JOkes From The Long House

I love good jokes or funny stories especially if the joke seems plausible to reality or fact. Ironinya lawak ini telah gue dapat ketika berkongsi cerita dengan warga rumah panjang. Menariknya cerita ini gue pernah dengar di kawasan lain jauh daripada rumah panjang tempat sekolah gue mengajar. Jaraknya pun ibarat dari Ipoh ke Johor Baharu or Kota Bahru ke Seremban. Almaklumlah Sarawak sendiri pun dah hampir sebesar Semenanjung Malaysia.

Sebelum itu, gue nak mohon ampun terlebih dahulu sekiranya cerita gue ini mungkin menyinggung mana-mana pihak.Bukan niat gue pun tetapi harapnya tak sampai begitulah. Kalau Sammi Vellu selalu di"parodi"kan, cerita gue ini lebih berkisar kepada jaguh tinju Sarawak, iaitu the legend Sapok Biki.

Menurut tukang cerita yang mendendangkan cerita ini kepada gue, kisah ini bermula pada acara separuh akhir tinju di SUKOM 98 ketika beliau membawa poster Tun M selepas layak ke peringkat final. And yes Tun M responded well to his reaction dengan menyaksikan perlawanan akhir beliau. Semasa perlawanan Sapok Biki ini telah berjuang berhabis-habisan sehingga beliau berjaya mendapat pingat emas untuk negara.Ia merupakan suatu kejadian bersejarah kerana first time anak Malaysia menang pingat emas in boxing pada SuKOM. Kegembiraan rakyat Malaysia memang meluap-luap. Dalam gelanggang lagilah meriah.

Oh ya, menurut si penukang cerita, kebetulan ayah Sapok Biki ni tak jauh dari Tun M, maka dengan rasa penuh berbesar hati, Tun M secara personalnya mengucapkan tahniah kepada ayah Sapok Biki. Beliau juga telah mengoffer kereta Perodua kepada ayah Sapok Biki dengan bertanya sebegini, "Encik nak Kancil, Rusa atau Kelisa?" Tetapi jawapan yang diberi akan terpesong daripada yang diberi kerana ianya (the answer) berbunyi sebegini, " Kelisa kecil sangat, Rusa dan Kancil pula alang-alang. Tak salah kalau YB bagi babi, boleh dijamu satu rumah panjang." Tun M agak terkesima dengan jawapan tersebut tetapi secara berseloroh membalas dengan sopan, "Oh itu kita belum bina lagi model itu."

Bertitik tolak daripada itu selepas Kenari, both national tidak lagi menggunakan nama haiwan bagi model kereta tetapi nama yang agak internasional seperti Savvy, Gen 2, Neo, Myvi, Viva mahupun Alza. Tambah si penukang cerita, in honour of Sapok Biki's achievement dua kereta nasional diinspirasikan daripada beliau iaitu Myvi (Mahathir+ Sapok Biki) dan Savvy (Sapok Biki). Reason? biasanya orang-orang tua rumah panjang normaly pronounce vy as bi. Oleh sebab itu kereta Myvi normaly been pronounce as Maibi sementara Savvy as Sabi. Hmmm Sounds plausible......


P/S: Though the characters are real but the facts are myth.

0 Response to "JOkes From The Long House"