Ketika posting ini ditaip, tinggal beberapa hari lagi mau Hari Raya. Kalau kat sekolah cuti raya ini boleh dikatakan bermula sejak hari Jumaat or Khamis bagi some school. Sekolah gue start cuti hari Jumaat. Well, sebut pasal cuti semua orang suka cuti. Kalau budak-budak sekolah asyik tanya cikgunya bila cuti, si cikgu pun tak sabar-sabar mau bercuti. Hehehehe.
Kalau di sekolah bandar menunggu cuti ini mungkin tak terasa, tetapi yang kat ulu ni memang terasa. Time ni la packing apa-apa yang patut or cuci@kemas kain yang ditinggalkan. Tak pasal-pasal akan jadi sasaran tikus membuang air. Begitu juga seminggu terakhir ni genting juga untuk menghabiskan stok barang makanan basah kerana biasanya waktu cuti sekolah, set generator tidak beroperasi dua puluh empat jam. Tak pasal-pasal membazir kerana makanan abis rosak. Ya la peti sejuk tak jalan. Walaupun cuti start on Friday, gue just sampai rumah da next day. Lepak2x bandar Sibu dulu. hohohoho. Ni la gambar yang sempat gue rakamkan.
August 28, 2011 at 6:19 AM
happy holiday jason...
maaf zahir & batin :)...
September 4, 2011 at 9:31 AM
happy holiday 2u2!