Peti Bergambar

Ada orang mengadakan bahawa ia peti gambar bergerak. Kalau orang barat ia kadang kala dipanggil "the idiot box". Ada orang siap buat lagu mengenainya. OAG dengan "60's TV" dan Blur dengan lagu "Cofee and TV".






Yang pasti televisyen telah menjadi sebahagian daripada aksesori wajib yang ada pada kebanyakkan household di Malaysia baik yang kaya mahupun golongan marhaen.

Bagi rakyat Malaysia yang hidup semasa Tok Mat menjadi Menteri Penerangan sekitar tahun 80an dan pertengahan 1990an , televisyen kiranya merupakan suatu item yang "sama waktunya" dengan kereta ataupun motosikal kerana memiliki televisyen pada masa itu bermaksud anda wajib mempunyai lesen televisyen. Kiranya kalau takder lesen tv masa tu bermakna anda boleh dikenakan kompaun. Mungkin itu menjawab persoalan gue semasaa ketika gue mak gue masih skool boy tentang kenapa kita xleh ada lebih dari satu tv ketika terutama bila "tewas" dalam perebutan program tv. Jarang kita jumpa keluarga that era mempunyai tv lebih dari satu sebab lesen bagi satu tv sahaja dah RM24 setahun. Satu jumlah yang agak "besar" pada ketika itu.


Tv dulu harganya agak mahal. TV 21 inci biasa yang harganya cuma 300-400 sejibik sekarang leh cecah juga harga 2K pada ketika itu. Oh ya memandang komponen dalam tv ketika itu dalam bentuk analog, makanya beratnya boleh tahan beratnya. bayangkan kalo tv itu tv 29 inci, agak-agaknya beratnya boleh menyamai berat 1 guni simen.


Sekitar 80s and early 90 juga masih menunjukkan kerelevanan tv black n white sebab pada masa itu, di kampung gue, penggunaan tv hitam putih masih lagi berleluasa.I still remember my uncle's black and white tv jenama National yang kena buka penutupnya mcm sliding door wardrobe. Sometimes I adrresed it as panggung wayang mini because of the this sliding covers. Satu lagi perkara yang gue selalu observed ialah sekiranya berlaku pada tv hitam putih ini, jika siaran yang kurang memuaskan terjadi seperti gambar tak clear, "distortion" berlaku yakni berlapis-lapis keluar, biasa akan disettlekan dengan mengenakan satu nice knocking pada permukaan atas tv or pukulan pada meja tv untuk memberikan vibration yang membetulkan gangguan tersebut. Tapi kalau dilakukan pada tv LCD or LED sekarang alamatnya hancur la tv tersebut.



Back in secondary skool days, gue cuma berpeluang melihat tv tika pulang asrama. Kalau tak balik asrama, alamatnya pada hujung minggu sahaja. Sebut pasal tgk tv kat sekolah, gue rasa masa tu yang paling banyak nostalgia karena terpaksa melalui jerih payah serta onak duri terutamanya abis masa menonton or di luar waktu menonton. Gue teringat we all akan berlari bertempiaran apabila diserbu warden seperti pihak polis dan imegresen menyerbu setinggan pendatang tanpa izin. Kadang-kadang terpaksa bersembunyi di bwah meja dewan makan untuk mengelak lampu spotlight warden yang dah malas mau pi serbu kitaorang. Ada satu tahap warden potong terus wayar tv. Tapi, dah nama budak sains, we all akan sambung balik wayar tv tu dengan wayar mesin pateri yang sengaja "dirosakkan" semasa subjek KH. Mungkin itu menjawab soalan yang bemain di benak fikiran para warden mcm mana we all dapat wayar tv spare walhal sudah diputuskan dan dicabut.hehehehe. Masa Uni pula gue jarang menonton tv, coz layan games dekat PC lagi masyuk. And sifat ini terbawa-bawa sehingga gue grad dan melangkah ke alam pekerjaan coz ber"tenet" serta tgk movie kat PC lagi awesome.

By the way, kenapa gue tulis posting ini? Reasonnya idea tulis posting ini tercetus coz gue menonton tv kat kuarters sekolah baru on a daily basis... hehehehehe.


P/s: Masa gue bukak borneo post online, ada juga orang tulis artikel mengenai tv mcm gue buat ini. , Baca sini
Mau tgk koleksi vintage tv warna and hitam putih klik sini


0 Response to "Peti Bergambar"