Tikus oh Tikus

Ada seekor binatang, berkaki empat, berhidung mancung serta bermisai. Orang putih kadang-kadang panggil binatang ini sebagai mouse dan kadang-kadang sebagai rat. Ala, seperti masyarakat Malaysia panggil butterfly. Ada kupu-kupu dan ada rama-rama. Dalam mass media, haiwan ini telah diabadikan dalam kartun seperti Mickey Mouse, Mighty Mouse dan Speedy Gonzales. Dalam zodiak 12 binatang masyarakat Cina, haiwan ini diletakkan pada kedudukan pertama daripada 12 binatang. Dalam bidang sains, binatang ini agak terkenal dengan nama mus musculus or rat ratulus. Sewaktu ketika gue menuntut di U dalam kelas "Molecular Genetic" gue mempelajari struktur genetik manusia adalah hampir sama dengan genetik binatang ini, yakni manusia dan binatang ini dibezakan dengan beberapa protein sahaja. Even spesies primat seperti orang utan pun agak jauh. Yang hampir pun chimpazee. Itu pun tidak sehampir genetik binatang ini. Ini menjawab persoalan dengan kenapa tikus selalu digunakan eksperimen pengujian bahan kimia seperti racun, ubat-ubatan dalam makmal sebelum racun ataupun ubatan boleh dikeluarkan untuk pasaran. Selain senang didapati, dengan "genetic makeup" yang hampir serupa dengan manusia, sudah tentulah tindak balas biokimia yang akan diberikan olehnya akan hampir serupa dengan manusia.

Cukup sudah set induksinya. Sebenarnya untuk kali gue nak share mengenai "haiwan perosak" yang biasanya dihadapi oleh warga pendidik yang tinggal di sekolah terutamanya kawasan luar bandar ataupun ulu iaitu TIKUS. Tikus merupakan haiwan perosak yang selalu menyerang kuarters guru untuk mencari makanan. Biasanya makanan segera yang tidak disimpan dengan baik akan mudah menjadi sasaran haiwan ini. Tetapi berdasarkan pengalaman gue serta guru-guru yang lain, tempat yang paling selamat untuk menyimpan barangan makanan seperti beras, biskut semestinya pada bekas bertin logam. Kalau setakat plastik "tupperware", mudah sahaja ianya digigit. Bak kata colleague gue, " Jangan ko, tudung saji Cikgu XXX pun boleh ditelangkup"

Gue pula cukup "panas hati" apabila berhadapan dengan haiwan ini kerana ia adalah haiwan yang pada pengamatan gue sangat agresif serta "menyakat". Sangat agresif kerana ia mudah untuk menggigit. Bayangkan pintu kuarters bilik gue boleh berlubang dibuatnya terutama ketika kuarters tak berpenghuni. Jangankan pintu, dinding pun boleh berlubang. Almaklumlah bangunan kuarters guru di sekolah ulu (terutamanya sekolah rendah) diperbuat daripada kayu.

Antara bahagian bilik gue digigit tikus

Apart from that. haiwan ini adalah dalam kategori "Kuat menyakat". Ini kerana haiwan comel ini seolah-olah mempermainkan emosi insan seperti gue. I once recalled haiwan ini dengan selamba badak berulang-alik melintasi gue yang tengah berbaring atas katil walaupun gue pernah mengacah-acah untuk menghalau beberapa ketika sebelum itu. I can say that this animal is such an intelligent animal. Well seperti yang gue katakan pada set induksi tadi, genetic makeup human dan genetic makeup tikus cuma terpisah beberapa proteins sahaja.

Memandangkan tikus adalah haiwan perosak, maka ianya perlulah dihapuskan seberapa segera yang mungkin. Biasanya orang di bandar akan guna racun cap King KOng untuk menghapuskannya tetapi I can say that it's not practical in my school kerana racun cap tikus berfungsi "mematikan" tikus dengan cara menyerang sistem saraf tikus melalui membiarkan tikus ini mati kehausan. Since our school heavily depended on sumber air graviti serta air hujan, maka penggunaan racun tikus sebegini tidak begitu bagus. Justeru salah satu cara yang lazim digunakan ialah dengan menggunakan perekat tikus. Perekat tikus ini biasanya ada dua jenis/ Satu dalam tin manakala satu lagi dalam kepingan kayu.


Dalam tinKepingan kayu

Yang dalam tin biasanya berwarna hitam dan baunya agak kuat. Justeru itu, perekat ini cuma sesuai digunakan di luar bilik. Yang satu lagi perekat dalam kepingan kayu. Yang ini sesuai digunakan dalam bilik.



Gambar di atas adalah keadaan jika perangkap diletakkan pada tempat yang strategik. Namun begitu, seperti yang gue katakan sebelumnya. tikus ialah haiwan yang bijak kerana ia cepat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Berdasarkan pengalaman gue tadi pertama kali diletakkan perangkap mungkin banyak yang akan tersangkut. Tetapi dah beberapa kali agak payah juga nak dapat biarpun gue dapat mendengarkan larian makhluk ini. ohohohohoho. Cuma yang menarik di tempat gue mengajar, ialah gue dapat melihat bagaimana kejadian rantai makanan yang gue pelajari dalam kelas sains dan biologi berlaku dengan semulajadinya di mata gue sendiri. Mana taknya pada satu tahap gue akan mudah menjumpai sang ular berkeliaran di kawasan sekolah tak kira warna hitam, coklat dan sebagainya. Ketika itu, memang susah nak jumpa tikus. Tetapi bila banyak ular dibunuh ataupun kurang kelihatan tikus pula banyak yang muncul.

Well that's the beauty of kejadian alam semulajadi. hohohohho!

2 Response to "Tikus oh Tikus"

  1. ziraziz says:
    September 10, 2011 at 9:36 AM

    btl la Jason..tikus ni mmg cerdik..ms mula2 letak getah pelekat tu, mmg byk yg kena, tp lama2 sekor pn x lekat...

    ..tp skrg dh duk umah lain, xde tikus..aman dunia hehe...

  2. Cikgoo Jasz says:
    October 5, 2011 at 8:18 PM

    betul2x