Sambutan Merdeka Yang Ku Ingat

Setiap kali perayaan Hari Kebangsaan mesti akan ada laungan "Merdeka!". Kalau budak kecik bukanlah betul sebutan "Merdeka" mereka tetapi "Mendeka". Hehehe. I bet 4 out of 10 of the adults di Malaysia mesti sebut Merdeka as Mendeka time dorang kecik-kecik. Sempena edisi Sehari Sebelum Hari Kebangsaan kali ini gue ingin share pengalaman gue menyambut Hari Kebangsaan tak kira di sekolah or di IPT.


Masa gue sekolah rendah dulu, gue rasa-rasanya mcm tak pernah menyambut "Mendeka" di sekolah kerana Hari Kebangsaan biasa berada dalam cuti mid sem 2. Tetapi apabila gue memasuki sekolah menengah barulah gue betul-betul menyambut Hari Merdeka. Well, waktu gue di MRSM Kuching, sambutan Hari Kebangsaan ini biasanya dalam slot Minggu Aktiviti. Minggu Aktiviti ini merupakan satu elemen unik dalam kurikulum MRSM coz pada minggu itu semua pelajar akan menjalankan pelbagai aktiviti tak kira fizikal ka ilmiah ka tapi di luar kelas. Ok berbalik pada sambutan Hari Kemerdekaan, mcm-mcm lah aktiviti yang diadakan. Seingat gue seperti persembahan drama, puisi pantomin. Kalau gue tak silap juga ada satu time wayang pacak diadakan. Tapi yang penting pada pukul 12 tengah malam laungan merdeka tetap ada lah.


Masa gue di Matrix pula sambutan merdeka yang gue ingat ialah tayangan filem Leftenan Adenan sambil makan popcorn di dewan. Gue juga masih ingat gue ikut perbarisan kawad untuk KML berkawad di sekitar bandar Labuan. Bila gue menjadi undergraduate pula, gue ingat sambutan gue lebih bertumpu di Kompleks Sukan UMS kerana dekat situ sambutan kemerdekaan peringkat U diadakan. Tapi yang ini lebih bersifat kurang ikhlas untuk 2 thn pertama pengajian gue kerana gue menyambut semata-mata untuk dapatkan cop pasport tinggal di kolej kediaman. Gue xpasti sekarang tapi masa gue belajar di UMS dulu cop pasport tu kira syarat penting untuk stay di kolej kediaman. More chops the better your chances to stay in the kolej kediaman pade sem baru. hehehe. Tapi bila dah final year gue malas ikut. Better lepak buat final year projek writings. hehehe.


Masa gue di maktab pula gue menyambut secara ringkas di sekolah gue menjalani praktikum. Kebetulan time tu pun cuti sekolah juga so dalam majlis ringkas, GB sekolah tersebut dlam perhimpunan just laungkan merdeka 7 kali. hehehe ok apa. Bila gue jadi guru sekarang sambutan Merdeka berlaku di sekolah lah. Mcm pagi tadi sekolah gue bergabung dengan sekolah SK bersebelah menyambut Hari Kebangsaan. Adalah few activities diadakan seperti pertandingan deklamasi sajak, melukis poster serta mewarna. Gue akan sharekan pada posting akan datang selepas gue siap upload gambar dari Digicam.

Anyway Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 53!

P/s: Nah layan lagu patriotik rock dari Sixth Sense "Kita Boleh



Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang

Dipersembahkan jiwa ragaku untukmu
Ku baktikan karyaku untukmu Malaysia
Kan ku junjung tinggi-tinggi Malaysiaku
Harumkan mu di persada antarabangsa

Katakan boleh (boleh)
Pastikan boleh (boleh)
Kita kan boleh

Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang
Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang

Katakan boleh (boleh)
Pastikan boleh (boleh)
Kita kan boleh
Katakan boleh (boleh)
Pastikan boleh (boleh)
Katakan boleh (boleh)
Kita kan boleh

Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang
Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang

Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang
Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang

Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang
Maju terus Malaysiaku
Berkibarlah Jalur Gemilang


0 Response to "Sambutan Merdeka Yang Ku Ingat"