Si Andrea From Belitong


Belasan tahun yang lalu, satu kajian soal selidik oleh Perpustakaan Negara menunjukan statistik bahawa rakyat Malaysia pada ketika itu secara purata membaca sebanyak 3 buku setahun, suatu jumlah yang "sedikit" jika dibandingkan dengan dengan negara maju seperti US, Jepun mahupun negara jiran kita, Singapore. However, kajian soal selidik mengenai kadar bacaan rakyat Malaysia yang telah diadaakan last year telah menunjukan statistik telah bertambah baik iaitu sekitar 7 buah buku setahun. Still, masih lagi rendah jka dibandingkan dengan rakyat di negara maju..


Gue pula sejujurnya membaca bila ada bahan bacaan yang "kena" pada jiwa serta pemikiran gue. Walaupun gue ini secara teknikalnya "diasuh" dalam aliran sains, (Ya betul, sekolah menengah "aliran sains" dan kat U bidang sains dan even kat IPG ambil opsyen sains) suprisingly buku yang begitu kena pada sanubari sehingga boleh membuat gue berpikir semula selepas membaca sesuatu bahan ialah buku yang berunsur sejarah, facts or people's experience. Mungkin ini kerana gue seorang jejaka. Gue ada terbaca pada satu artikel pada Sunday papers yang mengatakan bahawa golongan lelaki kehilangan unsur fantasi dalam diri mereka berkali lipat lebih cepat berbanding ladies. Itu menyebabkan mereka kurang minat membaca bahan fiksyen seperti novel. Speaking about novel, gue kurang membaca novel apatah lagi membelinya. During my university days, kebanyakkan I baca novel dalam bentuk ebooks. I rather buy comics or graphic novels (term that people use nowadays). The reason is because its cheap and bnyk judul boleh dibeli pada 1 harga novel.


Namun begitu cuma satu sahaja penulis novel yang mampu membuat gue membeli novel beliau dan pada masa yang sama enjoy dengan nukilan beliau and even I make a collection out of his writings. Yep, his name is Andrea Hirata. Andrea Hirata adalah merupakan Indonesian novelist yang famous dengan novel hitsnya yang berjudul "Laskar Pelangi" or "The Rainbow Troops" (Edisi Bahasa Inggeris). Novel tersebut yang diinspirasikan daripada childhood days beliau telah menjadi hit selling di Indonesia dan kalau gue tak silap juga karya beliau ini telah digunakan oleh pihak berkuasa di Indonesia sebagai rujukan untuk memperbaiki mutu pendidikan di Indonesia. After Laskar Pelangi, tetralogi novel Laskar Pelangi ini diteruskan dengan Sang Pemimpi, Edensor serta Maryamah Karpov. Laskar Pelangi menceritakan beliau menerusi watak Ikal melalui zaman kanak-kanak di Pulau Belitong dengan penuh suka duka di sekolah pondok yang menunggu masa untuk roboh. Dalam novel ini juga ditonjolkan watak guru yang bernama Bu Muslimah yang bersungguh-sungguh mengajar murid biar serba kedaifan. Novel Sang Pemimpi lebih kepada zaman sekolah menengah beliau sehingga bagaimana beliau boleh sambung master di Perancis. Edensor pula menceritakan pengalaman hidup Ikal ketika di Eropah manakala Maryamah Karpov lebih mencritakan saat beliau pulang dan menganggur di Pulau Belitong. There are few memorable phrases dalam novel tetralogi ini yang ada daripadanya gue jadikan panduan dalam kehidupan gue. Among the phrases tertulis begini

  • "Memberilah sebanyak-banyaknya daripada menerima sebanyak-banyaknya".
  • "Ku katakan padamu kawan mengharapkan kebahagian daripada sang pemerintah tinggi risikonya"

Kenapa gue boleh menjadi peminat novel nukilan beliau? It's simply because because of the writings . Gue tertarik bagaimana beliau mampu memasukkan unsur ilmu sains,ekonomi dan pada masa yang sama diterapkan elemen humor dengan begitu brilliant sekali though situation yang digambarkan pada masa itu mungkin dalam keadaan menyedihkan. Well in life, humor itu penting walaupun sesedih mana or se"tough" mana kita menghadapi hidup. From his writing also I learnt sesuatu yang baru about the society that leave in Indonesia terutamanya masyarakat Cina serta masyarakat pribumi (bangsa Sawang misalnya) yang gue rasa jarang dapat kita lihat pada sinetron or movie Indon yang selalu ditonjolkan kat TV.





Tatkala menghasilkan posting ini , gue baru selesai membaca karya terbaru beliau iaitu novel dwilogi, Padang Bulan dan Cinta di Dalam Gelas. Masih mengekalkan watak serta latar belakang from the first novel until the last one, jalan ceritanya memang tak mengecewakan. Brilliant.



P/s: Currently reading Harry Potter (in book form. More precise paper form)

0 Response to "Si Andrea From Belitong"