Membesar di Depan Mata


Pada akhir bulan 3, sebagai guru PJK, gue biasanya akan sibuk menjalankan satu program penting dalam subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan iaitu ujian SEGAK. Pada ujian ini gue akan sibuk menimbang berat, menyukat tinggi murid-murid gue yang darjah 4,5 dan 6. Pada masa yang sama gue juga akan menguji fitness murid-murid ini seperti denyutan nadi, mahupun kelenturan.

Jadi apa yang menarik perhatian gue ialah ketika gue menyukat tinggi dan menimbang berat murid-murid gue. Tanpa gue sedari rupa2xnya budak2x gue telah membesar sekaligus mematuhi hukum tumbesaran manusia yang berbentuk sigmoid (ala macam yang ada pada subjek sains topik pertumbuhan). Bayangkan gue dah bersama bebudak ni selama 1 tahun lebih, tetapi gue masih tak sedar these kids grew up. Ada yang tinggi naik 5 cm, 4 cm, 3 cm, tapi pada pengamatan gue macam biasa sahaja. Bayangkan kalau gue menghabiskan masa 6 tahun in that same school sudah semestinya gue pun tak kan "menyedari" murid-murid gue yang tahun 1 membesar dan "membujang" di depan mata gue secara ketara.

Justeru itu, hasil daripada pengamatan gue itu tadi telah membawa kesan refleksi yang berguna kepada gue. Gue bersyukur kepada Sang Pencipta sebab membolehkan gue membesar atau menua tanpa disedari. Bayangkan kalau kita membesar dengan disedari,barangkali makananan harian kita cuma berasaskan cecair sahaja kerana mudah dicerna. Mana tidaknya, makan terus besar, makan terus besar.Itulah kalau sahabat gue mengatakan kepada gue, "Yo, lu dah besar la" or "yo, u dah selim lah", memang itu tanpa gue sadari sebenarnya. hehehe. Sama juga bab penuaan ini. Kadang-kadang kita tak rasa diri kita tua walaupun umur kita meningkat dewasa karena kesan penuaan ini memang tuhan sudah bagi rate yang sangat slow. Kalau tidak percaya, cuba anda lihat diri you all ketika habis spm, abis u, dan sudah bekerja. Fokuskan antara waktu perantaraan period itu. Memang you all tidak merasa secara fizikal dengan ketara. ..Therefore, gue berharap bila gue udah ada anak gue akan berusaha untuk men"spent" kualiti time dengan anak-anak gue kerana fenomena "membesar di depan mata" acap kali dipandang remeh oleh orang dewasa. Bagi sahabat gue yang dah ada anak semestinya akan menyedari this fenomena.. Bagi insan pendidik seperti gue cara mengajar pun akan berubah akibat fenomena, yakni kita ajar dari konkrit lama-lama baru ke abstarak. Hehehe itulah sebabnya teori pendidikan diajar :P.

2 Response to "Membesar di Depan Mata"

  1. Yazid Husain says:
    April 16, 2010 at 4:12 PM

    hehehe

  2. Cikgoo Jasz says:
    April 28, 2010 at 6:53 PM

    hehehe bila ko dah ada anak baru ko tau apa maksud ku ini. hehehe