Ke Hilir Ke Hulu

Kalau u all baca posting ini, mesti u all tertanya-tanya mengapa ke hilir ke hulu? Bukankah sepatutnya ke hulu ke hilir tetapi phrasa yang pertama sekali lebih afdal dengan dengan situasi diri gue sekarang. Sudah masuk minggu ketiga gue berkhidmat di sekolah baru gue.


Menariknya sekolah gue ini terletak di bahagian hulu sungai berbanding sekolah first posting gue dahulu dan ia sebenarnya menghala ke arah pekan SOng serta bahagian Kapit berbanding sekolah lama gue yang menghala ke arah daerah Kanowit serta bahagian Sibu. Untuk pergi ke sekolah gue, memang kena pakai sungai samada perahu, ataupun tongkang. untuk kes ini gue prefer tongkang coz walapun slow (30 minit ke sekolah dari checkpoint Nanga Semaram berbanding 10-15 minit) tetapi tongkang lebih stabil and boleh bawa barang besar2x seperti peti sejuk, mesin basuh, or TV LCD 60 inci (sekadar contoh yer). Plus lebih layan duduk di tongkang sambil menikmati keindahan flora dn fauna serta membolehkan gue mengasah balik skil mengenalpasti spesies nama saintifik berkat pengalamanan bekerja di pusat penyelidikan sebelum jadi chekgu nih.


Sekolah gue merupakan sekolah rendah berasrama, so kiranya 1 benda baru dalam hidup gue sebagai seorang pendidik. I guess maybe sekolah di Sarawak dan Sabah jer yang ada sekolah rendah asrama. Jd bayangkan seusia 7 tahun, bebudak ni dah hidup berdikari, berjauhan drp mama dan papa berbanding anak anak sebaya mereka kalau kita tgk d tv. siap menangis meraung-raung gitu. Mcm sekolah gue terdahulu, sekolah baru gue ini juga dalam kategori sekolah kurang murid, so purata 1 kelas ialah dari 1 sehingga 10 jer. Gue rasa setakat ni sajer gue dapat describe sekolah baru gue. Apa pun jom layan gambar2x sekolah baru gue....


Arrow kuning ialah ke Nanga Dap, tempat sekolah lama gue. Arrow biru ke Kapit dan termasuk ke sekolah gue yang terletak di Ngemah. By the way tempat gue berpijak amik gambar ialah Nanga Semaram. Transit area kebanyakkan cikgu yang nak ke sekolah masing2x


Papan Tanda Sekolah Gue


Persekitaran Sekolah

Jauh di seberang sana ialah pekan Ngemah.

Tongkang yang datang ke jeti sekolah. RM 5 jer ke Nanga Semaram. RM 12 sekiranya ke Sibu (dengan servis kereta sapu).

Keadaan di tongkang pada waktu puncak (terima gaji, pulang cuti dswaktu dengannya)

0 Response to "Ke Hilir Ke Hulu"