Sepanjang 3 tahun menjerumuskan diri dalam bidang edukesyen (meminjam slang Usup dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah) gue kadang-kadang tak terlepas untuk menyaksikan peristiwa-peristiwa menarik yang mungkin kita CUMA dapat rasa di area pedalaman. Seperti dulu peristiwa naik ekspress beramai-ramai di tengah sungai waktu banjir besar dan sebagainya.
Maka kira-kira a month ago (on rainy Sunday afternoon) gue berkesempatan untuk me"witness" suatu kejadian unik lagi menarik. Kisahnya begini apabila si pilot tongkang tiba-tiba ternampak suatu benda berenang-renang di tengah sungai. Pada mulanya beliau ingatkan benda bergerak tu ialah si Sang Bedal kerana "makhluk tersebut" berwarna hitam. Cuma apabila tongkang tersebut mendekati mahkluk tersebut, adalah terkejut si Pilot apabila mendapati binatang yang berenang-renang itu adalah oink-oink hutan.
Maka, beliau dan disertai oleh para penumpang lain, mulalah memasang strategi bersama penumpang lain. Ada yang pakai kayu, ada yang buat tali ala si koboi untuk memerangkap sang oink-oink hutan naik ke atas tongkang. Gue dan penumpang lain yang kurang "mahir" untuk menangkap oink-oink hutan ini cuma memberikan sokongan dan pada masa yang sama gue sempat snap gambar untuk tujuan dokumentasi. hehehehehe
Namun begitu usaha untuk menangkap babi hutan menemui jalan buntu, malah haiwan ini telah mampu membuatkan tongkang berpusing-pusing dan agak hilang kawalan. Menyedari tongkang yang gue naiki ini sedang mengejar babi hutan yang berenang freestyle di tengah sungai Rajang, beberapa perahu dari rumah panjang segera memberi bantuan sokongan. hehehehe akhirnya beberapa belas minit mengelak dari buruan tongkang dan beberapa buah perahu, babi hutan ini tewas juga di tangan seorang penduduk rumah panjang yang cuma berbekalkan parang, penangguk ikan dan perahu!
Jadi inilah antara babak2x dramatik yang sempat gue rakam. Layan yo!
kalau lihat dari jauh memang orang sangka itu sang bedal
Tapi rupa-rupanya sang babi hutan!
once confirm it was babi hutan, misi menangkap dilancarkan!
ada yang pakai tali ala koboi
ada yang pakai kayu
Ada yang bagi sokongan moral. Errrr seperti makcik ini
Tidak ketinggal backup support dari penduduk yang ada perahu yang tinggal di area rumah panjang yang berhampiran dengan kejadian
Pemilik perahu ini adalah individu yang bertuah kerana berjaya menangkap hasil buruan.
Tidak ketinggal backup support dari penduduk yang ada perahu yang tinggal di area rumah panjang yang berhampiran dengan kejadian
Pemilik perahu ini adalah individu yang bertuah kerana berjaya menangkap hasil buruan.
We all di atas tongkang? Memandang dengan penuh "kekaguman" hehehehehe
Kesimpulan yang dapat gue buat:
Siapa sangka babi boleh berenang. gue pernah lihat anjing berenang di Sungai Rajang. Itu pun di tepian. Inikan pula babi hutan dan ditengah sungai pula tu!
0 Response to "Air Yang Tenang Jangan Disangka Tiada Babi"
Post a Comment