Orang Puteh Terjun Bangunan

Seperti seorang pekerja yang normal, adalah sesuatu yang normal bagi gue untuk menanti hujung minggu kerana masa itulah kita dapat lepak-lepak, relax-relax or melihat alam sekeliling pada perspektif yang berbeza lebih-lebih sekiranya tugas kita menuntut kita untuk tinggal di tempat kerja. Mcm gue kena tinggal dalam kuarters sekolah.



Justeru itu bila hari minggu, gue ibarat terlepas dari gua. hehehe. Kebetulan pada minggu lepas telah berlangsung suatu function yang telah menjadi acara wajib dalam kalender tahunan pelancongan di bandar Sibu iaitu Sibu 2010 Base Jumping. Base Jumping ini merujuk kepada aktiviti ekstrem payung terjun. Apa yang membezakan BASE Jumping dengan terjunan payung terjun biasa ialah BASE Jumping si penerjun terjun dari bangunan, menara (antena), gaung mahupun jambatan manakala penerjun biasa terjun dari kapal terbang pada altitud yang jauh lebih tinggi.

Untuk acara BASE JUMPING di bandar Sibu ini, ia dibuat di atas Wisma Sanyan. Cool fact: Wisma Sanyan is tallest building in Sarawak which I kurang perasan. Mati-mati gue ingat Wisma Bapa Merdeka yang tertinggi. :P. Apa yang menarik perhatian gue ialah acara ini dilangsung di sebalik berlakunya kemalangan maut yang berkaitan dengan BasE Jumping ini kat Menara Telekom Alor Star few weeks before that. Plus yang bagi extra ooomph ialah ada aktiviti terjunan malam. Gue cuma sempat tgk yang siang punya tapi tak sempat tgk malam sebab kebetulan gue pergi photostat my pupil's worksheet jadi waktu masuk Wisma Sanyan ni ternampaklah aktiviti nih. So layan yer gambar yang sempat gue amik.


Demonstrasi Lipat Payung Terjun Sebelum. Mcm terjunan payung terjun biasa si penerjun base jumping ni kena lipat payung terjun sendiri supaya kalau berlaku apa-apa tiadalah kes tuding-menuding jari (my teori yer). Plus at least he knows any unusual thing on his stuff.

Bangunan yang tertinggi di Sarawak. Wisma Sanyan



Aksi-aksi terjunan yang sempat gue rakam. Sori gambar kureng mantap



Lepas dorang landing, dorang serbu by orang ramai sebagai tanda kenang-kenangan termasuk gue. Kebetulan that was the last jumping event on that day.

This Mike ni kena interview oleh juruacara majlis sebaik sahaja abis terjun and abis bergambar dgn peminat.

#
MC : How do you feel about your jumping today?
Mike : Ooooooooohhhhh, manah amat.


P/s: # rekaan semata-mata. heheheh

2 Response to "Orang Puteh Terjun Bangunan"

  1. Yazid Husain says:
    October 21, 2010 at 1:28 AM

    wah. kagum

  2. Cikgoo Jasz says:
    October 27, 2010 at 4:55 PM

    orang puteh ni kadang2x mempunyai keberanian yang tak terjangka dek akal