Majalah Kartun



Baru-baru ini gue cenderung untuk membeli majalah Gila-gila sebagai bacaan santai gue. Pada perkiraan gue majalah ini kiranya majalah kartun@humor paling otai in this country coz majalah ini telah wujud even before I was born.

Seingat gue, gue telah membaca majalah ini sejak di bangku sekolah rendah lagi seawal darjah tiga. Pada masa itu internet adalah sesuatu yang asing manakala satelit tv belum wujud lagi. Masa inilah majalah humor, komik serta majalah berbentuk rencana seperti Variasari berkembang serta mencatat jualan yang memberansangkan. Sebagai bukti sampai iklan majalah Gila-Gila diiklan di kaca tv. Begitu juga dengan iklan komik Dragon Ball. Gue mula-mula beli komik ni pun selepas tgk iklan kat tv tapi pada masa tu komik dragon ball di kenali sebagai Mutiara Naga. Hehehe.

Berbalik kepada majalah Gila-Gila, ia secara normalnya diterbitkan 2 kali sebulan yakni pada 1hb dan 15hb setiap bulan. Tetapi pada masa sekarang, pengeluarannya ialah sebulan sekali. Apa yang menarik perhatian gue pada majalah ini ialah it is not a type of mags that we can read in one go. Gue ada habit bila beli majalah ini ialah gue baca few columns of the mags in a day and continue to read the other column on the next day sampai abis.

Antara column@ siri kartun yang gue baca seperti Pendekar Jaki, de campus, Malaysia Meriah, once upon a time and English 123. Antara kartunis GG yang gue minat ialah seperti Asan, Aza, Nuds serta Bob Asri. Tapi paling mantap punya lawak ialah by Kartunis Asan. In my opinion dia seperti Stephen Chow versi kartun. Hehehez

Sekitar tahun 80 an mahupun 90an, majalah Gila-Gila ini telah diberikan saingan yang mantap oleh majalah kartun yang lain seperti Gelihati, Gelagat dan Ujang (ada juga yang lain tapi gue xingat). Pada masa itu, gue bertukar arah meminati majalah Ujang selepas gue membaca siri Murahguru Tandoori Payat. Selain itu, gue juga meminati siri seperti Budak Hostel, Kampus Life serta kolum Asal Usul. I stil l remember that I used to tell the other kids in the school van how karipap, California, mahupun Brazil dapat nama selepas gue membaca kolum asal usul. Kool kan?

Salah satu keunikan majalah Ujang ini ialah hampir 3/4 kartunisnya menggunakan nama samaran berasaskan tumbuhan seperti Ubi, Bawang, Sireh dan lain-lain lagi. Dari segi poplariti, gue rasakan kartunis di Majalah Ujang ni mungkin lagi mantap coz mereka siap mengeluarkan siri tv dan juga album lawak (Pujaan Sirap).

Ledakan majalah berbentuk manga seperti Gempak dan Kreko pada lewat 90an dan awal millenium menyebabkan gue kurang membeli majalah Gila-Gila dan sewaktu dengannya. Faktor utama ialah gaya penceritaan yang lebih urban serta stroke lukisan yang menarik kerana pengaruh manga yang menebal di kalangan pelukis dalam majalah komik Gempak itu sendiri. Kreko lebih kepada kompilasi manga-manga dari Jepun itu sendiri.

Sekarang bila dah keja ni gue jarang beli komik. Ada duit sendiri tapi tak beli pula. Well memang ada duit tapi hala tuju penggunaan duit itu pun sudah berubah. Namun begitu seperti yang gue mention di awal posting lately jer gue start beli majalah Gila-Gila. As for majalah Gempak, gue cuma beli siri dalam majalah itu yang telah di kompilasikan menjadi buku komik terutamanya nukilan Zint seperti Under 18, Cheap Shot, dan lain lain.

Bukan apa, resit pembelian buku dan majalah kan boleh digunakan untuk tax relief. hehehe


0 Response to "Majalah Kartun"