Fire Drill

Cuti sekolah datang lagi. Another reason not to hold chalks for a week. hehehe. By the way tatkala posting ini dikarang gue tgh sort gambar aktiviti fire drill yang dibuat sekolah few weeks ago untuk "dicuci" sambil membaca blog orang.

Sebut pasal fire drill, gue rasa-rasalah ia sudah menjadi kemestian mahupun kewajiban untuk setiap sekolah untuk melaksanakannya lebih-lebih lagi sekolah yang ada asrama. Ini membolehkan pihak sekolah mempersiapkan diri dari semasa ke semasa untuk mengelakkan sebarang perkara buruk seperti kemalangan jiwa yang melibatkan murid sekolah melalui persediaan yang terancang. Kebakaran bangunan sekolah yang melibatkan asrama sekolah bukanlah sesuatu yang baru bahkan ada yang meragut nyawa murid. Masa gue umur 12 tahun, pernah keluar kat paper mengenai kebakaran asrama sekolah yang meragut 13 orang nyawa murid. Oleh sebab itu, perlu adanya latihan sebegini dari semasa ke semasa untuk mengelakkan tragedi yang sama daripada berulang.

Mcm sekolah gue yang ada asrama, we all buat fire drill di waktu malam coz waktu itu yang murid banyak berada di asrama. At least budak-budak ni terbiasa dan tahu what to do if perkara sebegini happen di waktu malam.. Jom layan sebahagian gambar yang sempat gue tangkap...

Murid bergegas turun ke tempat berkumpul semasa loceng kecemasan dibunyikan



Murid berkumpul dalam kumpulan serta ikut pasangan yang telah ditetapkan sebelu head count

By the way sebelum fire drill, murid terlebih dahulu telah didedahkan mengenai "pair system" supaya mereka lebih bertanggungjawab dan juga mengambil berat mengenai kawan yang dipasangkan tak kira waktu belajar malam, belajar petang dan sebagainya.

antara guru yang bertugas ketika latihan

Sesudah head count, guru bertugas pun pergi ke asrama untuk mengejutkan murid yang "rentung".

keadaan murid yang rentung. Dua-dua merupakan dalam 1 pasangan kumpulan

Murid-murid yang "rentung" ini dikumpulkan dalam satu tempat sebelum diberikan nasihat oleh guru penyelaras aktiviti.


Kemudian guru penyelaras memberi penerangan betapa bahayanya api kebakaran sekiranya betul-betul terjadi. Beliau juga menasihatkan supaya murid-murid lain untuk mngejutkan kawan-kwan yang tertido biarpun mereka itu bukan pasangan kumpulan mereka.

Sesudah itu, aktiviti diteruskan dengan latihan pdam api dengan fire extinguisher. Well in my opinion, it is a good drill bukan sj pd murid tetapi juga dengan chekgunya sekali. Fire drill lagi berkesan kalau dilakukan tanpa beritahu murid. (supaya murid betul2 tdo. Kalau bagitau dulu ada yang tak tdo. Tapi part ni cuma boleh dibuat after many fire drills had been done beforelah).

0 Response to "Fire Drill"