Kursus Pendidikan Keselamatan Jalan Raya



Baru-baru in pada 15 Jun till 17 Jun 2009, gue telah menghadiri Kursus Pendidikan Keselamatan Jalan Raya bertempat di Hotel Kingwood, Sibu. Well buat sapa2x yang belum familiar lagi dengan PKJR, ia merupakan salah satu program kerjasama antara Kementerian Pengangkutan Jalan dan Kementerian Pelajaran. Ia merupakan let say, satu program jangka masa panjang kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Mau tau lebih detail ni yang i petik dari website nya ya.


Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010 telah dilancarkan dengan tujuan untuk menangani isu peningkatan kematian dan kecederaan akibat dari kecelakaan jalan raya di negara kita yang membimbangkan. Salah satu perkara yang menonjol di dalam pelan tersebut adalah pendidikan. PKJR menyediakan asas dan proses untuk menguatkan dan menyemai perubahan sikap pengguna jalan raya yang sesuai dari segi pengetahuan, kemahiran dan kelakuan. PKJR di sekolah adalah untuk membantu melindungi kanak-kanak dan remaja dari bahaya jalan raya yang mungkin timbul serta mengajar mereka untuk menangani situasi kompleks dengan selamat. Pada tahap yang bersesuaian, kanak-kanak dan remaja akan diajar:
  • tentang bahaya, perkara yang mendatangkan bahaya, risiko dan pengurusan risiko
  • pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memastikan mereka selamat
  • bagaimana untuk membina dan mengekalkan sikap yang positif terhadap keselamatan jalan raya
Tujuan keseluruhan PKJR di sekolah adalah untuk membantu kanak-kanak dan ibu bapa/penjaga untuk:
  • memahami bahaya dan risiko di dalam persekitaran lalu lintas
  • belajar dan menggunakan kemahiran keselamatan jalan raya bagi memastikan diri mereka dan orang lain selamat
  • menjadi pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang, sabar dan bertimbang rasa.

Di tahap yang bersesuaian, kanak-kanak dan remaja akan diajar:

  • tentang bahaya, perkara yang mendatangkan bahaya, risiko dan pengurusan risiko,
  • pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memastikan mereka selamat,
  • bagaimana untuk membina dan mengekalkan sikap yang positif terhadap keselamatan jalan raya.

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya diadakan untuk membantu melindungi kanak-kanak dan remaja dari bahaya yang wujud di jalan raya dan juga mengajar mereka untuk menangani situasi jalan raya yang kompleks dengan selamat sebelum dan semasa melakukan perjalanan secara berdikari.


PKJR diperkenalkan ke dalam sekolah rendah dan menengah secara berperingkat-peringkat, bermula dengan Tahun Satu pada tahun 2008. Ia akan dilaksanakan di semua sekolah menjelang tahun 2011, pada semua tahap kecuali pelajar Tingkatan Tiga dan Lima. PKJR diajar dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk memperkukuhkan kemahiran keselamatan jalan raya dan mempertingkatkan kemahiran bahasa tanpa beban mata pelajaran tambahan kepada pelajar.


Source: Laman Web PKJR


Apa yang gue bold kan td just nak menegaskan bahawa PKJR bukan subjek baru cuma elemen baru yang dimasukkan dalam subjek BM. Mengikut apa yang dibincang dalam kursus ia diajar cuma 30 minit atau 1 waktu dalam seminggu iaitu dalam subjek BM. Maksudnya pada masa itu, dalam waktu BM musti ada unsur2x PKJR. Sebagai contoh, kalau that day cikgu mau ajar bebudak buat ayat tunggal, kata hubung dan mcm2x lagi tatabahasa BM, contoh bagi setiap yang diajar musti ada unsur PKJR.

Berbalik kepada kursus yang gue hadiri, sepanjang 3 hari ni memang interesting coz dapat berkenalan dengan guru2x otai sekolah lain bertukar-tukar pandangan dan sebagainya. Off course spanjang 3 hari kursus makan memang pergh best. Buffet katakan. Anyway, pegawai yang beri kursus pun ok and cara penyampaian yang diberi memang ringkas tapi padat. Pendek kata superb.

Well I guess I'm looking forward to attend more courses in the future. !


0 Response to "Kursus Pendidikan Keselamatan Jalan Raya"