MORNING SICKNESS

Sudah 4 minggu sessi persekolahan 2010 bermula. Memang tak sedar rasanya macam mana begitu cepat bumi ini berputar ataupun ke"busy'an dengan kerja di sekolah membuatkann gue tidak sedar masa cepat sangat berlalu. Well kerja sebagai pendidik masa kini bukan sahaja mengajar tetapi juga busy juga dengan kerja paperwork seperti isi data-data murid serta paperwork lain seperti yang diarahkan oleh pejabat pendidikan daerah. Tapi di sepanjang empat minggu ini, ada juga peristiwa di sekitar yang menarik yang gue perhatikan yakni sesuaikan untuk gue kongsikan bersama pembaca blog gue ini.

Adalah lumrah untuk beberapa minggu persekolahan awal tahun baru kita akan melihat ramai budak-budak yang baru masuk tahun 1 mahupun tadika akan menangis atas alasan takut kena tinggal oleh parents dan sebagainya. Tapi kadang-kadang yang tak bestnya ada juga budak yang dah bukan tahun 1 pun masih menangis tak mau pergi sekolah. However, untuk tahun ni gue dah agak slow down berbanding tahun lepas (klik link ini untuk cerita lanjut... hehhe) sebab gue dah tak perlu pergi ke rumah panjang untuk angkut budak yang tak mau pergi sekolah. Budak-budak gue sekarang suma dah "bujang" dan "dara" kata mereka. Malu kalau menangis tak mau pergi ke sekolah.

Untuk tahun ni sekolah gue juga telah memulakan prasekolah sendiri. Boleh tahan juga jumlah muridnya sebab umur minima bagi murid prasekolah ialah 4 tahun. Cuma apabila dah masuk kelas, budak-budak inilah yang kuat menangis sehingga ada yang meraung-raung bila tak nampak muka mak bapak. Lucunya bila gue perhati hujung minggu tak pula mereka menangis bermain di luar sehingga terpaksa dipanggil oleh mak bapak. Kasihan melihat PPM sekolah yang sentiasa berpakaian macho ala Aaron Aziz mahupun Awal Ashaari kadang-kadang terpaksa berlari seperti Usain Bolt mengejar budak-budak pra yang cuba melarikan diri dari sekolah.

Itu cerita PPM sekolah, gue pula ada juga kisah tersendiri. Memandang gue mengajar BM, PSV, BI dan PJK tahun 1, ini bermakna gue memanglah menghabiskan sekurang-kurangnya 2 masa sehari bersama bebudak tahun 1 ni. Pada pemerhatian gue, suma budak-budak gue ni dah ok kecuali seorang budak perempuan ni yang selalu menangis meraung-raung tak mau pergi ke sekolah pada awal pagi tetapi anehnya lepas makan RMT, budak ni akan aktif pula dalam kelas. Nasib baik budak ini kiranya pada perkiraan gue agak cerdas dan sudah boleh membaca ayat yang bersuku kata dua berbanding rakan-rakanya yang lain. Cuma masalahnya ialah pagi-pagi dia dah menangis mau ikut ibunya pulang ke rumah panjang yang terletak di seberang sungai. Sampai gue berseloroh memberitahu colleague gue budak ni mengalami morning sickness sebab menangis di awal pagi tetapi berhenti menjelang waktu rehat ataupun pukul 9.

Pada minggu pertama persekolahan, bila gue masuk ke sekolah pada awal waktu, bila budak ni menangis, gue buat tak layan sampai budak ni akan berenti menangis kerana penat. Tapi kalau gue tak masuk awal waktu gue kalau terjumpa dia di luar kelas gue akan ambil inisiatif untuk pujuk budak ni seperti seorang bapa memujuk anak. Tapi minggu kedua budak ni makin kronik la pulak sampai tergolek-golek di koridor bila lihat ibunya tiada sampai kadang-kadang gue terpaksa diminta oleh guru yang mengajar kelas tahun 1 time tu angkat budak tu. Nasib baikla gue pada setiap waktu pagi ajar kelas PJK. Cuma masuk minggu ketiga, gue tak menjangkan yang budak ni masih lagi menangis meraung sampai sudah berani mengejar ibunya sampai ke pagar sekolah tapi nasib baiklah selalu tak berjaya sebab masa dia tengah asyik menangis budak ni terlupa bahawa dia sedang melimpasi kawasan cikgunya ini yang tengah mengajar budak PJ. Maka tak berjayalah percubaan "beliau" itu.

Maka gue ambil keputusan untuk cuba menghentikan masalah morning sickness budak tu. Satu hari ketika kelas BM gue, lepas ajar baca,ajar nyanyi dan seterusnya latihan menulis, gue mengambil kesempatan untuk "memberus" minda budak ini. Proses pemberusan ini lebih kurang begini:

Gue : Kamu tau ka apa binatang yang panjang, empat kaki macam cicak, dan gigi tajam dan suka berenang di sungai.
Budak: Tau cikgu, Itu buaya.
Gue: Buaya mangah* tidak?
Budak: Mangah cikgu. Dia suka makan orang
Gue: Kamu tau tak buaya selain dari makan orang, buaya suka gigit kaki budak yang suka nangis sampai putus.
Budak: (Diam, muka pucat)
Gue: Kalau tak mau kena gigit buaya jangan suka nangis pagi-pagi ya.

Pagi seterusnya sampai ke setakat posting ini ditaip, budak ni tak menangis pagi-pagi lagi walaupun ibunya tiada. Maka gue pikir masalah morning sickness budak ini telah gue selesaikan buat sementara waktu. hehehehehe

P/S: Awal tahun gue rasa stress dalam mengajar tetapi lepas tengok anime GTO, gue rasa bersemangat.

*mangah = garang




3 Response to "MORNING SICKNESS"

  1. rambomadonna says:
    January 26, 2010 at 7:24 AM

    Aku pun selalu morning sickness. Malas mauk bangun tido gi kerja pagi2. Macam ne lah mauk berus minda tok cikgu?

  2. bryan godon says:
    January 28, 2010 at 8:19 AM

    hehehee good2

  3. Yazid Husain says:
    February 4, 2010 at 4:37 PM

    yeah go gtj