Aku, Rindooo dan Line Telepon

Hari ini hari Isnin and its suppose to be Monday bluesss bagi kebanyakan warga pekerja. Thank God Hari Pekerja falls on Sunday so apa lagi adalah another extra holiday. hohohohohoho. Bagi gue ini kesempatan yang baik untuk lepak2x di bandar Sibu dengan 1 hari cuti ekstra. Boleh juga berhubungan dengan dunia "luar". hohohoho

So untuk posting kali ini gue nak share mengenai line telefon. Kalau dulu cabaran utama bagi para pendidik yang mengajar di pedalaman ialah air dan elektrik, tapi sekarang generasi tenaga pengajar muda cabaran utama pada perkiraan gue ialah sistem komunikasi terutama talian mobile phone. Almaklumlah line telepon kan sdah menjadi suatu medium untuk bersosial, mengeratkan hubungan dan lain-lain lagi. Kalau nak cakap masalah air, ada sekolah yang bekerjasama dengan kampung atau rumah panjang berhampiran berkongsi sumber air graviti or air gunung. Kalau nak cakap masalah elektrik bekalan elektrik 24 jam (ketika posting ini dibuat) dibekal thru genset. Kalau cakap masalah tv pasang astro or parabola dah setel semuanya..

Cuma masalah line telepon yang menjadi cabaran utama coz kalau takda menara pemancar, jangankan nokia 3310 iphone or blackberry pun boleh dijadikan hiasan sahaja di atas meja. Namun begitu, ada sekolah yang boleh menerima line telephone biarpun signalnya barangkali cuma memadai untuk sms sahaja. Cuma cabarannya mungkin kena berdiri pada spot tertentu mcm di tepi tebing sungai, kawasan atas bukit or kawasan tanah lapang.. Mcm kat sekolah gue, nak dapat line maxis kena berdiri sama di tebing sungai or kat jeti. Kalau line celcom dand digi lagi besh, iaitu kena cun2x dibawah pokok durian. That's y masa musim buah durian aritu gue jarang menelefon coz strategic spot gue ada "jerangkap samar dari atas".


Suasana biasa kat sekolah gue. Nak cari line kalau tak tepi jeti or kat tebing sungai

Kalau mau line maxis... pi kat jeti pun dah ok..


Kalau nak dapat line celcom or digi kena diri cun2x dekat bawah pokok durian seperti yang ditunjuk oleh anak panah. hehehehe


Kalau di kampung gue dulu masa xda line tower, ada warga kampung gue buat menara cari line telefon pakai kayu dan buluh saja. Tapi ngeri juak nak panjat untuk cari line coz tingginya sahaja senang-senang sj cecah 30 kaki. Tapi kat sekolah lama gue dulu, penduduknya agak "macguyver" sikit. Dengan berbekalkan ariel tulang ikan, buluh galah setinggi pokok pinang serta kabel wayar astro or parabola, sudah cukup memadai untuk dapat line. Boleh bergayut kat rumah. tak perlu susah-susah pergi tebing sungai. Gue pun ada bercadang nak buat tapi bila pkir jumlah panjang kabel astro yang diperlukan sangat panjang dan kosnya sahaja nak dekat rm 20o, gue kensel terus niat gue. hohohohoh.





P/s: Tak terlambat gue nak ucapkan selamat hari pekerja kepada semua pekerja di Malaysia. kalau kita mengeluh pasal beban kerja kita, takpa and its better dari kita runsing takda kerja. hohohohoho

2 Response to "Aku, Rindooo dan Line Telepon"

  1. mis_hareena says:
    May 2, 2011 at 8:48 PM

    nnddukk bah....kasihan nya sama kamu orang di sana....mmg pedalaman sungguh teda line talipon. mmg pengorbanan seorang cigu lah...selamat hari pekerja to you! =)

  2. Cikgoo Jasz says:
    May 7, 2011 at 11:50 PM

    hoho thank u jee