Cintai Sungai Kita

2 weeks ago, my school telah mengadakan gotong royong membersihkan tebing sungai bersama penduduk rumah panjang yang berdekatan dengan sekolah. Bagi gue secara realitinya, salah satu masalah yang utama bagi penduduk yang tinggal di sepanjang sungai semestinya pelupusan sampah yang sempurna. Bukan setakat di Sungai Rajang bahkan seluruh dunia asalkan ada orang yang tinggal di tepi sungai dan pada masa yang sama kawasan tersebut dikategori sebagai bukan urban dan pedalaman.

Kalau di kawasan urban, melupuskan sampah satu perkara "mudah" iaitu anda cuma membuang sampah ke dalam tong sampah sebelum lori sampah local council mengambil sampah anda itu untuk dilupuskan. Namun perkara itu tidak ada di kawasan pedalaman. Tidak ada lori sampah yang pergi mengambil sampah kerana jalannya "enggak ada". Semua sampah harus dilupuskan sendiri. Maka cara paling mudah dan popular ialah dengan membuangnya di sungai.Kalau ada di antara pembaca blog gue yang membaca posting ini dalam kategori "enviromental friendly", minta maaf kawan sekiranya situasi yang gue nyatakan tadi agak "menyentuh sensiviti anda" tetapi ini realiti yang benar berlaku.

Bila dikatakan membuang sampah ke dalam sungai, ia bukanlah digambarkan sebagai sampah yang berselerakan ini dibuang begitu sahaja ke dalam sungai. Sebaliknya sampah-sampah ini dikumpul dalam satu beg plastik besar dan dibalut serta dikat dengan ketat sebelum dilempar di tengah sungai. Kalau diikat dengan betul longgokan beg plastik ini boleh sampai ke kawasan bandar yang berdekatan dan sekiranya ada bot pengutip sampah yang lalu lalang, mudah mereka mengumpulnya. Tetapi apa yang gue perhatikan plastik-plastik biasa akan hanyut di tebing sungai akibat dipukul ombak yang terhasil daripada laluan bot ekspress, tongkang, ataupun kapal pengangkut kayu balak. Tambah parah sekiranya plastik yang diikat rapi itu terburai ikatannya ataupun pecah sekaligus menyebarkan semua isian sampah di sepanjang tepi sungai.

Menyedari sampah tidak akan "hilang" dengan sendirinya, pihak sekolah gue bersama rumah panjang berdekatan telah mengambil langkah proaktif untuk "melupuskan" sampah yang hanyut di tepi tebing sungai ini. Jadi jom layan gambar yang sempat gue ambil sepanjang aktiviti berlangsung.
Sampah yang berselerakan di tebing sungai


Cikgu2x berbaris untuk pergi ke tempat kejadian




Sepanjang aktiviti berlangsung


Antara sampah yang terkumpul



Sampah dikumpul dalam perahu sebelum dihanyutkan ke tengah sungai by orang kampung


Aktiviti selepas gotong royong. Mandi sungai

2 Response to "Cintai Sungai Kita"

  1. Unknown says:
    July 18, 2011 at 6:37 PM

    mmg xpaham ngan manusia yg 'suka mmbuang smpah merata2'... :(

  2. Cikgoo Jasz says:
    July 30, 2011 at 9:09 AM

    Zira: itu adalah tabiat yang sukar dikikis sekiranya sudah menjadi sebahagian nilai cara hidup masyarakat. Perlukan satu tempoh masa juga untuk mengubahnya. But its better late than never