Siaran TV di Ulu

TV tanpa siaran tv bolehlah diibaratkan sebagai kereta tanpa minyak pelincir. Dapat operate tapi xberguna juga.. Bagi golongan yang tinggal di bandar, pekan, serta yang boleh dihubungi dengan laluan jalan bertar, mereka boleh menerima siaran tv mereka dengan OK sahaja yakni melalui tv satelit (bentuk pinggan) mahupun tv terresterial (yang pakai anttena tulang ikan).

Rata-rata isi rumah di Malaysia melanggan siaran tv berbayar yang pakai tv satelit. Bagi yang xmampu, mereka masih boleh menerima siaran tv percuma walaupun xbnyk channel. Kalau di smenanjung biasanya 6. Kalau duduk hampir dengan negara jiran, leh dapat bnyk dr 6. Kalau di Sabah dan Sarawak cuma empat sahaja di bandar besar di Sabah dan Sarawak. Masuk dalam sikit silap aribulan cuma dpt 3 sahaja or paling sadis dapat channel tv gomen sahaja.


Mujurlah dengan dengan adanya tv satelit (walapun berbayar) kita dapat menikmati siaran tv yang baik di mana sahaja kita berada di kawasan Malaysia asalkan ada bekalan elektrik dan juga piring itu di"tune" dengan betul untuk mendapat isyarat yang optimum. Paling-paling pun kalau xdapat tgk maybe masa hujan lebat jer.

Sepanjang hampir 3 tahun pengalaman gue menjadi pendidik di tepi sungai rajang, gue perhatikan hampir semua kuarters guru memiliki piring tv satelit berbayar. Tetapi bila pergi ke kawasan rumah panjang, rata-rata guna antenna tulang ikan sahaja. Kalau yang mampu sikit, dorang biasanya akan pasang parabola.


Parabola ni saiznya agak besar berbanding dengan satelit dish tv berbayar. Bak kata orang semakin besar saiz makin bnyk channel leh tangkap. Back in early 90s, gue perhatikan saiz parabola boleh tahan besarnya. 2 kali ganda saiz parabola VSAT yang sering kita jumpa kat stesen minyak. Harga sejibik parabola ni leh tahan jugak. mau lebih 1K. Tapi seingat gue kalau parabola saiz besar kena ada lesen. Tapi parabola yang sering dipasang oleh warga kampung or warga rumah panjang taklah besar,sederhana jer. Lebih kurang saiz kawah orang masak time kenduri jer. Harga 1 set pun sekitar 200 lebih jer. Tapi kalau tak silap, saiz mcm ni pun sebenarnya kena ada lesen. kalau tak silap la.. Pemasangan parabola ni femes di kawasan yang takda bekalan elektrik mcm rumah panjang yang dekat sekolah gue first posting, yakni yang pakai set generator. Lagi berbaloi dari yang berbayar coz elektrik pun dipasang time malam jer.. Betul juga. Rugi pula kena bayar kalau waktu menontonnya terhad. Tapi mcm rumah panjang dekat sekolah baru gue, ramai juga yang pasang Astro coz dorang terima bekalan elektrik dari SESCO (TNB versi Bumi Kenyalang) .

Sebut pasal parabola, fungsinya ialah sama dengan piring Astro kerana kedua-duanya menerima isyarat tv dari satelit. kalau hujan lebat, dua-dua xleh tgk pun. Bezanya Astro ni kita kena bayar untuk dapat channel manakala parabola pula free or charge. Meskipun begitu, biarpun free namun sudah tentunya xbest jugak kerana ia cuma menangkap chanel stesen tv percuma negara lain sahaja. Ala mcm kita tv3 lah, yakni kita mau tak mau tgk bnyk iklan semasa comercial break program tv. Channel yang "ditangkap" pun sekitar Asia jer mcm chanel dari China, Hong Kong, Macau, Taiwan serta negara Asean seperti negara jiran kita. Sepanjang pengalaman gue melihat orang "tune" benda ini, ia bergantung pada arah mana muncung parabola ni dihalakan. Kalau stesen Indon ada halaan nya. Begitu juga dengan stesen dari China. Kalau channel Malaysia? so far mcm xdpat coz satelit Measat seperti "menghalang" parabola untuk menerima pancaran siaran darinya. Pada musim bola mcm World Cup dulu-dulu, adalah best untuk ada parabola coz dapat tgk free tanpa perlu suscribed sports channel. Tapi sekarang tak lagi coz "blockage" sentiasa berlaku. Teringat masa tgk England lawan Germany time World Cup dulu through channel Indon, cuma sempat tak sampai 5 minit jer sebelum diblok dari atas.


Pasal parabola, baru gue paham kenapa kalau boleh gomen tak mau rakyat memilikinya coz bnyk sangat unsur yang tak bertapis. Bukan pasal seks or violence semata-mata tetapi juga lebih menjurus kepada penyebaran ideologi yang maybe bertentangan dengan common values yang dipegang oleh rakyat Malaysia. Semasa gue mula-mula mengajar kelas BM, bebudak ni selalu terpengaruh dengan dialek Indonesia. Tak ada jadi ngak ada. Atuk jadi Kakek dan mcm-mcm lagi. Even time English kalau gue tanya, " Who is your favourite actor or actress or singer or song?" Rata-rata mereka akan beri nama artis or lagu Indonesia yang sometimes xpernah gue dengar pun. Selidik punya selidik rupa-rupanya artis or lagu yang sering mereka jumpa kat sinetron pukul 8 waktu Jawa Barat. ho3x!


2 Response to "Siaran TV di Ulu"

  1. mis_hareena says:
    April 27, 2011 at 5:01 PM

    hi cigu...bole berkenalan...heheh...=p

  2. Cikgoo Jasz says:
    May 2, 2011 at 12:15 AM

    Hi Jie. boleh sj. hohohoho