Bila Air Bah (Banjir di Hujung Minggu)

Pada hujung minggu yang lalu, istirehat gue agak terganggu sedikit apabila gue dapati bandar Sibu tempat gue lepak2x pada hujung minggu telah dilanda banjir. Bagi gue banjir ini sedikit mengejutkan kerana ia melanda Sibu pada bulan 8 yakni sebelum bulan 8 biasanya bulan kemarau. Tapi dengan kesan global warming mungkin juga ia menjadi punca kepada kejadian banjir ini.

Well banjir di bahagian Sibu ini unik kerana puncanya datang dari pelbagai aspek. Dari segi geografi gue mendapati Sibu rata-rata terbentuk daripada kawasan tanah rendah. Justeru itu sekiranya hujan turun berterusan tanpa henti sudah semestinya banjir akan terjadi. Ini gue tak hairan sangat kerana hometown gue, Kuching pun ada banjir terutamanya pada musim tengkujuh lebih-lebih lagi kawasan "low-lying areas". Selain itu banjir di Sibu juga terjadi bila limpahan air dari bahagian hulu Sungai Rejang dari bahagian Kapit sudah tidak mampu untuk dibendung lagi. Lebih-lebih lagi pada masa yang sama peristiwa king tide berlaku (air pasang besar).

Oleh sebab itu para penduduk tempatan biasanya mengambil pendekatan begini. Sekiranya Kapit dilanda banjir, penduduk di Kanowit serta Sibu akan mengambil langkah berjaga-jaga kerana lambat laun limpahan ini akan melanda bahagian ini kerana bandar-bandar ini berada di kawasan hilir. Selain itu faktor perparitan juga menjadi punca mengapa bandar Sibu dilanda banjir. Gue mendapati kebanyakan parit di Sibu tidak dalam serta tidak berkonkrit (parit tanah). Ini juga memainkan faktor kerana bila parit tidak berkonkrit, ia akan biasanya bertakung sekaligus melambatkan pengaliran air. Ia diburukkan lagi dengan sampah-sarap yang membuatkan parit tersumbat. Atas sebab itulah pihak kerajaan telah melancarkan projek tebatan banjir yang bernilai RM 1 billion untuk mengatasi masalah banjir di bahagian Sibu.
Klik sini

Untuk kes banjir kali ini, gue membuat kesimpulan bahawa ketiga-tiga faktor yang gue sebutkan tadi menjadi punca berlakunya banjir ditambah lagi hujan turun luar biasa lebatnya.

Shot ini gue amik dalam perjalanan balik selepas sembahyang di gereja.


Shot yang ini pula gue amik pada waktu tengahari dalam perjalanan menuju ke Terminal
Ekspress Sibu.



Yang ni shot yang gue rasa menarik. Satu the car as if terapung and satu lagi berperahu di tgh bandar


Suasana di terminal ekspress. Nasib baik dia tak seteruk semalam masa gue sampai ke terminal



yang ni gue amik dari gambar facebook kawan. captured a day before. Air melimpah ke jalan raya.

Gambar pada waktu biasa.

Masa gue dalam ekspress memang gue dapati rumah-rumah tepi sungai memang terjejas kena banjir. Gambar di bawah gue amik ketika ekspress menghampiri Pekan Kanowit. Pekan Kanowit memang tenggelam lah dek banjir. Ada dekat 3 kaki rasa-rasanya.



Memang tenggelam

Semasa tak banjir. Hotel di gambar tenggelam 3 kaki. Lihat gambar atas pada gambar hotel

masa tak banjir


masa banjir

Setelah mengharungi 2 jam perjalanan akhir gue sampai dengan selamatnya ke sekolah. Tapi we all mendarat di tepi tebing kerana perhentian konkrit sudah tenggelam.

Tempat mendarat

Jambatan sebelum banjir. gue amik gambar ni bulan 4. time ni pun air agak besar

yang ni masa banjir . Jambatan tenggelam

sebelum banjir

Selepas banjir

Sebelum banjir

Selepas banjir..



Yang ni antara shoy yang gue capture. Sekolah gue bilik RMT jer kena banjir

Kesimpulannya gue bersyukur kerana gue selamat sampai ke sekolah. Time ni baru gue sedar ini tujuan elaun pedalaman di bayar kepada guru yang mengajar di ulu mcm gue supaya guru dapat menguatkan semangat untuk menghadapi saat-saat macam ini. hehehe

0 Response to "Bila Air Bah (Banjir di Hujung Minggu)"