Apa Maksud Ibu Tiri Murid-Murid?

Hari ini hari NILAM. Dalam sistem sekolah Malaysia, it is a must program yang perlu dijalankan oleh pihak sekolah. Bagi sesapa yang xtau what da hell is NILAM, ia adalah singkataan kepada Nadi Ilmu Membaca yang merupakan program untuk memupuk semangat suka membaca di kalangan murid dan ia dibuat satu waktu dalam minggu persekolahan.

Okey, berbalik kepada NILAM minggu ini, ngam ngam ia jatuh untuk minggu membaca Bahasa Melayu. (selain daripada Bahasa Cina dan Inggeris). Maka gua seperti biasa guru bertugas untuk Tahun 1. Memandang murid-murid Tahun gua mostly kureng sikit membaca, makanya tak praktikal sangat untuk suruh dia, "Nah amik kau buku ni baca." Memang ada di antara dorang tak baca punya, selebihnya akan cuma belek2x gambar.

Jadi gue mengambil inisiatif untuk membaca bersama murid-murid. Gue baca dan murid ikut apa yang gue baca. off course gue akan tunjuk juga perkataan yang gue baca so that ada yang slow learner tu pahammmm. Jadi dengan pupils gue yang tahun 1 ni cuma 4 orang sahaja, buku yang gue baca bersama-sama mereka ialah Puteri Salji Merah ataupun nama gelemernya Snow White.

Jadi pada satu babak yang ada mak tiri, so gue berhenti and tanya pada murid gue, "Murid-murid, Mak Tiri tu apa?" Dengan bangganya adalah seorang budak ni dengan konfidennya jawab. "Mak Tiri adalah ibu yang sangattttttttt mangah!" (mangah dalam bahasa Iban garang). Gue masa tu antara mau terkedu mahupun ketawa. Jadi gue pun memperbetulkan maksud mak tiri kat my pupils. "Murid-murid, mak tiri adalah mak baru yang kamu akan dapat bila apai kamu kawen baru atau sikok gik". Then barulah bebudak ni paham.

Well tak dinafikan bila sebut sahaja mak tiri mesti ada orang akan fikir mak baru yang jahat la garang la hitler la. Cannot deny also. Pengaruh ceritera tv and wayang ma.Bila sebut tokoh/ personaliti mak tiri mesti imej ini akan pop up dalam pikiran gue.

Mak Tiri Snow White


Siti Tanjung PErak (Mak Tiri Dalam Bawang Putih BAwang Merah)



Siti Nurhalija. hehehehe






2 Response to "Apa Maksud Ibu Tiri Murid-Murid?"

  1. Anonymous Says:
    August 25, 2009 at 5:34 PM

    saya sebagai penyelaras guru Nilam , merasakan Nilam saya tidak begitu produktif tahun pertama ini....1st posting dapat pegang Nilam yang mana previous year mencatat rekod cemerlang peringkat bahagian...satu tekanan buat hamba...huhuhu....namun, saya yakin cikgu Jason,Nilam saya akan cemerlang pada masa akan datang....bermula detik ini../berkumandang theme NARUTO/hihihi..btw sejak bulan mei lalu, ada unsur keaktifan pada program Nilam saya...syukurrrrrrrrr

  2. Cikgoo Jasz says:
    August 25, 2009 at 10:00 PM

    Ya. Saya yakin kamu boleh. Malaysia Boleh!