Bila Cikgu Jadi Hijau Seperti Incredible Hulk

Lecturer-lecturer gue pernah berkata, tugas sebagai seorang guru terutama di kawasan ulu mahupun area luar bandar bukan setakat mengajar sahaja bahkan lebih daripada itu. Cikgu akan dikira sebagai orang yang tahu serba serbi, terutamanya dalam hal membabitkan urusan surat menyurat. Kadang2x cop dan sain bagi guru lepasan ijazah yang sudah disahkan jawatan dalam perkhidmatan sangatlah laku dalam mengesahkan salinan sijil2x anak2x mahupun ibu bapa budak sendiri mengalahkan YB di kawasan itu. Ha3x.

Kadang2x ibu bapa di kawasan ini meletakkan kebolehpercayaan yang tinggi kepada para guru untuk mendisiplinkan anak2x mereka. Sesuatu yang jarang dilihat di bandar besar masakini terutamanya di kota metropolitan. Pada pendapat gue, dari sudut positifnya, tugas guru akan lebih mudah tanpa perlu ada rasa ragu2x seperti disaman, diugut dan sewaktu dengannya. Namun begitu, dari sudut negatifnya, gue merasakan para ibu bapa akan kehilangan "sentuhan" dalam mengawal disiplin kanak2x jika mereka hanya mengharapkan cikgu sahaja mendisiplinkannya. Bukankah mengawal disiplin kanak2x itu memerlukan proses yang berterusan dan bukannya di stakat di sekolah sahaja? :) Tapi menurut pemerhatian gue di kawasan persekitaran gue mengajar, kalau si ibu dan bapa sama2x kaki minum mcm manalah anak untuk tidak join sekali menceburi bidang minum meminum ni. Bak kata pepatah nusantara, "Bapa borek anak rintik".

Baru2x ini, awal gue persekolahan bulan Februari, gue telah diminta untuk pergi ke rumah panjang berdekatan sekolah gue untuk memujuk seorang murid gue yang tahun 6 yang tak mau pergi sekolah. Ketika gue sampai di rumah panjang itu adalah nanmpak beberapa orang dewasa dekat ruai itu, tapi gue pikir mereka sudahpun kehabisan idea untuk memujuk budak itu. Gue mula2x bertanya kenapa dia tak mau pergi ke sekolah. Jadi budak tu bagitau alasan dia yang dia tak siap kerja rumah sains yang telah diberi oleh salah sorang colleague gue. So gue dengan lembut memberi jaminan bahawa dia takkan dihukum oleh colleague gue sebaliknya gue suruh dia siapkan kerja di sekolah pada waktu petang sementara menunggu masa untuk kelas SBT.
Mula2x gue ingat pemujukan gue sudah berjaya coz budak dah mau tukar baju sekolah dia. Itupun gue dan ibu budak tu yang tolong pakaikan. Tapi jangkaan gue agak meleset coz sebaik sahaja budak tu keluar dari kawasan rumah panjang dia mula menangis dan meronta-ronta mau balik ke rumah panjang. Gue dan mak budak tu terpaksa tahan dia dari pulang ke rumah panjang. 2 orang colleague gue pun datang untuk pergi memujuk budak tu supaya pergi sekolah hingga satu tahap kami ugut budak yang jika dia tak pergi ke sekolah dia nanti Guru Besar datang bawa rotan. Tapi budak meronta-ronta juga sambil nangis mau pergi ke rumah panjang. Masa tu kegeraman gue berada di tahap maksimum. Dek kegeraman gue, time tu juga gue seolah-olah "dirasuk" menjadi "Incredible Hulk". Gue tanpa pikir panjang terus sahaja angkat budak itu mcm Triple H mengangkat Ray Mysterio sebelum di humban ke luar gelanggang. Tapi gue taklah humban budak tu. Gue angkat dan terus bawa dia ke sekolah melalui padang sekolah yang becak. Time tue gue dah tak terpikir seluar gue kotor ataupun tidak. Nasib baik gue pakai baju PJ coz my first class is PJ. Sampai kelas budak tu, gue turunkan budak tu tepat di kerusi dia and terus gua tepuk meja and teriak supaya diam dan berhenti nangis yang kuat di tahap maximum. gue rasa satu sekolah dapat dengar jeritan gue. Boleh tersedak and diam terus budak tu gue buat. hahahaha.

Gue bukan apa, bila budak dah tak makan saman ni yang gue mau "mengamuk". Lagipun dah puas juga gue dan mak budak tu memujuk. Time waktu rehat gue ingatkan budak tu "melarikan" diri ke rumah panjang rupa2x jangkaan gue meleset. That boy trus stay di skool sampai waktu habis belajar pukul 1320. The next day pun budak tu ada di sekolah. Tapi lepas tu bebudak gue yang tahun 6 and tahun 5 dah tak berani main2x sama gue lagi coz dorang tau peel gue bila dah kurang sabar. he3x. Tapi time kelas darjah 1 dorang masih lagi suka main2x sama gue tapi gue tak kisah coz lepas gue pakai renungan mata waktu dorang nakal-nakalan dalam kelas dorang terus stop. he3x

0 Response to "Bila Cikgu Jadi Hijau Seperti Incredible Hulk"