Cigku Bidayuh

Sepanjang gue berada di sekolah gue mengajar di sebuah pekan ulu yang lagi permai, gue telahpun mencuri sedikit masa gue untuk melihat persekitaran sekeliling pekan gue ini. Pekan tempat gue mengajar dikenali sebagai Nanga Dap. Boleh tahan jauh juga dari Sibu. Ada dua cara untuk pergi ke sana. Yang pertama pakai jalan air dengan mengambil bot ekspress dari pekan Kanowit (atau lebih glemer dengan nama Inggerisnya Can Not Wait) dan ia mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke jeti Pekan Nanga Dap. Tak mahu pakai jalan air, boleh juga pakai van sapu dari bandar Sibu tapi sampai tebing sungai BAtang Rajang dan kemudian melintas la ke seberang pakai perahu. Aik ada juga pakai jalan air. Pendek kata cuma dengan kenderaan air sahaja yang boleh sampai ke Pekan Nanga Dap.

Pekan Nanga Dap ni tak la besar sangat. Ia just terdiri daripada 2 deret rumah kedai kayu yang mana dalamnya cuma lebih kurang 10 buah kedai sahaja yang aktif meliputi kedai runcit sehingga kepada bengkel repair motor bot sangkut. Tauke-tauke di sini pula ada yang sudah berkahwin dengan orang tempatan di sini seterusnya mewujudkan generasi anak-anak Ciban (Cina+Iban).Tapi yang pasti tauke-tauke di sini sangat mahir berbahasa Iban seperti Cina Kelate kecek Kelate. Aktiviti penduduk di sini pun santai sahaja. Pekerjaan utama sudah smestinya bertani dan ada juga yang menjadi pekerja kontrak menyiapkan bangunan sekolah baru SMK Nanga Dap. Dengan siapnya sekolah itu nanti para pelajar tidak perlu lagi pergi menuntut ilmu sehingga ke Bandar Sibu, dengan sekolah menengah terdekat pun terletak hampir 45 minit dari tebing sungai. Aktiviti malam dan senja penduduk di sini pun biasa-biasa sahaja. Pada malam hujung minggu, kebanyakkan akan kedai kopi akan dipenuhi dengan golongan warga emas mahupun dewasa yang kusyuk bermain daun dan juga mahjong.Yalah mau tengok tv pun generator di rumah bukan sampai lewat malam pun pasang.

0 Response to "Cigku Bidayuh"