Recap: Pra Gawai 2001

Hari Gawai dah nak seminggu berlalu. Tapi bagi gue gue celebrate dia lagi awal kat sekolah few days before cuti sekolah hohoho. Well Pra Gawai ialah merupakan sambutan "tak rasmi" Hari Gawai yang sebenar dan cara menyambut lebih kurang mcm satu majlis bukannya perayaan. Kunjung mengunjung agak rare sekali dalam Pra Gawai. Selain Pra Gawai ada juga penutup Hari Gawai tetapi itu selepas Hari Gawai sebelum musim tanam padi bermula. Dalam kes sekolah gue, we all menyambut pra Gawai dengan mengadakan majlis makan malam mengumpul dana untuk tabung PIBG sekolah. Selain majlis makan malam, jualan tiket bertuah, pertandingan karaoke serta suara emas turut sekali diadakan. Apa-apapun jom layan gambar-gambar yang sempat gue rakamkan... Layan............


Sebelah Petang: Preparation untuk Dinner

Yang ni untuk persembahan ngajat malam nanti

Dinner time

Majlis ni kira meriah kerana ada hampir 40 meja terjual dan dihadiri oleh warga penduduk rumah panjang berhampiran serta tauke-tauke

Jualan makanan ringan serta tiket bertuah giat dijalankan sepanjang majlis makan malam berlangsung

Upacara miring

Persembahan tarian moden

Tarian ngajat

budak2x

Pekit (pertandingan) Karaoke. Yang ni gue jadi hakim jadi xsempat nyanyi. hehehehe

Cabutan bertuah. macam biasa hadiah kecil dulu diberi. yang besar tunggu penghujung majlis


Tepat pukul 12 tengah malam. Upacara minum air pengayu.

About minum air pengayu nih, ramai yang salah konsep yang menganggap kalau minum air pengayu ni mesti minum air tuak or minuman keras. Well salah tu. Air pengayu nih macam orang putih buat toast. Minum ucap selamat. So any water will do.

So majlis ni berlarutan another 1 hour plus. walaupun penat tetapi berbaloi juga menunggu kerana... gue kena tiket bertuah. hahahaha







2 Response to "Recap: Pra Gawai 2001"

  1. mis_hareena says:
    June 9, 2011 at 4:53 AM

    upacara miring itu apa cigu? =)

  2. Cikgoo Jasz says:
    June 17, 2011 at 10:16 PM

    miring tu macam upacara doa selamat ikut adat iban