Sungai Rajang Batang Rajang

Tatkala posting ini dikarang hujan turun luar biasa lebatnya. Dalam tempoh 2 minggu merupakan tempoh yang agak kering dan panas bagi gue. In fact rasa-rasanya seperti hampir semua parts of Sarawak mengalami masalah ini. Setiap kali bila gue pergi ke kedai or membuat panggilan telepon, gua dapat perhatikan memang Batang Rajang nampak seperti sedang "kekeringan". Memanglah coz hujan pun tak turun. Kalau adapun itupun sekadar tanda-tanda atau paling tidak hujan rintik-rintik.

Gambar ini gue amik few days ago bila gue menyedari gue tak pernah lihat sungai Rajang sekering ini. Berbeza semasa banjir dulu. Cuba lihat gambar bawah:

Masa air besar

Masa banjir jambatan tenggelam terus beb

Apa yang menarik 2 minggu sebelum itu ialah Sungai Rajang telah mengalami suatu fenomena luar biasa, yakni telah berlaku limpahan lumpur dan kayu balak yang hanyut dari bahagian hulu. The shocking part was limpahan lumpur serta kayu balak ini terbentuk sepanjang 50 km. Tapi pada masa itu gue tak perasan sangat kerana pada hari kejadian, gue ada staff meeting. Tambahan pula gue tak keluar juga pada masa itu. Kalau gue ada di sana sudah semestinya gue akan amik gambar untuk dikongsi dalam blog gue ini. Dari apa yang gue baca thru national paper mahupun internet, this punya logjam ini berpusat di Sungai Melatai. Punca utama pun gue kurang pasti. Ada yang kata weather dan ada yang kata logging. Only God knows. By the way apa yang gue ingat, pada masa itu memang jadual pengangkutan dibatalkan coz ekspress tak dapat lalu akibat sungai dipenuhi kayu balak. Gue pun perasan semasa perahu yang gue tumpang melintas sungai memang berlumpur serta ramai penduduk di sekitar sungai pergi mencari ikan yang bergelimpangan banyaknya.

Well semenjak gue menjadi pendidik di sekolah yang terletak di tepi Sungai Rajang, memang gue boleh katakan gue menyaksikan pelbagai elemen kehidupan serta mistik yang ada pada Sungai ini. As general, kita mungkin mengenali sungai Rejang berdasarkan bukuk teks Kajian Tempatan KBSR atau Geografi KBSM sebagai the longest river in Malaysia. Tapi gue melihat sungai ini menjadi nadi kehidupan para penduduk setempat sebagai tempat sumber protein yang eksotik (ikan tapah, baung, patin dan lain-lain), nadi perhubungan yang menghubungkan bandar mahupun pekan yang terletak dekat pada seperti Kanowit, Song mahupun Kapit. By the way untuk pergi ke Kapit opsyen tunggal yang ialah dengan pengangkutan air coz tiada jalan darat. At the same time this river supplies essential element for life that is water. Kalau di Sibu, Song Kanowit mahupun Kapit, memang punca airnya untuk air paip terawat ialah dari Sungai Rajang. Even elemen mistik yang gue dgr seperti lagenda ular gergasi masyarakat Iban iaitu Nabau pun dikatakan ada di Sungai Rajang sehingga dikatakan kononnya banjir besar melanda Sibu serta bandar yang ada dekatnya ialah sebab Nabau bergerak. Well sounds too good to be true.

Memang yang pasti sekiranya Sungai Rajang airnya melimpah air bah berlaku tetapi bila ia kering, aktiviti harian yang terganggu pulak. Ekspress serta kapal tak boleh lalu coz air sungai cetek. Bekalan air bersih mungkin juga terganggu coz tak dapat dipam masuk ke loji and so on. Apapun Sungai Rajang akan terus menjadi suatu nadi penggerak kehidupan bagi penduduk yang tinggal di sepanjangnya..



2 Response to "Sungai Rajang Batang Rajang"

  1. Yazid Husain says:
    October 22, 2010 at 8:15 AM

    masa ada benak

    tiada

  2. Cikgoo Jasz says:
    October 22, 2010 at 11:25 PM

    Benak di batang lupar. tempat buaya si bujang senang bertendang. dia berlaku setiap kali air pasang