Da MoVing Drawings

Kalau pada masa ini gue ditanya apakah produk animasi lokal yang memberikan impak kepada budak-budak sekolah gue, sudah semestinya dengan tanpa segan silu gue menjawab, "Upin dan Ipin". Betul-betul betul. Memang itu yang dapat gue perhatikan pada bebudak ni terutamanya sekali yang tahun 1. Dengan gaya percakapan yang ditiru bulat-bulat sememangnya siri animasi ini mampu mempengaruhi pelat percakapan bebudak. Memang selayaknya kalau Upin dan Ipin dijadikan salah satu bahan ABM BM dengan syarat ia lebih menjurus kepada unsur ilmiah. :P


Upin Ipin


Sebut pasal kartun, gue juga merupakan penggemar kartun sehingga ke hari ini walaupun gue sudah mengharungi separuh perjalanan ke usia dewasa. hehehe. Ingatan awal gue kepada siri kartun ataupun lebih afdal animasi bermula masa gue masih bebudak lagi. Bermula dengan siri mickey mouse sehingga ke merry melodies. (Merry Melodies ni himpunan siri speedy gonzales, ayam besar vs anjing, serta sylvester cat dan tweety bird). Yang ini gue tgk pada pukul 530 petang rtm 1.

Kemudian waktu perang teluk mula2x dan hangat berlaku, gue pun layan kartun awal sikit dari biasa. Biasalah, back in 91 rancangan kartun start sekitar 530 petang coz tv programs pun mula jam 400 petang. Dan pada waktu perang teluk stesen tv3 terutamanya memulakan siaran sekitar 900 pagi untuk berita terkini dan selepas itu adalah cerita kartun Tom and Jerry..

Tom and Jerry


Banyak juga kartun orang putih yang gue tgk juga mcm The Bugs Bunny Show, Beetle Juice, Mighty Mouse, GI Joe, Transformers, Thundercats just to name a few.

Thundercats


Pada masa sama juga kartun jipun pun tak kurang hebatnya seperti Doraemon, Tomatoman, Ayah Kaki Panjang, Kickers dan juga Dash Yonkuro. Tapi kartun jepun ni agak dahsyat karena penayangan kartun jepun ni biasanya akan membawa juga produk mainan sperti cerita DAsh Yonkuro misalnya. Masa tu juga kereta mainan 4wd yang dipasang sendiri menjadi kegilaan bebudak mcm gue.
Anime otai faveret gue

Salah satu sebab budak2x mcm gue dulu bersemangat main bola pada petang Sunday

Dash Yonkuro

Kereta mainan 4wd Dash Yonkuro




Tapi bila masuk sekolah menengah, gue kurang sudah melayan cerita kartun ni. Bukan apa bila duduk kat asrama memang peluang nak tengok tv pun pada hujung minggu. Tapi pada masa itu gue mendapati siri kartun barat dah tak berapa best sangat lah, berbanding cerita kartun jepun. Masa ni, memandangkan gue layan tv cuma di hujung minggu terutama selepas prep pagi, antara siri anime yang gue tgk ialah sperti Samurai x, street fighter, dan pokemon. Tapi pokemon sebelah malam coz pokemon waktunya jam 830 malam kat ntv7.

Pokemon

Tapi kekerapan menonton siri animasi pun memang berkurang jugalah. Mungkin disebabkan perubahan usia yang menyebabkan gue sudah mula menonton bahan2x seperti drama mahupun filem. Tapi gue kembali menonton animasi bila gue berada dalam pertengahan tahun kedua di UMS. Pengkomersilan talian internet yang lebih laju (streamyx) menyebabkan ramai juga rakan-rakan gue kat UMS yang menjadi pendownload anime sekaligus gue pun senang mendapat bahan anime ini. Pada masa ini, siri anime seperti One Piece, Naruto mahupun Bleach menjadi pilihan bebudak U.


Bila gue dah grad and mula menyertai pekerjaan 8-5, gue kurang menonton anime sekerap di UMS. (boleh layan dari pagi hingga ke lewat malam). Biasanya gue akan layan anime tertentu seperti Naruto mahupun Bleach sahaja. Bila dah jadi cikgu ni gue masih juga melayan anime. Old habit hard to die bak kat orang putih. Sesibuk mana gue dalam urusan pekerjaan ekarang , gue akan memperuntukkan sekitar 30 minit sehari untuk menonton anime (sebelum turun ke sekolah or selepas buat lesson plan ataupun mengajar kelas tambahan malam). Ia bagaikan satu tonik yang mujarab bagi gue untuk lebih bermotivasi mengharungi tekanan. Seperti kata Naruto, "Its my way of Ninja" untuk menunjukkan bagaimana prinsip dia untuk menjadi ninja terulung. The sama principle that I apply in my career, "My way of teaching" untuk menunjukkan macam mana prinsip gue untuk penjadi pendidik yang bagus di mata budak2x gue. hehehe.


Naruto

Bleach


Kembali kepada isu animasi ini, kalau ditanya mana satu u suka tgk western or Japan, gue akan jawab japan coz anime skop penceritaan dia lebih luas. Dari genre kanak-kanak hingga ke genre dewasa berbanding kartun barat yang lebih kepada genre budak2x. Kadang2x in real life pelakon sebenar mungkin tidak mampu mempamerkan emosi muka yang dramatik berbanding anime. Jadi perkara ini menjawab persoalan mengapa gue suka menonton anime. hehehe. Kesimpulan tak salah menonton animasi. Yang penting happy. hehehe


P/s: Sikulnet dah leh function mcm biasa. so leh blogging mcm selalu. hehehe

0 Response to "Da MoVing Drawings"