Merdeka Selepas Exam

Test Premeri Nam sudah tamat beberapa hari yang lalu. Sebaik tamatnya paper terakhir, gue dapat menyaksikan bebudak tahun 6 ni melompat keriangan sambil jerit ,"Yeahhhhhh" and ada yang tak kurangnya menyebut " Merdeka" or Mendeka to be exactly correct. Bagi dorang mungkin sekali merdeka di point of view mereka ialah mereka tidak perlu lagi menghadiri kelas tambahan, menjawab latihan latih tubi yang datang bertubi-tubi or mungkin masa PJ boleh digunakan untuk PJ.

Ini dibuktikan lagi apabila mereka meminta gue mengajar mereka subjek PJK waktu PJK mereka walhal gue tak mengajar pun kelas dorang. Rindu subjek PJK agaknya. Memang tak dinafikan sejak gue jadi budak sekolah, masa pj bagi kelas exam lazimnya ditukar kepada masa subjek exam. Gue teringat lagi gue sangat kagum melihat guru PJK yang gue lihat mengajar PJK tiba-tiba terer ajar gue dan rakan sekelas Maths. hehehehe

Tapi realitinya apabila menjadi murid mahupun pelajar, memang dorang belum merdeka sepenuhnya daripada exam. Abis Thn 6, Ujian Form 3, Form 5 bahkan ujian Form 6 kalau dorang masuk Form 6. Bahkan kalau masuk channel lain pun selepas Form 5 seperti Matrikulasi ka, A Level or Degree level pun still have to menempuh exam. Even kalau masuk postgraduate pun sekiranya yang amik coursework module punnnn ada exam kadang2x. Hakikatnya, kalau masih bergelar penuntut memang tak terlepas daripada ujian punyer...

P/s: dah kerja pun masih juga ada exam. Tapi ujian untuk naik gaji sama pangkatla. hehehe

2 Response to "Merdeka Selepas Exam"

  1. Yazid Husain says:
    September 30, 2010 at 9:06 AM

    budak uosr baru habis eh?

  2. Cikgoo Jasz says:
    October 3, 2010 at 12:05 AM

    baru abis. seminggu lebih yang lepas jugalah.