Lama tak update blog. Puncanya mudah sahaja mood teda and at the same time agak ke"busy"an dengan kerja-kerja di sekolah. Well few weeks ago, gue telah diberi kepercayaan untuk menjadi guru pengiring untuk menghantar budak bertanding public speaking kat Pekan Machan.
Makanya pada hari pertandingan, seawal 545 pagi gue bersama budak gue pergi ke daerah Kanowit dengan menggunakan bot ekspresss. Memandangkan bot ekspress ini singgah dari 1 rumah panjang ke 1 rumah panjang makanya journey dari sekolah gue yang biasanya cuma amik kurang 30 minit perjalanan kalau pakai direct ekspress telah menjadi 1 jam lebih perjalanan. hohohoho
Sampai di Kanowit gue terus bawa budak dengan menggunakan van sekolah. Sebelum ini gue telah awal-awal lagi booking dengan makcik van ke sekolah berkenaan. Well pekan Kanowit pada masa itu merih dengan poster-poster pilihanraya. Maklumlah musim pilihan-raya masa tu. Sana sini cakap pasal politik dari busineesman sampailah ke makcik jual pucuk midin. Ada yang berborak di kedai kopi pasal election serta calon yang bertanding bagaikan newscaster Astro Awani buat analisis. hohohohoho.

Well lupakan pasal election, so inilah gambaran ketika pertandingan public speaking berlangsung... Layan....

Ketibaan wakil dari pejabat pelajaran daerah (PPD)











Antara pemenang-pemenang



Well komen gue, walaupun budak gue tak menang tapi it was a good experience for him so that dia tau yang dia boleh celen dengan budak-budak di bandar. . Biarpun sekadar jadi guru pengiring, memang menjadi tanggungjawab gue untuk bagi support pada murid. Bak kata term popular dalam bidang pendidikan, "kemenjadian" murid ini adalah satu kemestian serta matlamat sekolah. Manatau in 40 years time my budak leh jadi YB ka Ir ka. hohohoho
0 Response to "Public Speaking Competition 2011"
Post a Comment