi guru) bakal majikan gue bertanyakan apa yang gue buat semasa FYP. FYP walaupun nampak macam simple, tapi agak sukar juga kerana ia kadang-kadang dipengaruhi oleh faktor di luar kawalan kita mahupun pensyarah yang menyelia kita. Sebagai contoh, bagi yang buat FYP berdasarkan survey, mungkin tidak mengalami masalah untuk menyiapkan FYP on time. Tapi bagi pelajar yang membuat penyelidikan, seperti pelajar jurusan sains, kejuruteraan, perhutanan, (sekadar menyebut a few), faktor bahan (bahan kimia, sampel bahan terutama yang melibatkan benda hidup_ serta keadaan alatan yang ada (berfungsi atau tidak) menjadi penentu kejayaan anda menyiapkan projek on time. Gue pernah witness few seniors dan rakan gue yang extend akibat ketiadaan bahan kimia or bahan yang dipesan tak sampai on time. NAsib baik gue berjaya siap on time tapi memang korban mcm2x lah. NI gue toksah ceritala.



Game
PC games adalah merupakan suatu aktiviti "riadah' pelajar UNi yang popular tak kira yang laki-laki mahupun perempuan. Bezanya mungkin yang lelaki biasanya main games yang high-end punya graphic, complicated story line mcm RPG games, first person shooter, or game kereta manakala yang perempuan lebih gemar main Pop Cap games, Flash Games, dan Yahoo Games mcm Zuma. Permainan PC games ini sangat rancak pada awal smester or selepas abis exam. Ada yang sanggup main games siang dan malam tanpa sedar. Gue merupakan salah satu daripadanya. Bermain games juga merupakan satu cara untuk "memesongkan pikiran mahasiswa" daripada memikirkan sesuatu seperti lapar tapi takda duit sebab pokai and so on.


Anime, drama, MP3 or movie sharing
Perkongsian tiga medium media hiburan merupakan suatu perkara lazimnya di kalangan mahasiswa. Semasa gue di U, perkongsian lazimnya sampai setakat MP3 mahupun video music kerana faktor saiz "removable disc". Dulu pakai pendrive 256 dan 128 MB sahaja untuk sedut menyedut. Almaklumlah pendrive mahal. 128 MB dulu sama harga dengan pendrive 32GB sekarang. Kalau ada external hard disk pun besar gedabak berbanding sekarang. Kalau anime, biasa para pelajar bertukar-tukar melalui DVD yang telah diburn. Menonton anime beramai-ramai juga merupakan suatu perkara yang menyeronokan dan kadang-kala melekakan seperti Games. Gue pernah layan Anime Naruto dari episode 1 sehingga 130 +++ dua hari dua malam bersama kawan-kawan. berenti untuk makan, mandi dan tidor sahaja. Gue akui even now gue masih menonton anime seperti BLeach mahpun NAruto tetapi tak dapat buat mcm di Uni dulu. (Faktor usia, mood mahupun kerja).



Pesta Konvo
Pesta Konvo adalah merupakan suatu acara yang diadakan sempena majlis konvokesyen. Semasa gue di UMS, pesta konvo dikenali sebagai Tamu Gadang. Tamu Gadang ini memang dinanti-nanti oleh para pelajar kerana ia ibaratkan seperti "cuti tak rasmi" yang berlangsung sepanjang minggu konvokesyen. Even lecturer gue yang strict sekalipun akan tak buat kuliah kerana pada waktu itu beliau maybe akan sibuk untuk konvokesyen. Berbalik kepada Tamu Gadang, ia merupakan satu acara mega kerana para pengunjung yang berkunjung ke pesta tersebut bukan setakat warga Uni sahaja, malahan seluruh penduduk Sabah yang tinggal dari kawasan bandar kecil yang berhampiran seperti Papar, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Tuaran yang radiusnya dari kampus tak kurang daripada 30 KM. Jumlah pengunjung akan bertambah terutamanya melibatkan konsert artis terkenal. Boleh mencecah 5000 ke 10000 pengunjung. Pada pengalaman gue sepanjang belajar kat UMS (2003-2006), konsert Tamu Kadang yang melibat artis AF2 la yang paling havoc (kerana pasukan PALAPES terpaksa buat benteng manusia) untuk menahan asakan crowd serta konsert AMY Search semasa gue konvo (mcm konsert rock).


Semasa konvo adik gue di UNIMAS (lihat gambar), pesta konvonya pun meriah kerana ada fun fair serta Konsert Bunkface. The crowd memang meriah tapi sehavoc waktu gue kat UMS lah. hohohohoho





Well ini sahaja yang gue rasa perkara yang melekat dekat fikiran gue sepanjang bergelar mahasiswa. To be honest, after gue dah konvo and start kerja, gue rasa sangat "kekosongan" seperti ada yang gue tak accomplished masa di UNI dulu iaitu enjoy kehidupan di U to the fullest. Thats why gue minta KPLI few months after kerja and thank GOD, it seems that HE do understand that I need to fulfill the emptyness biarpun 1 tahun with "some good money to spend with". and Now Gue rasa tak takda apa-apa yang gue rasa sesal dah. Even gue sambung study pun nanti gue akan buat secara part time sahaja.


P/s: Really enjoy the BUNKFACE concert masa Pesta Konvo UNIMAS





0 Response to "Memoir of An Ex-Graduate"