Situasi Menang-Menang


Baru-baru ini gue telah menjalankan satu projek baru iaitu notis board sekolah and notus board ini lebih kepada sudut-sudut bacaan dari Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris. Lepas gue mencari bahan untuk Bahasa Inggeris (Bahasa Cina dicari oleh colleague gue), maka tibalah masa gue mencari bahan untuk sudut Bahasa Melayu.

Memandangkan ini projek pilot walaupun bahan buat notis board ni cumalah manila kad, gue seboleh-bolehnya mau juga memberikan something yang menarik tetapi berguna kepada budak-budak ni. so gue masa surfing tadi pun landingla kat blog ni yang mengisahkan cerita rakyat yang biasa kita dengar iaitu Sang Kancil dan Sang Gajah. So ni ada 2 versi seperti yang dikarangkan oleh penulis ni.

Versi 1

Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-siar didalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya.

Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir;

“Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini”

Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa.

Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar.

“Kalau bunyi tapak kaki macamni, ni tak lain, mesti gajah ni!”

Kemudian Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang.

Kemudian sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil;

“Eh sang kancil, tengah buat apa?” Tanya si Gajah.

“Menyelamatkan diri!”

“Dari apa?” Tanya gajah lagi.

“Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam” Balas sang kancil.

Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat.

“Habis tu macam mana nak selamatkan diri?” Tanya si gajah.

“Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita dekat sini”

Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk menyelamatkan dirinya. Kemudian sang kancil pun mengambil kesempatan untuk melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam itu.

“Haha, padan muka engkau, selamat aku” Kemudian sang kancil pun berlalu pergi meninggalkan sang gajah yang masih terpinga-pinga di dalam lubang tadi”.



Versi 2


Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-siar didalam hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke jurang yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya.

Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir;

“Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini”

Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa.

Dalam kebuntuan mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar.

“Kalau bunyi tapak kaki macamni, ni tak lain, mesti gajah ni!”

Kemudian Sang Kancil mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang.

Kemudian sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil;

“Eh sang kancil, tengah buat apa?” Tanya si Gajah.

“Aku terjatuh dalam lubang yang besar inilah, dah berkali-kali aku cuba untuk keluar tapi tak berjaya, bagaimana kalau engkau berjaya tolong aku untuk keluar dari sini, aku akan bagi tebu yang paling besar di dalam hutan rimba ini!” balas sang kancil

“Oh, ye ke, baiklah tapi aku nak keluarkan engkau bagaimana?”

“Cuba engkau tengok sekeliling, mana tau ada dahan kayu ke pokok tumbang ke untuk keluarkan aku dari lubang ini”

“Oh aku Nampak ada dahan kayu”

Kemudian sang gajah menggunakan kekuatannya menolak tunggul kayu dan menggunakan belalainya untuk menolak tunggul kayu ke dalam lubang.

Kemudian sang kancil pun keluar dari lubang itu dan seperti yang dijanjikan, memberikan sang gajah tebu yang paling besar dalam hutan rimba.

Versi pertama ni memang selalu kita dengar tapi versi kedua ni macam. Jadi membaca komen penulis cerita sekali lagi gue berfikir. Apakah gue ingin meng"inspire" my pupils to be smart as Sang Kancil by turning up as a big fat liar in order to live comfortablely or as Sang Gajah yang mudah ditipu.

So gue pilih versi kedua so that my pupils realise winning always or "satu pihak untung and satu pihak lagi rugi" concept is not a must and also actualy not absolute in their live. Dalam perhubungan sesama insan a win-win situation is a more practical and menguntungkan and thats what I want to instil to them through this nice simple story.


3 Response to "Situasi Menang-Menang"

  1. Willie says:
    July 15, 2009 at 2:57 PM

    Yang pertama ya mengajar nemiak menipu. Sik bagus. Yg kedua ya mengajar nemiak ikhlas. Better.

  2. Yazid Husain says:
    July 16, 2009 at 10:43 AM

    cerita teladan memang sesuai

  3. Cikgoo Jasz says:
    July 20, 2009 at 5:14 PM

    To Willie and Yazid


    I pilih versi yang kedua. he3x moral value ma