Cigku, Aku Nak Nemu...

Bak kata GB sekolah gue, Dalam banyak-banyak matapelajaran yang diajar, subjek bahasalah yang paling susah diajar dn digeruni oleh guru-guru." Gue pun mengakui kebenarannya. Itulah masa gue apply KPLI, gue tak pilih opsyen BI mahupun BM kerana gue tahu bukanlah senang untuk mengajar subjek bahasa. Sebabnya mudah sahaja. Dalam mendalami semua ilmu pengetahuan di dunia ini, pertama sekali seseorang itu musti pandai dan mahir menguasai bahasa. Dengan kata lain, bila dia sudah pandai berbahasa, kemahiran berbahasa seperti membaca menulis adalah seperti kacang putih sahaja. Bila sudah pandai baca dan menulis, subjek lain seperti Sains dan lain boleh dikatakan seseorang murid itu boleh luluslah. Kalau dia gagal maksudnya dia tak baca atau studi. tapi kalau sudah lemah membaca dan menulis, sudah tentu subjek yang lain harapan untuk lulus bagaikan telur di hujung tanduk....

Ketika gue diberi kepercayaan untuk mengajar subjek bahasa, gue berasa gelap gulita untuk beberapa saat. Tapi gue terima sahaja dengan hati terbuka kerana nak ajar subjek lain mcm moral, KT dan sivik, syllabus suma dalam bahasa Cina dan sudah semestinya gue tidak mau menggangu struktur utama sekolah tersebut. Dengan berbekalkan semangat yang ada gue, mengajar BM tahun 2 dan 1, sementara BI gue kontrak hampir suma kelas kecuali darjah 2 dan 6 yang diajar oleh GB. Salah satu cabaran yang besar bagi gue ialah apabila gue mendapati kelas yang gue ajar bahasa itu kebanyakan lemah membaca. Justeru itu bagi tahap 1, gue memperuntukkan kira-kira 20 minit pada masa terakhir untuk mengajar suku kata. Mengajar budak2x membaca bukanlah sesuatu yang mudah. Acapkali juga gue hilang sabar apabila budak2x lupa ejaan walhal gue sudah mengajar suku kata yang sama untuk beberapa kali dan hari. Bagi insan yang sudah berusia 20an, sudah semestinya gue darah panas gue boleh mencapai tahap didih adakalanya. Gue akui itu merupakan kelemahan gue kerana gue perlu lebih lebih banyak bersabar walaupun budak2x ni masih tak dapat huruf A B C walaupun diajar beberapa kali. Itulah tanggungjawab yang gue harus pikul sejak gue menjadi cigu. Bak kata GB, "Tak payah kamu target budak suma dapat A. Target kalau dia buta huruf, mesti cuba buat dia kenal huruf. kalau dia pandai baca, suruh dia lagi terer". Bila pikir balik maybe gue kadang2x sedikit stress kerana target tinggi gilak, ataupun pengajaran terlalu advance. Bak kata lecturer BI gue yang observe gue masa gue jadi pelatih, "You should lower your level of teaching as low as possible when you deal weak kids."

Kata2x lecturer gue itu telah membuatkan gue lebih cuba untuk bersabar banyak2x wpun kadang kala gue berus juga budak2x yang nakal dan malas. Cuma best juga jadi guru yang garang. Kids tak berani buat benda yang bukan2x dalam kelas. He3x. Gue garang dalam kelas ja. Petang2x gue akan main-main basketball juga dengan murid gue. He3x.............

Moral sini, kerja guru perlu kesabaran tinggi................................ kerana ajar murid membaca ibarat menanam pokok durian. Ambil masa untuk reap hasil...


Cigku, Aku Nak Nemu = Teacher, I don't know.

3 Response to "Cigku, Aku Nak Nemu..."

  1. Sumuk says:
    January 28, 2009 at 10:51 AM

    :D, i like reading your post. I already link you, so I can be kept updated if u don't mind. Keep up your 'usaha murni'..

  2. rantong says:
    January 28, 2009 at 3:02 PM

    Sekadar ingat mengingatkan. Doa Qunut Nazilah

    “Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

    Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

    Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
    Sumber: JAKIM
    View Profile: Rantong

  3. Yazid Husain says:
    January 29, 2009 at 10:46 AM

    wah gilalah

    mengajar bahasa. taniah cikgu.

    mungkin pelajar engkau hendak pupu