Just My 2 Cents........

Baru-baru ini, gue ada terbaca satu tajuk akhbar di surat khabar arus perdana yang membuat liputan pemilihan organisasi baru parti. Apa yang menarik perhatian gue ialah apabila salah satu dari ahli yang baru dilantik meminta supaya golongan pendidik (dari kumpulan A) dibenarkan memasuki politik dengan alasan suatu ketika dulu golongan pendidik adalah merupakan pencetus kebangkitan nasionalisme menentang penjajah suatu ketika dahulu.

Menurut beliau lagi diharapkan dengan adanya kemasukan golongan tersebut, adalah diharapkan golongan ini dapat mencetuskan lagi semangat nasionalisme serta memantapkan parti yang disertai. Begitulah gaya berdasarkan kefahaman gue tentang apa yang gue baca. Pada pendapat gue, sebagai insan baru dalam dunia pendidikan, gue sebenarnya kurang bersetuju dengan apa yang dicadangan dan tujuannya pula atas dasar beberapa sebab:

  1. Banyak lagi agenda dalam sekolah seperti pembangunan sahsiah dan intelek murid yang perlu diperingkatkan. Sebagai golongan yang menjadi kumpulan perancang kemajuan pendidikan, mereka ini amat diperlukan dalam memberi inspirasi kepada golongan pendidik biasa supaya lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh. Kalau dah sibuk dengan politik, mana ada tumpuan yang optimum untuk memantapkan bidang pendidikan
  2. Tak semua pendidik dalam kumpulan ini mempunyai kecenderungan hala tuju politik yang sama. Cikgu A parti ayam, Cikgu B parti itik, sudah semestinya akan berlaku keributan di lain hari. Cuba pikir dalam suasana iklim politik di negara kita, sedang ahli keluarga pun boleh bergaduh akibat perbezaan politik dan sampai satu tahap kronik putus sedara, inikan perbezaan fahaman antara 2 guru kan (Tak tau apa bentuknya tapi pasti ada). Musti akan berlaku hubungan xprofesionalisme sesama dua insan pendidik yang berlainan fahaman
Jadi ada banyak lagi masalah tapi gue rasa ini dua yang mungkin2x berlaku. Hopefully ianya tidak menjadi kenyataan.




2 Response to "Just My 2 Cents........"

  1. Yazid Husain says:
    April 9, 2009 at 1:35 PM

    betul itu setuju dengan pendapat anda

  2. dariremus says:
    April 17, 2009 at 9:58 PM

    hahaha. Luckily dia tak jadi menteri KPM lagi