Bateri


Sejak kebelakangan ini salah satu aktiviti wajib gue setiap minggu ialah berjalan-jalan di "Pasar Sibu". Walaupun sebenarnya kurang ekonomikal dari segi perbelanjaan mahupun masa tetapi ia bagaikan satu terapi bagi gue untuk menenangkan fikirian yang tegang di samping pada masa yang sama mengupdatekan diri gue tentang isu-isu semasa yang berlaku di bandar.

Well sikulnet sekolah gue masih leh lum boleh dipakai macam biasa walaupun lepas diperiksa oleh technician skoolnet yang mendapati cuma power regulator meletup. Wokey kembali kepada poin utama gue semula, salah satu tentatif program gue ketika berjalan-jalan sudah tentunya ialah membeli tingkap. Maklumlah kalau beli-beli semestinya gue akan mencapai taraf kekeringan pada skala yang cepat. Makanya adalah lebih afdal bagi gue untuk cuma membeli tingkap sahaja.

Jika dipecahkan lagi kepada skop beli tingkap gue ini lebih tertumpu kepada gajet elektronik dan salah satunya ialah kamera digital atapun nama samarannya digicam. Apa yang gue lihat pada digicam ini ialah dalam tempoh 5 tahun ini ia bertambah kemajuannya dari segi function, kualiti gambar dan sudah semestinya jangka hayat. Kenapa sekarang hampir semua digicam ada bateri dalaman yang boleh dicas. Kalau takda bateri dalaman yang boleh dicas, masih juga guna bateri AA yang sekarang pun boleh dicas.

Jadi apa yang gue hendak kongsikan dalam posting gue kali ini ialah mengenai bateri pada zaman gue belajar (kat sekolah menengah) suatu ketika dahulu. Pada zaman gue belajar dahulu semasa handphone boleh digunakan untuk mencederakan tulang rusuk anjing liar, semasa Ipod masih belum wujud dan Playstation cuma masih boleh digunakan menggunakan set televisyen salah satu benda yang berharga bagi budak sekolah asrama bagi gue ialah walkman tak kira ia jenama terkenal seperti Sony, Aiwa, Panasonic sehingga kepada jenama yang yang bunyinya macam jenama terkenal seperti Sunny, Pensonic, dan Komachi.Bagi yang mampu ketika itu, benda yang paling hi-tech pada pengamatan gue pun Sony Discman dan juga Gameboy skrin hitam putih. Rasa-rasanya kalau harga Gameboy pada masa itu dibandingkan dengan barangan sekarang (tanpa dikira inflasi ya) gue dah boleh rembat sejibik PsP 2nd hand.

Benda itu sumanya kira hiburan bagi budak asrama kerana nak tengok tv pun di hujung minggu. Makanya seperti yang gue katakan tadi itulah kira benda berharga. Kalau hilang ataupun rosak benda ni alamat rasanya boleh diumpanakan seperti rantai emas diragut oleh peragut. Namun begitu benda-benda ni ada juga kelemahannya kerana ia memerlukan bateri dan pada masa itu bateri cas ni macam nak mencari ikan salmon di Pasar Satok. Kalau jumpa dekat Choice Supermart pun mahal. Oleh itu biasanya bebudak asrama ni kalau bateri dah nak habis dan takda bajet untuk membeli memang akan mengalami perasaan yang gundah gulana. Mulalah sapa-sapa yang selalu mendengar kaset dekat walkman akann bertukar mode mendengar lagu di radio. Ada yang jimat lagi buka satu bateri baru campur dengan bateri lama walaupun ada amaran pada manual walkman jangan campur bateri baru kepada bateri lama tetapi sapalah yang peduli, janji boleh mendengar hiburan.

Makanya salah satu cara alternatif kepada cas bateri ini ialah dengan menjemur bateri-bateri terpakai dengan plastik hitam dengan tujuan plastik ini akan menyerap tenaga haba untuk diserap oleh bateri. Rasa-rasanya teknik ini pada pandangan gue cuma mampu memanjangkan hayat bateri kepada 10% sahaja. Tapi kalau dah banyak bateri terpakai yang dikumpul biasanya ada juga masalah untuk cari mana yang masih boleh pakai. Waktu gue kat asrama dulu gue ada seorang geng yang dapat gue sifatkan sebagai "battery tester". J (bukan nama sebenar) sangat hebat menentukan bateri terpakai mana yang boleh dipakai cuma dengan memasukan bateri ke dalam mulutnya. (geli bukan). Konsepnya sama sahaja dengan meletakkan lidah korang ke terminal bateri 9 volt segi empat (pranks that we always do time KH). Kalau bateri 9 volt sudah tertentu lidah akan terasa seperti melecur terminum air panas. Tapi untuk bateri 1.5V rasanya seperti kena gigit semut api. (menurut J la). Sudah tentu gue dan rakan yang lain berasa geli untuk memegang bateri yang telah dimasukkan ke mulut beliau, tetapi yang pasti hasil kemahiran beliau yang agak unik, we all kadang2x enjoy mendengar lagu Iban, lagu kat radio mahupun siaran perlawanan bola sepak pasukan Sarawak kat radio di kala sumber bateri fresh agak terhad pada pertengahan minggu ataupun bulan.

2 Response to "Bateri"