Muzium Peringatan Hospital Law King Howe.

Dua minggu yang lepas, kakak gue telah meminta gue untuk meng"upload" gambar yang diambil oleh gue ketika gue membawa bonda dan anak buah gue ronda-ronda di Muzium Peringatan Hospital Law King Howe sewaktu cuti sekolah bulan 6 yang lalu ke emailnya bagi tujuan kerja. Memandangkan gue dah compress gambar-gambar ni baik banyak punyer, so gue pun terpikir, " Better I post the pix in the blog". Maka terhasillah posting ini. hehehe

Well Muzium Peringatan Hospital Law King Howe ini merupakan salah satu tempat bersejarah di Bandar Sibu yang boleh korang lawati sekiranya you all melancong ke Sibu. Kiranya this muzium merupakan salah satu produk pelancongan bagi Sibu lah. Apa yang menarik pada muzium ini ialah ia kiranya muzium hospital yang pertama seumpamanya di Malaysia. Tambahan lagi bangunan muzium ini sememangnya asal bangunan hospital pun yang beroperasi sejak tahun 1936 sehinggalah pada tahun 1994-1995 apabila hospital Sibu yang sekarang ini mula beroperasi.

Pada masa yang sama muzium ini juga dibina untuk memperingati jasa mendiang Law King Howe yang memainkan peranan besar dalam menubuhkan hospital sekaligus meningkatkan kualiti kesihatan para penduduk sekitar bahagian Sibu pada masa itu. Jadi layan yer gambar yang gue upload di bawah.....


area luar

buka pintu u all akan jumpa this seksyen.

patung mendiang Law King Howe

Sejarah mendiang Law King Howe

Sejarah hospital




Basically dalam muzium telah dibahagikan beberapa segmen mengikut jabatan yang ada di Hospital seperti unit makmal, unit farmasi dan sebagainya. Ini memberikan info kepada kepada pengunjung on the history of the hospital serta pada masa yang sama how the hospital function as one system.




Ruangan Surgical




Ruangan Radiologi Service




Ruangan Lab Service

Ruangan Materniti


Ruangan Nursing

Ruangan Farmasi Service


Ruangan Sterile dan ICU


Antara surat, dokumen, bahan ilmiah serta pelan yang dipamerkan

Untuk info lebih lanjut mengenai muzium ini, anda boleh klik site di bawah ini

http://borneotip.blogspot.com/
http://sarawakiana.blogspot.com
www.virtualmalaysia.com

0 Response to "Muzium Peringatan Hospital Law King Howe."