Kanak-Kanak Sekolah Rendah dan Pengaruh Muzik Indon

Muzik adalah merupakan suatu anugerah yang tak ternilai yang dikurniakan tuhan. Ia boleh menenang jiwa orang yang mendengar ( bergantung kepada jenis muzik dan orang mendengar), meransang mood seseorang malah boleh menjadi sumber rezeki pada seseorang. Apa yang gue nak stresskan ini ialah uniknya perhubungan muzik dengan kanak-kanak. Secara umumnya mengikut pemerhatian gue, kanak-kanak memang mudah tertarik dengan muzik. Sebagai contoh, mengikut situasi masyarakat setempat yang gue diami, kanak-kanak bila dimainkan lagu Indon seperti lagu Madu begitu cepat "menangkap lirik lagu" tersebut.



Madu



Kadang-kadang, murid-murid tak kira di mana kawasan mereka berada boleh menggemari lagu yang sama. Semasa gue menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) dan juga Praktikal ketika bergelar guru pelatih, lagu yang paling glemer di kalangan murid-murid tempat gue menjalani ROS mahupun Praktikal ialah lagu "Ketahuan" by Matta Band. Yang uniknya jarak sekolah gue menjalani ROS dan praktikal ialah jauh kira-kira 150 km malah merentasi 2 bahagian negeri iaitu Kuching dan Sri Aman. Malah berdasarkan respon dari rakan-rakan guru pelatih gue yang menjalani praktikal di kawasan berbeza seperti daerah Simunjan, Betong mahupun Lubok Antu rata-rata mereka mengakui bahawa murid-murid di sekolah mereka meminati lagu "Ketahuan" dan boleh mudah sahaja menyanyikan lagu tersebut.



Matta Band-Ketahuan

Mengapa this kind song senang diminati dan dinyanyikan oleh murid-murid? Gue rasa ini faktornya based on observation gue:

  1. Lagu ni catchy dan senang disebut budak2x
  2. Selalu dimainkan di radio
  3. VCD karaoke lagu ini senang didapati (However mostly pirate).

Sekarang pula, lagu yang glemer di kalangan murid di sekolah gue dan juga di Bahagian Sibu (agaknya) ialah lagu "Puspa" dan "Cari Pacar Lagi" by ST12 band. Tapi lately gue mendapati hasil perbualan gue dengan beberapa member sekerja dahulu juga mendapati bahawa lagu ini slowly gain popularity di Kuching, even kepulangan gue yang sekejap ke town baru-baru ini mendapati anak buah gue yang darjah 3 dengan leng-leng (senang) sahaja menyanyikan lagu puspa ini.



ST12-Puspa-



ST12- Cari Pacar Lagi


Gue rasa our local music boleh juga jd hit di kalangan budak2x if lagu dia catchy and liriknya senang disebut dan diikuti. Lagi satu if our local radio mengamalkan dasar keep on playing local songs (yang catchy dan rancak) berulang-ulang i guest dia boleh juga menjadikan local songs hits among pupils. Apapun itu just my 5 cents opinion

2 Response to "Kanak-Kanak Sekolah Rendah dan Pengaruh Muzik Indon"

  1. Yazid Husain says:
    April 13, 2009 at 4:36 PM

    kanak-kanak bagaikan sehelai kain puteh

  2. Cikgoo Jasz says:
    April 17, 2009 at 9:50 PM

    ya betul tu. that's y bila tegur kena lembut tapi tegas. Kitalah secara tidak sedar yang membentuk peribadi mereka