AKu dan Suratkhabar

Tatkala posting ini dihasilkan gue tgh mengarang nota serah tugas. Untuk makluman pembaca, nota serah tugas ini dibuat sekiranya seseorang penjawab awam itu bertukar stesen bertugas. Ia berfungsi untuk memudahkan 2 pihak iaitu pihak pengurusan, untuk menyerahkan tugas kepada sang penyandang dan sang penyandang pula dapat mengetahui apakah peninggalan tugas yang dilegasikan kepada beliau si penulis nota serah tugas. Kalau gue tengah menulis nota serah tugas, ya gue akan meninggalkan stesen gue bertugas ke stesen yang baru. hehehehehe

Ok cukup cerita nota serah tugas, untuk posting kali ini gue nak share sikit mengenai satu benda yang kiranya normal tetapi dah wujud for few centuries iaitu newspaper. Saja gue isi masa lapang gue pada masa ini. Newspaper @ kabare@ koran dan sewaktu dengannya memang dah sebati dengan kehidupan masyarakat kita. Sepanjang gue wujud di muka bumi ini, newspaper nampak bermakna di mata gue seawal gue tujuh tahun. Tetapi cara membaca newspaper gue or perspektif gue terhadap newspaper juga berubah mengikut perubahan usia gue. Maka gue akan bahagikan kepada few segmens so that u all know my reading pattern.


Usia 7-12 Tahun

Kenapa gue bagitau yang gue mengenali newspaper secara bermakna pada usia 7? That's because gue sudah boleh membaca dengan meaningful pada usia 7 tahun. Jadi newspaper yang menjadi pilihan gue sudah tentulah Berita harian dan Utusan Malaysia kerana gue sudah boleh membaca in BM. Malang sekali kat rumah gue xdapat baca selalu those papers coz my mum biasanya akan beli newspaper BI (The Borneo Post) coz dengan alasan tak puas baca the content. Bukan apa gue belum dapat membaca secara bermakna in BI. So bila masa dapat baca newspaper BM? Masa gue pi sekolah coz pakcik van yang sent gue ke sekolah selalu beli paper Berita Harian dan UTUSan Malaysia.

Kalau gue dapat newspaper section pertama yang gue buka ialah sports section. Cari berita pasal pasukan bola sepak Sarawak. Well that time local league adalah seperti EPL. Publisiti pun meluas. The players mcm star status.Kalau buka saja paper sukan The Borneo Post result bola team Sarawak dah hampir cover new page.Kalau sekarang hmmm result pun saiz ciput and analysis after game adalah di page nombor 2 tak kira home or away match. I guess cuma Utusan Sarawak masih bagi berita kat first page.

Sebut pasal UTusan Sarawak, ia adalah merupakan newspaper alternatif bagi gue kalau nak baca paper in BM. Salah satu sebab utama juga ialah kerana content mengenai berita team Bujang Senang nampak more exclusive. hehehe. Back in 91, antara local newspaper yang wujud di Sarawak seingat gue ialah The Borneo Post, Sarawak Tribune, Utusan Sarawak, The Borneo Sun dan People's Mirror. Tapi yang bertahan sehingga kini cuma The Borneo Post, Sarawak Tribune (kemunculan kembali after contreversial issue being published), dan Utusan Sarawak.


Usia 13-17

At thIS time my reading pattern dah ada sedikit perubahan, dari cuma baca sports section kepada section baru iaitu entertainment. Thanks to my English teacher back in MRSM Kuching, gue mula membaca paper BI dengan kerap coz masa English, cikgu English ada juga menggalakan gue baca The News Straits Time and at the same time menggunakan newspaper cuttings as part of their teaching aids. At the same time pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk membuat notis board di sepanjang laluan yang menghubungkan bangunan sekolah ke bilik guru. Makanya notis board ini bertindak sebagai pelindung ketika hujan lebat (bahagian luar) dan bahagian dalam ialah tempelan suratkhabar tempatan, (Berita Harian dan Utusan Malaysia). Sambil berjalan, we all berpeluang melihat apakah berita terkini dalam dan luar negara.


Usia 18-22

This time of period is a transition of me from being a student to a member of society (ala-ala golongan pekerja la tu). Pada 3 tahun pertama tempoh ini, memandangkan gue menuntut di UMS, gue biasanya membaca surat khabar tempatan seperti Daily Express, Sabah Times dan sudah tentunya The Borneo Post (Edisi Sabah). Untuk berita nasional, gue biasanya membaca di hujung minggu coz biasalah masih lagi student, every penny counts. hehehe. Tapi bila masuk tahun terakhir di U, gue cuma membaca paper online sahaja (coz gue ada internet access dlm makmal tempat gue buat final year project) and this habit continue until now tapi not for local papers. Bila gue tamat belajar, persepsi gue terhadap newspaper telah bertambah dari cuma hendak mengetahui berita dan isu semasa kepada lubuk mencari lobang-lobang kerja bak kata AR Tompel dalam cerita Laksamana Do Re Mi. For the first 3 months gue beli 4 naskah newspapers on daily basis iaitu The Borneo Post, The Eastern Times, The New Strait Times dan paling penting The Star (The Star ni best coz bnyk iklan kerja). Syukur pada Tuhan, gue dapat juga kerja selepas itu tetapi tidak melalui suratkhabar tetapi melalui "randomly write-in" serta mouth to mouth.


Usia 23-sekarang...

Kali baru gue berani katakan gue dapat kerja gue sekarang melalui suratkhabar selepas gue apply KPLI after terbaca iklan KPLI kat The Borneo Post. Memandangkan gue penjawat awam, gue memang hari-hari baca paper online untuk mengetahui dasar terkini kerajaan spaya gue sentiasa up to date lebih-lebih lagi pasal isu pendidikan. Mcm pengumuman mewajibkan sejarah sebagai subjek wajib lulus dlm spm, gue dapt tahu dari newspaper juga.

Maka sekianlah sahaja posting gue dgn newspaper. Akhir kata bacalah newspaper dengan kerap.

0 Response to "AKu dan Suratkhabar"