Alkisah Permulaan Hidup Seorang Guru

Ketika post blog ini ditaip, gue sudahpun bergelar "cigku" selama beberapa minggu. Memang tak terasa kerana masa seperti berjalan dengan pantas. Baru semalam sahaja gue terasa gue ni mendaftar sebagai pelajar KPLI opsyen Sains di IPTAR. Pergh pantasnya. Gue sebenar bertugas di sebuah sekolah cina yang terletak di ulu kanowit. Sekolah Cina? Ulu? He3x sebenarnya sekolah gue namanya saja sekolah cina tetapi majoriti pelajarnya ialah budak iban. budak cina yang ada pun anak2x tauke yang berniaga di pekan kecil. Ketika mendapat surat tawaran gue berasa "nebes". Bukan kerana gue takut dapat ulu, tapi gue dapat sekolah cina. walaupun gue ni mempunyai surname cina dan mempunyai separuh darah cina di dalam badan, tetapi gue rasa gue ni lebih kepada darah bidayuh. Tambahan pula gue mendengar khabar angin yang mengatakan bahasa pengantar di sekolah cina adalah mandarin. ada lah sehari dua gue tidak senang duduk.

So gua memulakan perjalanan hidup gua pada hari pertama 2009 dengan pergi ke bandar Sibu. Next daynya, gue membawa diri gue ini bersama dengan kwn seKPLI gue pergi ke opis pelajaran kecil daerah kecil bahagian Kanowit untuk melapor diri sebagai cikgu. Di sana, pegawai di sana sempat juga memberi nasihat yang gue rasa berguna juga. Sebelum gue "chow" dari sana sempat juga gue bertanya samada ok ke tak gue ajar sekolah cina memandangkan gue tak da basic mandarin, the pegawai cuma mampu berkata, " kamu pergi dulu lapor diri dulu tengok apa yang berlaku." Well, dia pun heran juga macam mana gue boleh dapat skul cina. Maybe dah panggilan gue supaya memulakan karier di skolah cina. Lepas selesai lapor diri, gue pun telepon GB. Nasib baiklah GB gue ni jenis yang bukan banyak songeh. Tambahan pula beliau telah bertugas di sekolah di ulu-ulu yang sumanya SK. Ayat paling best daripada that GB, "SAYA PIKIR HA, INI PERTAMA KALI DALAM SEJARAH, GURU BUMIPUTERA MACAM KAMU 1ST POSTING DAPAT SEKOLAH CINA". That GB also juga men"suggest"kan after I confirm, a year after this (n juga sah jwatan) supaya minta transfer. OK juga tapi gue tak juga mengharap sangat. Pengalaman yang lepas telah mengajar gue supaya jangan terlalu berharap pada janji yang nampak meyakinkan. Cakap lepas setahun boleh kompom tapi tak kompom juga. Tapi if da GB mengotakan janji untuk mensahkan jawatan gue next year (dengan syarat gue buat kerja gue sbaik-baiknya la n itu sudah mesti!) pada tahun ketiga (paling awal) gue boleh chow.

Berbalik kepada cerita, gue dan GB bersama-sama guru2x amoi yang baru pun memulakan perjalanan menuju ke sekolah pada awal pagi Sabtu dengan menggunakan van sapu. Gue rasa dekat sejam juga gue berada dalam van sapu. Sampai di pengkalan gue pun menaiki perahu untuk menyeberangi sungai. Huyo, dengan Batang RAjang yang mempunyai kelebaran yang nak dekat 1 batu, adalah gue rasa dekat 15 minit baru sampai ke seberang. Sampai di seberang gue membawa barang gue pergi ke sekolah. Di sana gue ditempatkan di sebuah bilik kayu yang kosong. OK la gue tak kisah janji ada tempat stay. Lagipun dalam skul so gue dapat juga menggunakan kemudahan elektrik 24 jam sekolah. Maklum pekan Nanga Dap mana ada elektrik. Elektrik sini suma pakai generator termasuk sekolah SK n SJK, cuma skolah ini dua sahaja yang elektrik 24 jam. BAk kata GB, "Kalau dapat gaji pasang lah aircond mcm saya'". Ho3x.

Lepas ja berik buku teks kepada murid-murid dan juga mesyuarat staf, seperti yang dijangka, memandang gue tak fasih mandarin dan "buta huruf", gue telah diberi subjek BM, BI, PJ, PS dan sedikit kelas Sains. Kelas Sains ini pun untuk membolehkan gue mendapat elaun ajar Sains in BI. Wpun sains diajar dalam BI, di sekolah cina mereka memperuntukan setengah masa sains itu untuk cina dan setengah lagi untuk BI. Begitu juga dengan Math. Gue menerima apa yang diberi dengan tanpa masalah. Tak boleh complain wo. Lagipun bukan disuruh terjun sungai pun. :P. Secara keseluruhannya jumlah murid yang belajar di sana cuma 40 orang sahaja. Jadi, semua murid gue kenal. Murid pun ok, dan macam biasa hormat pada guru. Di bandar pun ramai yang hormat, cuma bilangan yang tak hormat nampak ketaralah. Paling mencabar bila ajar BM dan BI kerana gue akan menerima 2 jenis murid tak paham. Pihak 1 yang tak paham ialah daripada golongan murid kaum Iban. Tapi kalau dorang tak paham boleh juga gue explain dalam bahasa Iban gue yang pelat2x. Pihak 2 yang tak paham pula ialah daripada golongan murid kaum Cina. Kalau mereka xpaham, gue pastikan dorang ni paham dan boleh cakap Iban atau tidak. (Orang Cina yang tinggal di ulu fasih ckp Iban wo). Kalau ada yang tak tau, gue akan suruh murid Iban yg phm untuk explain untuk dorang dalam mandrin. Paling parah bila masih tak tau. Jadi paling senang gue suruh dorang pi bilik guru coz gue boleh minta bantuan guru2x cina yang lain untuk explain. Tapi so far blm pernah yang datang. Segan kot. ho3x.

Akan tetapi, gue akan cuba juga untuk minta transfer. Bukan sekarang tetapi bila sampai waktu dan masa..... ho3x.

0 Response to "Alkisah Permulaan Hidup Seorang Guru"