Alkohol is Good?

Disclaimer: I got the inspiration to produce this entry after seeing a drunken man who couldn't stop speaking "the Queen's language" for more than one hour. LOL


Manusia ialah mahkluk yang istimewa coz manusia mampu melakukan sesuatu yang mustahil yang kadang-kadang agak mustahil dilakukan oleh si pelakunya sendiri pada waktu normalnya. Sebagai contoh pada hari biasa mungkin mustahil untuk seorang berlari pecut pada tempoh yang agak lama, tetapi bila ternampak sesuatu yang kurang disenangi mahupun ditakuti seperti hantu mahupun anjing garang, he or she will amazingly able to speed running in a longer period. Dari segi biologi itu diakibatkan oleh tindakbalas biokimia badan yang membebaskan sejenis hormon iaitu adrenalin yang memberikan "booster" kepada badan supaya dapat berlari dengan pantas lagi tanpa disedari individu tersebut.


Itu dari segi biologi. Kalau dari segi psikologi, gue nak ambil contoh pasukan bola sepak yang dianggap underdog tapi boleh menumbangkan pasukan jaguhan jika bermain di tempat mereka yang bingit dengan sokongan padu penyokong. Kenapa boleh menang sekiranya ikut statistik mereka dah pasti kalah? kadang kala manusia dapat melakukan lebih daripada biasa akibat daripada rangsangan MOTIVASI. Motivasilah yang memacu seseorang individu untuk pergi lebih jauh, to do something better today, compare to yesterday dan berdasarkan fakta inilah gue sekarang menyuntik elemen motivasi dalam PnP gue especially untuk budak tahun 6 gue. Well gue nak kongsi suatu kisah yang agak melucukan ketika gue memotivasikan anak murid gue ini.


Pernah tak masa anda di bangku sekolah (terutamanya sekolah menengah), guru anda memberikan petua-petua menguatkan daya ingatan dari segi pemakanan. Jangan kepala makan ikanlah, jangan makan keropoklah, jangan makan jeruklah, jangan kuat makan benda masamlah. Ini disebabkan makanaan yang kuat acidity nya tidak bagus untuk otak. Dan pada masa yang sama kita disuruh makan kekacang, tempe lah, tauhu lah, and also milk based food kerana these food dianggap sebagai food for the brain. Memang betul kerana kalau ikut masyarakat negara maju macam Jepun, makanan mereka untuk breakfast sahaja memang protein based seperti tauhu ataupun nato. Kalau sushi memang kompom high in protein coz adanya ikan mahupun udang. Kalau orang putih breakfast kalau tak makan telur, mesti dorang makan bacon (daging salai) untuk breakfast. Kadang makan bijiran pun dengan susu segar.

Kadang-kadang cikgu or pakar motivasi pun ada suggest kita makan kismis banyak-banyak coz kismis dikatakan rich in antioxidant. Good for the brain. Gue masih teringat masa sekolah dulu, produk kismis yang telah dibaca dengan ayat-ayat suci penerang hati yang sebesar kotak kismis jenama Ligo yang berharga RM 1 (ten years ago) kadang-kadang boleh mencecah harga RM 5 ke Rm 10!


Berbalik kepada murid gue, gue pun bagitaulah kepada mereka apa yang bagus di makan dan apa yang harus dikurangkan makan. "Kurangkan makan makanan rapu sebab makanan ini ada banyak garam, ajinomoto serta pengawet. Ini tidak kalau kamu pergi ke pekan Ngemah, mesti kamu akan tapau keropok, asam dan jeruk sampai berguni-guni," kata gue yang kemudian diikuti dengan bunyi ketawa murid gue. " Satu lagi, kurangkan ulam benda-benda masam mcm buah mempelam mentahlah, buah aralah di hujung minggu. Tak bagus untuk otak kamu," pesan gue kepada mereka. Sekali lagi dengan muka innocent murid-murid gue tanya, "macam mana cikgu tahu kami suka makan ulam benda masam hujung minggu? sapa bagitau cikgu?" Maka gue dengan selamba menjawab, "Jugau (beruk) sama kera komplen sama cikgu dorang kekurangan makanan di hujung minggu kerana buah ara, asam abis kamu bedal dari pokok!" sambil disahuti dengan ketawa mereka tadi.


Ketika gue dah nak abis kelas gue, tiba ada seorang budak mencelah, "CIKGU, UNTUK LULUS ENGLISH, SAYA RASA NAK MINUM ALKOHOL BANYAK-BANYAKLAH." Gue yang quite surprise pun tanya rasa ingin tahu, "Kenapa mahu minum sedangkan cikgu dah ajar waktu sains tahun 4 alkohol ni tak bagus untuk kesihatan manusia dan banyak memudaratkan manusia? Budak gue dengan konfidennya menjawab, "SEBAB SAYA SELALU TENGOK RAMAI ORANG TUA YANG MINUM LANGKAU SAMPAI MABUK BOLEH CAKAP ENGLISH DENGAN LANCAR WALAUPUN HARI BIASA DORANG TAK TAHU, CIKGU!"

Well bukan setakat murid-murid gue, gue pun pernah lihat orang mabuk tiba-tiba boleh speaking English tanpa kawalan walaupun dari segi grammatical si pengucap memang banyak errornya. Jadi jawapan gue mudah saja kepada murid gue, " Betul ada orang mabuk boleh cakap Bahasa Inggeris dengan lancar, tapi maksudnya tak ada makna dari segi grammar, tensesnya semua salah." " Silap hari bulan jangan kan C, D punnnn kamu susah nak dapat!" "OOOOOOOOOOOOOOOOO," balas murid gue mengangguk.


P/S : Pepatah Jepun ada berbunyi, "Si anak membesar dengan melihat belakang bapanya" which means sikap anak-anak in future also depends on pemerhatian mereka terhadap parents mereka. Jadi parents kena tunjuklah contoh yang terbaik kepada si anak yer!



GLOsari :

Langkau = arak yang terhasil daripada penyulingan campuran bahan-bahan seperti air, ragi, gula dan beras pulut. Minuman keras yang popular di kalangan masyarakat Dayak di Sarawak dan biasanya ada pada hari keramaian seperti majlis pertunangan, perkahwinan, mahupun perayaan Hari Gawai. Langkau juga dikenali sebagai Montoku di Sabah ataupun Samsu di Semenanjung Malaysia.

1 Response to "Alkohol is Good?"

  1. Princess Di says:
    February 22, 2012 at 11:55 AM

    Cikgu pande kelakar Bahasa Jugau paduhal hahahaha