Baru-baru pada 23-25 Jun ini telah berlangsung Kejohanan MSSR Daerah Kanowit. Seperti tahun lepas sekolah gue tidak ketinggalan juga untuk menghantar peserta. Tapi pada tahun ini tak ramailah berbanding tahun lepas.
Pada hari pertama telah berlangsung acara bola sepak dan acara padang olahraga. Namun begitu gue tak berkesempatan untuk betul-betul untuk membimbing anak buah gue kerana kebetulan gue sedang menghadiri kursus pemantapan pedagogi ENglish, MBMMBI yang dijalankan pada masa yang sama. Jadi, lepas gue habis kursus, gue terus pi ke stadium untuk lihat anak murid gue.



Suasana dekat venue

Raptai untuk perasmian di esok hari.


Pada hari kedua barulah gue terlibat dengan kejohanan. Agak slack juga selepas perasmian hujan terus turun dengan lebatnya sampai ke petang. Oleh kerana trek banjir dek hujan lebat, maka acara balapan terpaksa di"postpone" ke hari ketiga (terakhir). Namun begitu acara padang tetap diteruskan dengan acara lompat tinggi dijalankan dalam dewan manakala acara lontar peluru di padang bola sepak.












Sebaik sj abis persembahan, tiba-tiba hari hujan lebat untuk tempoh yang lama sampai tengahari...




0 Response to "Aktiviti Sukan Kembali Lagi.."
Post a Comment