Gusti

Disclaimer: In conjunction of my granny's 13th death anniversary, I dedicated this to my late grandma as a tribute to my fond memories of my late grandmother who was a wrestling fan and also a fan of Hulk Hogan.


Salah satu quote bebelan glamour gue kepada anak murid gue ( especially boys) ialah " Kenapa tak siap kerja rumah yang cikgu beri? Ni la yang cikgu nak bagi kamu chokeslam sama power bomb ni!" Dan respon mereka biasanya ialah, " Nah, abis kita, cikgu dah nak jadi The Undertaker" sebelum mereka memberikan alasan tersendiri kenapa kerja rumah tak siap.

The Undertaker


Statement daripada murid gue ini telah membuatkan gue quite surprise kerana mereka mengenali ahli gusti bernama The Undertaker through nama jurus gusti yang gue sebutkan. Sebagai insan yang dah bertahun-tahun tidak mengikuti perkembangan semasa dunia gusti tadi, hati kecil gue berkata, "Wow, The Undertaker is still relevant!" Almaklumlah ahli gusti ini telah wujud sejak gue di sekolah rendah (masa gue darjah 1 lagi to be exact) lagi. I did made some research about The Undertaker later through wikipedia and yep, he still active in the wrestling arena.

Bercakap mengenai gusti (entertaiment wrestling) ia merupakan salah satu program tv yang agak famous di kalangan warga Malaysia back 80s till early 2000s. Pada pemerhatian gue, program ini biasanya digemari oleh para atok-atok, nenek-nenek, pakcik2x serta budak2x sekolah (boys mostly). sebagai kontras, ia kurang diminati oleh golongan wanita serta di"anti" oleh para ibu bapa atas sebab foul language and lots of violence.

When I was a child (early 90s), gue bersama my late nenek usually akan stay up untuk menonton gusti WWF kat RTM TV. EVen kalau dia tertidur seketika, she will asked me untuk kejutkan dia tgk gusti lebih-lebih lagi kalau Hulk Hogan punya turn bergusti. I'm not sure apa yang best mengenai Hulk Hogan as gue lebih meminati Ultimate Warrior. Mungkin gaya beliau iaitu "hulking up" yang "ala-ala Parkison Disease" yang gue boleh describe sebagai suatu situasi di mana beliau kena tumbuk bertalu-talu oleh lawan sebelum beliau bangkit membantai pesaingannya yang membuatkan nenek gue begitu meminati Hulk Hogan.

Hulk Hogan


Dulu, masa kecik gue tak percaya yang semua ahli gusti ni cuma berlakon sahaja ketika berlawan eventhough dijelaskan oleh cousins gue yang lebih dewasa SEHINGGALAH pemilik WWF ini kehilangan hak menggunakan singkatan tersebut kepada World Wildlife Fund pada tahun 2001 yang menjurus kepada penggunaan WWE (World Wresting Entertainment).


mula-mula WWF

WWE till now

Walau bagaimanapun, biarpun lakonan semata-mata, bahaya dan risiko kecederaan yang dialami oleh wrestlers are real yo. One good reference about wrestlers pada perkiraan gue ialah melalui a movie entitled " The Wrestler" lakonan Mickey Rourke yang memaparkan realiti kehidupan seorang penggusti.

Baru-baru ini ketika gue membantu rakan-rakan guru yang lain memasang mosquito netting yang baru di asrama murid lelaki, gue sempat mendengar warden asrama menegur murid-murid lelaki yang bermain gusti di asrama. Dalam hati kecil gue ingin sahaja gue katakan para murid tersebut dalam stail Andrea Hirata, "Ku katakan kepadamu kawan, sesungguhnya aku pun selalu bermain gusti di asrama sewaktu bersekolah dahulu!" Dulu meriah bergusti kat asrama.Antara jurus yang gemar dilakukan ialah seperti Stone Cold Stunner, dan Chokeslam. Biasanya some of us bergusti kat tilam lompat tinggi yang diletakkan di belakang asrama pada waktu riadah petang.Kalau diikutkan memang merbahaya kerana jurus yang dipraktikan boleh mendatangkan kecederaan serius. Kadang-kadang berlarutan pula di bilik asrama sehingga yang menjadi "mangsa" ialah katil asrama yang sering kebengkokan.

Kadang-kadang, we all selalu curi-curi tgk WWE kat TV yang ada dekat dewan makan pada pukul 11 malam, sampai warden naik berang dan selalu memutuskan wayar tv. Walaubagaimanapun, biar putus tali wayar itu, mesti ada penggantinya. Mcm mana kami dapat wayar extra, thanks to bekas wayar-wayar pateri yang digunakan di bengkel KH yang menunggu untuk dihapuskira. hehehehe. Ada satu moment yang melucukan bila kami buat warden "mengamuk" tak sampai 1 jam selesai minta ampun dan restu untuk menghadapi ujian semas majlis minta restu untuk ujian PMR. Well minta ampun dan maap bnyk2x yer. Begitulah kenaifan we all kat asrama. Almaklumlah duduk asrama hiburan pun kurang jadi salah satu cara mengatasi masalah keboringan ialah bermain gusti. Tapi gue boleh gerenti bahawa kebanyakan daripada kami sekarang sudah ada yang jadi engineer, doktor, serta other professional jobs yang lain termasuk menjadi guru. hehehehe.

Begitulah kenaifan we all kat asrama. Almaklumlah duduk asrama hiburan pun kurang jadi salah satu cara mengatasi masalah keboringan ialah bermain gusti. Tapi gue boleh gerenti bahawa kebanyakan daripada kami sekarang sudah ada yang jadi engineer, doktor, serta other professional jobs yang lain termasuk menjadi guru. hehehehe.

Bila dah masuk U, gue dah kurang sangat mengikuti wrestling ni. Kalau layan pun setakat kat kedai mamak selepas kuliah malam. Itupun VCD yang sama dimain berpuluh-puluh kali. Kenapa gue tak layan sangat mungkin kerana dah banyak medium hiburan baru dan pada masa yang sama wrestler kegemaran gue dah tak aktif dalam pergustian. kalau tak pencen kerana injured mesti sebab dah jadi bintang filem Hollywood. So below gue senaraikan ahli-ahli gusti yang gue minat suatu ketika dulu... uhuks. layan ye



Stone Cold: Steve Austin : Wrestler yang gue kagumi coz he is such as badass. Lakonan nya tak banyak berjela-jela. Masa kat sekolah kalau terdengar kaca tingkap pecah secara automatiknya akan ada suara-suara sumbang membuat lagu tema Stone Cold masuk gelanggang. Mamat ni dah pencen dalam pergustian. Sekarang lebih bnyk berlakon terutama dalam produksi WWE.


The Rock: Dengan kening terangkat ala-ala Ziana Zain serta tagline glemer beliau, "IF u smell what The Rock is cookin'" juga merupakan salah satu wrestler kegemaran gue. MAmat ni dah tak gusti dah sebaliknya semakin glemer menjadi pelakon filem di Hollywood.



John Cena- Ahli gusti yang gue kagumi kerana pandai rhyming (biasalah mamat rappers). Masih aktif di WWE sehingga sekarang. Tapi mamat ni pun dah bnyk berlakon filem especially under WWE empunya production.











0 Response to "Gusti"